COPTHORNE HOTEL , PENANG

Sempena PKPP ni tetiba teringat hotel ni. Hotel last aku p sebelum PKP. 

Dengar- dengar citer banyak dah hotel sold out. Aku pun tergedik-gedik nak review itu hari aku pi tidur kat hotel Copthorne. Dan hotel ni dekat dengan flamingo. So, aku compare dengan flamingo. Jadi ini reviewnya

Harga : Harganya aku lupa sebab booking last minit kat booking.com. Masa tengok harga tu dia tidak termasuk dengan cukai lagi.

Bilik : besar dan selesa. Aku memang suka sangat dengan bilik dia. Aku ambil view pantai. Lantai dia laminate & karpet. Ada sofa, TV dan peti sejuk. Sangat selesa bilik dia. Bilik flamingo tak selesa macam ni. Ntah aku rasa serba tak kena bilik kat Flamingo tu. Dengan simennya, bilik airnya. Tak selesa sangat.

Pool :  macam biasa so-so saja.Tak ada apa yang menarik. Macam hotel-hotel lain.

Beach : Jauh. Rasa Better flamingo. Tapi dekat sini beach dia lebih private & bersih. Flamingo macam tak private sangat tapi senang nak access. 

Breakfast : Aku rasa biasa je. Pilihan hokey-hokey.

Kanda saya kata takkan repeat lagi mai sini. Sebagai isteri mithali saya bersetujušŸ˜ Hotel ni capai standard hokey bukan wow. Lain orang, lain sukanya.

Aku up video kat story je lah yea. Boleh la korang tengok real punya. 

Peringatan yea : ni sebelum PKP yea. Aku ulang banyak kali. Harap korang fahammm.

-bengkung moden czer-








No comments:

Post a Comment