"Saya mulakan bisnes Bengkung Moden Czer"

Korang, saya ni hanyalah peniaga kecil-kecilan sahaja.Bukanlah owner tapi hanya sekadar agen kecil yang berhati besar.

Saya mulakan bisnes Bengkung Moden Czer ni tanpa ada langsung basic bisnes dan tanpa ada langsung guide dari sesiapa termasuk owner.

Saya kaji, saya selidik, saya tangkap gambar, buat video. Semua saya sendiri. Malahan testimoni pun saya usahakan dari customer saya sendiri bukan dari Hq.

Saya jadikan BMC  ni macam saya yang punya. Saya tak marah atau salahkan owner. Saya usaha, bertanya kaji & analisis sendiri. Saya buat marketing saya sendiri. Percuma & berbayar. Saya tak redah, saya belajar. Saya cari ilmu tu. Semuanya saya yang mulakan dulu. Support datang selepas itu. Lumrah kan macam tu..

Bisnes ni tidaklah semudah bekerja makan gaji. Bisnes harus kuat, tabah & cekal. Bisnes tiada due dated. Otak ko setiap masa bekerja. Pergh..lelah.

Dulu saya pun pernah fikir nak berhenti kerja tetapi sekarang tak lagi. Bisnes cabarannya besar. Makin untung, makin besar. Tahniah kepada mereka yang full bisnes. Anda hebat.

=bengkung moden czer=

No comments:

Post a Comment