AWAS! TIDUR SELEPAS CZER. NIKMAT ATAU DERITA?


AWAS! TIDUR SELEPAS CZER. 
NIKMAT ATAU DERITA?

Tanyalah sesiapa pun. Nikmat tidur yang paling best adalah selepas bersalin. Tak kisahlah samada czer atau normal. Masa ni ngantuk dan letih memang tahap tak boleh bawak bincang dah oiii

Jadi, sebelum korang sampai tahap tak boleh bincang tu. Meh la kita bincangkan kat sini Posisi tidur special untuk ibu yang baru czer.

1) Tidur terlentang
Posisi ini adalah posisi yang paling selamat selepas czer terutamanya untuk ibu yang mempunyai masalah tekanan darah. 

2) Tidur Mengiring
Posisi ini tidak digalakkan untuk ibu czer bagi 1-2 minggu pertama selepas pembedahan kerana tidur mengiring akan menyebabkan tekanan pada badan walaupun ia tidak menyebabkan kesakitan. 

Namun sekiranya ibu ingin tidur dalam posisi ini, pastikan ibu cuba secara perlahan-lahan sehingga rasa selesa. 

3) Tidur dalam keadaan duduk

Posisi tidur ini walaupun agak kurang selesa tetapi ia dapat membantu ibu untuk mengurangkan rasa sakit pada luka czer. Dalam posisi  ini juga, ibu boleh letakkan bantal pada bahagian perut untuk lebih selesa.

Tapi ingat, jangan terlalu lama. Bila dah rasa selesa pada luka czer. Ibu haruslah cuba posisi lain.

4) Tidur alas dengan bantal

Bantal adalah perkara yang paling wajib ada dalam senarai keperluan ibu czer. Ia akan banyak membantu ibu czer untuk mengurangkan sakit & untuk memudahkan penyusuan susu ibu.

Caranya letakkan bantal di belakang, punggung dan siku sehingga ibu rasa selesa.

Pilih dan cuba antara posisi tidur yang dicadangkan ini. Sekiranya telah mencuba pelbagai posisi tapi masih tak boleh tidur. Dapatkan rawatan dari doktor. Ubat untuk mengurangkan sakit pasti sangat membantu untuk tidur. Ia lebih baik dari tidak tidur langsung. Tidur yang baik pastinya akan membantu ibu untuk melalui hari berpantang yang lebih indah.

Sis macam mana? Sharelah posisi tidur yang paling best selepas czer. 

=bengkung moden czer=

No comments:

Post a Comment