~ EPISODE 1 ~ All About C-Sections: Before, During, and After


~APA YANG AKAN BERLAKU SEBELUM CZER~



Beberapa perkongsian tentang prosedur perlu dibuat sebelum czer iaitu :

1) Konsultasi dengan Doktor

Doktor akan terangkan sebab apa perlu czer, apa akan berlaku masa czer, risiko sekiranya tak czer & risiko bila czer.

Dan Doktor akan minta persetujuan ibu. Ibu boleh setuju atau tidak bersetuju.

2) Sekiranya ibu setuju,  pakaian perlu ditukar kepada pakaian hospital. barangan kemas, pendakap gigi (kalau pakai) & juga contact lense atau cermin mata perlu di buka.

Make up perlu & pewarna kuku perlu dibersihkan( boleh bersihkan pewarna kuku dengan acetone).

 Tujuan :  untuk memudahkan pemantauan sekiranya berlaku perubahan warna kulit ketika czer.

3) Sampel darah di ambil.

Tujuan : Untuk pastikan ibu ada risiko anemia atau tak ( anemia ada risiko kehilangan darah yang banyak)

4) Drip dipasang untuk masukkan ubat nanti sekiranya di perlukan.

5) Dibius. Bius akan menyebabkan ibu rasa kebas pada bahagian bawah badan.

6)Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing.

Tujuan : untuk memastikan pundi kencing dikosongkan sebelum czer.

7)Kawasan untuk czer akan dicukur rapi dan dibersihkan dengan antiseptik.

8) Ibu akan diberikan stoking putih atau suntikan untuk mengurangkan risiko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki (deep vein thrombosis).

8)Peralatan  akan dipasang pada badan iaitu : 

○Lengan : Memantau tekanan darah
○Dada :  elektrod akan diletakkan pada dada untuk mengawasi degupan jantung.
○Jari : Alat pengesan nadi diletakkan pada jari anda.
○Kaki : Plat plastik yang berpelekat akan diletakkan pada kaki untuk meneutralkan aliran elektrik yang dihasilkan oleh peralatan  yang digunakan ketika pembedahan & ia tidak membahayakan.

9)Suntikan antibiotik diberi untuk menghalang jangkitan.

10) Ubat tahan muntah untuk menghalang muntah.

11)Ubat penahan tahan sakit diberikan  semasa dan selepas pembedahan, 

12) Ketika pembedahan,meja pembedahan,akan  dicondongkan sedikit supaya berat uterus tidak mengurangkan bekalan darah ke paru-paru anda dan menyebabkan tekanan darah anda jatuh. 

DONE~Tarik nafas, hembus. Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu untuk mendapatkan sedikit gambaran ketika czer nanti.

Sumber : babycenter
~Bengkung Moden Czer~

No comments:

Post a Comment