APA YANG AKAN BERLAKU SEMASA & SELEPAS CZER?


APA YANG AKAN BERLAKU SEMASA & SELEPAS CZER?

Apakah yang berlaku semasa pembedahan caesarean?

1) 1 skrin akan diletakkan sebagai penghadang.(macam dalam gambar ni)

2) Pakar bius akan memeriksa ubat tahan sakit samada berkesan atau tidak.

3) Bila kawasan dibius terasa  kebas ( bermakna ubat bius berkesan) maksudnya ibu sudah bersedia untuk dibedah.

Biasanya untuk kes biasa, czer adalah secara melintang. Czer secara menegak(memanjang) pula adalah untuk kes khas seperti :

○bayi sangat pramatang, atau
○bayi  baring melentang merentasi uterus
○plasenta rendah
○lekatan atau ketumbuhan (fibroid) dalam bahagian bawah uterus.

4) Ketika pembedahan, ibu akan rasa cecair keluar dari perut & doktor menekan perut untuk mengeluarkan bayi & proses ini berlaku dengan sangat pantas. Biasanya hanya dalam tempoh 5 hingga 10 minit sahaja di dewan bedah.

5) Selepas satu hingga lima minit bayi dilahirkan, ia akan diberikan skor Apgar untuk menyukat tahap kesihatannya oleh pakar pediatric.

6) Selepas pemeriksaan kesihatan, Sekiranya tiada sebarang masalah. bayi akan diletakkan di atas dada ibu. Tujuannya supaya bayi mendapat haba dari badan ibu. Jika ibu tidak mampu boleh minta bantuan suami.

7) Untuk mengecutkan uterus dan mengurangkan kadar kehilangan darah, ibu akan diberi hormone oxytocin melalui titisan drip sebelum doktor menjahit luka czer.

8) Proses menjahit luka czer akan  mengambil masa lebih kurang sejam atau  lebih lama terutamanya bagi ibu yang pernah czer sebelum ini bergantung kepada keadaan parut pembedahan yang lepas.

9)Setelah selesai, ibu akan di pindahkan ke wad. Ketika di wad, badan  mungkin akan mula menggigil kerana suhu badan akan jatuh kesan dari  ubat anestetik yang diberi. Ia adalah normal & tidak berbahaya. Biasanya ia akan berlarutan selama setengah jam sahaja.

 10) Untuk yang berisiko mengalami darah beku, pakar obstetrik akan mencadangkan suntikan heparin low-molecular-weight (LMWH) selama 10 hari selepas bersalin. LMWH ialah sejenis penipis darah yang dipanggil anticoagulant.

Sekiranya dalam tempoh ini segalanya berjalan dengan lancar. Ibu-ibu boleh menikmati tempoh berpantang dengan tenang.

Di doakan semua yang baca dan share artikel ini di permudahkan urusan masing-masing.

=bengkung moden czer=
sumber: baby center

No comments:

Post a Comment