9 Tanda rahim tak sihat

Hari ni saya nak kongsikan 9 tanda Rahim tak sihat 

1 Sakit Ari-Ari 
Rasa sakit atau tak selesa di bahagian bawah abdomen. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga ke paras lutut. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid dan organ yang terlibat adalah rahim.

2. Kentut Vagina 
Kentut vagina terjadi bila angin memasuki ruang vagina yang sepatutnya tidak berlaku jika rahim anda tidak longgar. Maknanya kentut vagina boleh berlaku disebabkan rahim anda longgar. 

3. Sakit Ketika Bersama Suami 
Sakit ketika melakukan hubungan intim. Rasa tak selesa melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersama. Situasi ini boleh merosakkan situasi mesra bila bersama suami.

4. Sakit Tumit 
Rasa sakit di tumit, rasanya seperti berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut, sakit ini akan lebih terasa. 

5. Selalu Kembung Perut 
Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, perut rasa menyucuk dan pedih disebabkan angin dalam rahim dan perut. 

6. Sentiasa Basah
Vagina/faraj berair dan berbau. Seluar dalam sentiasa basah dan lendiran melekit dek kerana masalah keputihan memang merimaskan.

7. Sakit Pinggang
Di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat terasa sakit. Rasa sakit pinggang tu lebih kurang macam lenguh dan rasa senggugut juga, tapi terasa pada waktu selain datang haid.

8. Sakit Telapak Kaki
Di tapak kaki mula rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat. Di sekitarnya akan rasa kejang dan menyucuk.

9. Kerap Kencing/ Kencing Tak Lawas
Mudah terkencing bila terbersin, batuk atau ketawa. Kita akan lebih mudah dijangkiti penyakit kencing kotor atau ada rasa ngilu ketika buang air kecil.

TESTIMONI BENGKUNG MODEN

~CZER MACAM TAK CZER~

Puan Hanisa beli lagi bengkung czer. Sebelum ni dah beli tahun lepas bulan 11. Tahun ni beli lagi sebab kena czer lagi. Anak sulung pakai yang biasa. Start anak kedua pakai BMC sebab selesa. Pakai start hari yang ke8. Memang selesa setiap masa pakai. Mandi je bukak. Bila tak pakai rasa luka czer sakit. Bila pakai rasa macam tak czer.

#setmakczer




3 Hari Pakai Bengkung Moden & Secret Correa Dah Nampak Kempis Perut



Alhamdulillah hari ni hari ketiga pakai bmc. Selesa dan sokong badan saya. Nak tunggu beberapa hari lagi nak ukur lilit lagi. Sebelum pakai nak tgk parut ceasar kena angkat lebihan perut. Dah 3 hari boleh terus nampak parut tu kira kempis siket. Saya pakai sampai tidur. Tq sbb jual product ni
Sblm ni bersalin normal mmg pakai barut jawa. Kali ni tak boleh. Tapi adanya bmc. Alhamdulillah besttt

~Puan Rabiatul~

Siapalah saya tanpa anda. Puan Rabiatul guna set lengkap #setmakczer

#teammakczer
#lotionczer
#bengkungczer


8 TIPS PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN ( CESAREAN) YANG WAJIB ANDA TAHU.

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto :  Google 
Entry: 24

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Harini saya akan kongsikan TIPS PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN yang wajib anda tahu. Tips ini bukan berguna untuk ibu yang bersalin pembedahan malahan untuk apa-apa sahaja jenis pembedahan. Tips ini hasil dari perkongsian Dr Zubaidi.

PERTAMA
Bagi wanita yang dibenarkan pulang ke rumah, sebaik-baiknya lakukan pergerakan lebih awal iaitu berjalan-jalan secara perlahan-lahan di sekeliling katil. Kerapkan berjalan kerana kajian menunjukkan melakukan pergerakan selepas pembedahan membantu proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. ( Sebab tu la kot lepas bersalin je terutama kat gov, mesti nurse suruh berjalan. Tq nurse:)

KEDUA
Memakan makanan berzat dan seimbang. Banyak tenaga, protein dan darah telah hilang semasa  proses pembedahan dan perlu diganti dengan segera. Boleh rujuk di MAKANAN BERPANTANG UNTUK CESAREAN untuk mengetahui jenis hidangan yang sesuai untuk ibu yang berpantang secara pembedahan.

