THE JOURNEY OF KUNING


======================
THE JOURNEY OF KUNING 
======================

48 Hari bersama kuning. Setiap hari berdebar, penat, letih & takut. Macam-macam pikir. Kuning ni kalau tak hilang. Dialah permulaan untuk macam-macam penyakit.

Aku sharelah apa yang aku buat sepanjang aku berkasih dengan kuning. Boleh aku buat kenangan jugak kisah ni.

1) Lampu Phototherapy (kat bawah contoh gambar)
🍁 Disebabkan kali kedua p check & esoknya anak aku nak kena warded jadi aku bertungkus lumus sewa. Turun sikit je dari paras kritikal. Syok tengok turun aku sambung sewa sampai 3 hari 2 malam. Kuning turun cuma sikit tak macam yang aku nak. Korang kat utara ni kalau nak sewa boleh wassup. Nanti agen akan mai hantar kat rumah dam setup peralatan serta ajar kita cara guna.

2) Ubat homoepthy
🍁 Cara guna dia, titik dalam mulut baby setiap 2 jam untuk kuning 200++ atau 5x sehari untuk 150 kebawah. Ubat ni dia ada 2 botol. masa kuning & selepas dah habis kuning. Dua-dua titik. Yang ni kak ipar i tolong beli & post. Ubat dia tak de rasa. Tawar je.

3) ON Lampu 24 Jam
🍁Nurse kata pastikan anak tak duduk dalam keadaan gelap. Aku apa lagi bukak habis semua tingkap & pintu kat rumah ni. Tak cukup lampu pun bukak sepanjang hari.

4) Ubat poliklinik
🍁Ubat ni bau & rasa macam ubat klinik sebab aku beli kat poliklinik kan. Sampai habis aku bagi. Lepas habis tak repeat dah.

5) Mandian herba cina
🍁2 minggu duk guna dia saja.

6) Mandian agar-agar
🍁Lepas bagi mandi baby mak aku buat agar-agar milo kat abang & kakak dia 😂 cara dia rendam agar-agar semalaman. Pastu tapis air dia buat mandian.

7) Mandian sirap
🍁Laki aku pulun sampai nak habis sebotol. Adoi aku letak 1 tudung sirap tu je. Dia balun sampai merah mak marah tau.

8) Menyusu setiap setengah jam
🍁Nurse kata setiap 2 jam. Aku setiap setengah jam sampai budak tu tak nak bukak mulut dah. Haha, aku set timer kot nak bagi konsisten. Pastu kena kira lagi berapa kali baby berhadas😆. Anak aku dalam 13 hingga 15 kali sehari.

9) Susu kambing (mama minum)
🍁Aku minum hi goat 2 kali sehari dengan harapan.

10) Stop ubat hospital & makanan tertentu

11)Jaga makan
🍁Mula-mula aku stop semua benda yang orang kata boleh bg kuning macam lada hitam & halia. Just guna bawang putih je dalam masakan tapi tetap kuning. So, lepas beberapa minggu aku decided ikan bakar dengan garam & bawang putih sahaja. Dengan sup Sayur lobak sahaja. Memang tak selera tapi demi anak aku tahankan saje.

Sampai takat ni je memori aku. Kalau ingat aku tambah lagi.

Kenapa aku cekal guna segala rawatan tradisional? Sebab ada 1 minggu tu aku stop dari guna rawatan tradisional & hanya bf sahaja & minggu tu jugalah kuning dia naik balik.

Bila aku just bf saje ni, aku rasa hati aku tak tenang & resah sebab macam tak buat yang terbaik. So aku decided tak pe, aku still bf & guna cara tradisional supaya aku tahu yang aku dah usaha sebaik mungkin. Hati pun sangat tenang.

Jangan samakan aku dengan korang. Kita bukan orang yang sama. 

~bengkung moden czer~

No comments:

Post a Comment