KETIGA
Minum air secukupnya. Pengambilan air tidak akan menyebabkan luka pembedahan menjadi bengkak.  Air dapat membantu membuang toksin melalui air kencing. Kekurangan minum air akan menyebabkan sembelit. Air yang banyak juga diperlukan untuk penghasilan susu ibu. 

KEEMPAT
Pengambilan suplemen pil multivitamin yang mengandungi zat besi. Pil ini perlu diambil secara besederhana bagi membantu menambah semula darah merah yang banyak hilang ketika pembedahan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

KELIMA
Ubat tahan sakit hanya perlu diambil ketika tidak dapat menahan sakit yang melampau.

KEENAM
Pastikan luka kering dan bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. Jangkitan kuman boleh menyebabkan risiko luka terbuka dan menjadi semakin teruk.

KETUJUH
Dr Zubaidi mencadangkan menggunakan bengkung yang lembut dan berasaskan kain. Ia boleh membantu mengurangkan rasa sakit ketika batuk dan bersin serta mengurangkan sakit belakang kerana memeberikan sokongan kepada tulang belakang.  Bengkung juga boleh membantu perut menjadi kempis kerana ia mengurangkan angin dalam usus. More info mengenai bengkung yang sesuai RUJUK SINI.

KELAPAN
Menyusu bayi boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana setiap kali menyusu hormon oxytocin dikeluarkan. hormon ini membantu menolong mengecutkan rahim.

PETUA ATASI SEMBELIT


MASALAH PELAWASAN OK,
PERUT TERUS KEMPIS
.
Betul kan selalunya orang yang sembelit ni perutnya buncit.
.
Dengan sapuan Losyen Secret Correa ni membantu masalah sembelit, ini lah salah satu manfaat Losyen SC.

Penggunaan yang konsisten selama 7 HARI

Masalah sembelit jadi lawas,
berat turun 2 KILO

Perut BUNCIT tiada lagi sukanyee kita,
Rupanya usus kotor,
Simpan banyak toksid dan kerak2 najis,Patutlah #Buncit πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Korang selalu sembelit?
Perut Buncit?
Losyen Kurus Sejuk SC kan ADA.

Kredit ToπŸŽ€
#ScTeamZai
#KempisPerutCzer
#StokisKlang

HEALING CRISIS LOSYEN CESAREAN SECRET CORREA

Ada yang dapat Healing crisis @ krisis penyembuhan selepas beberapa kali dia sapu SC.

Tindak balas tu menunjukkan pembersihan besar-besaran sedang dilakukan oleh system badan kita.πŸ˜„

Kadang kala kita banyak toksid,
Maybe sebelum ni pelawasan kita tak lancar,
Period tak teratur,
Atau pun sikit2 saja pengeluarannya,
Or kita resdung.

Solution :

1) Adik2 & akak2 konsisten saja Sapu #LotionKurusSejuk Secret Correa seperti selalu,

2) Adik2 & kakak2 tambahkan pengambilan air masak,
In shaa Allah ok dah dalam beberapa minggu.

Biarlah badan kita nak keluarkan sisa toksid yang bertahun kita simpan tu,
Lama2 simpan bahan buangan nak buat apa kan?πŸ˜„

Apa2 tanda2 healing crisis tu kak Zai?

1) Pening / loya
2) Perut sebu
3) Period lewat/cepat
4) Pembuangan air kecil yang kerap
5) Pembuangan air besar yang lawas, bukan chery bery tau😁

Ada satu lagi healing crisis yang customer SC selalu happy yang amat.

Nak Tahu?πŸ™‹

KURANG SELERA MAKANπŸ˜„

Best ke best?

Tapi tak semua yang rasa begitu,
Macam Kak Zai,
Makin selera adalah,
Nasib berat Masih maintain 50kgπŸ˜πŸ’ƒ

Ok lah,
Nak makan malam dulu,
Jumpa lagi,
Semoga semua sahabat positif kak Zai Masih istiqamah Untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan sihat.πŸ˜‰

Kredit : Zai zaleha

KENALI BENGKUNG MODEN KHAS UNTUK IBU-IBU BERSALIN CZER

KENALI 
BENGKUNG MODEN KHAS UNTUK IBU-IBU 
BERSALIN CZER



Bengkung Moden CzerBengkung ini sememangnya direka khas untuk ibu-ibu yang bersalin secara Czer (Cesarean). Jika sebelum ini, ramai ibu-ibu yang bersalin Czer takut untuk memakai bengkung kerana takut akan menjejaskan luka ditempat pembedahan tersebut. Reka bentuk Bengkung ini yang berbentuk V dapat menjamin keselesaan kepada ibu-ibu bersalin Czer.

Bengkung ModenBengkung ini adalah salah satu inovasi yang direka untuk lebih memudahkan ibu-ibu yang bersalin secara Cesarean mahupun Normal. Bengkung ini ingin lebih memudahkan berbanding Bengkung Tradisional yang banyak menggunakan tali-tali untuk mengikat bengkung tersebut. Bengkung ini lebih Praktikal kerana menggunakan Pelekat Valcro. Hanya perlu ditampal sahaja.

Bengkung Yang Mudah: Bengkung Moden Cesarean ini amatlah mudah untuk dipakai. Ibu-ibu bersalin Czer boleh memakai secara sendirian tanpa memerlukan bantuan orang lain. Ibu-ibu yang berpantang seorang diri tanpa bantuan atau jagaan dari saudara terdekat. Bayangkan diri anda terpaksa berpantang seorang diri… mana nak jaga badan sendiri yang masih lemah dan sakit-sakit selepas bersalin, mana nak jaga bayi lagi… bertambah parah kalau bayi asyik meragam saja sampaikan nak lilit bengkung kat badan pun tak sempat.



Bengkung Selamat: Bengkung Moden ini direka khas untuk keselesaan dan keselamatan ibu-ibu bersalin czer. Tidak seperti bengkung lain, Bengkung Moden Ceserean tiada besi atau dawai di bahagian kain bengkung tersebut. Ini akan memberi keselesaan kepada ibu-ibu berbanding bengkung lain yang mengandungi besi dan dawai kerana besi dan dawai tersebut akan menyucuk-nyucuk badan ibu-ibu.

Direka Khas Untuk Ibu-Ibu Bersalin Czer: Bengkung bersalin Czer ini sememangnya direka khas untuk ibu-ibu yang bersalin melalui kaedah pembedahan (cesarean). Ia boleh mula dipakai dalam masa 24 jam selepas bersalin.

Mengurangkan Kesakitan: Bengkung Moden Cesarean ini bertindak Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.

Reka Bentuk V: Bentuk V Bengkung Moden bersalin Czer direka untuk keselesaan pemakai. Bahagian bawahnya yang lebih lebar dari bahagian atas untuk memastikan bengkung bersalin Czer ini kejap dibadan, tidak menggelunsur, tidak bergulung, berlipat atau bergerak seperti kebanyakan bengkung yang ada dipasaran.



Bengkung Yang SelesaBengkung Moden ini dibuat dari bahan bebas dari getah. Oleh itu iaselesa dipakai, tidak menyebabkan kegatalan, menyerap peluh, tidak panas, lembut pada kulit dan tidak tebal. Ia juga merupakan yangpertama di dunia yang menggunakan latex free material. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas, ciri-ciri ini sememangnya membantu anda merasa selesa sepanjang masa bengkung dipakai.

Kempiskan PerutMereka yang ingin mengempiskan perut. Saya pasti ramai diantara ibu-ibu yang bersalin Czer mengalami masalah perut buncit lepas bersalin walaupun berjaya menurunkan berat badan tapi buncit di perut tidak hilang. Ini kerana Bengkung Moden ini boleh dijadikan korset untuk menguruskan badan dan mengembalikan bentuk tubuh idaman.



Bengkung Senang DijagaBoleh dibasuh dengan tangan atau dengan mesin basuh.

Bengkung Moden Latex Free Material: Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas, ciri-ciri ini sememangnya membantu anda merasa selesa sepanjang masa bengkung dipakai.