TESTIMONI BMC

Bab bengkung untuk czer ni
Tak ramai yang berani
Perubatan kita belum ada pendedahan meluas pasal ni. 

Cuma Kalau ikut pengalaman sistur,
Biasanya yang berani macam sis ni atas beberapa faktor




1) Pernah bersalin private, hospital provided bengkung untuk czer. Siap ada nurse tolong pakaikan.
2) Ada kawan yang czer, pakai bengkung & share kat dia
3) Dah czer banyak kali, so dah pro.

Tak kisah lah berani atau tak, kita raikan pendapat mereka kan. 

Kalau mereka nak minta pendapat. Kita comfort lah. Citer untuk share. Bagi diorang rasa selesa. Bukan paksa tau. Share. Lain tu..

~bengkung khas czer~

TESTIMONI BENGKUNG CZER

Tq awak😉
Berani try, percaya kat saya pulak tu

Nanti i share entry dia tau



AYAM AZ ZAIN




AYAM AZ ZAIN

Ingat tak titew tanya pasal ayam ni
Thank you yang sudi layan
Tetiba kita ternampak kat plastik ada no center dia. Dia pun reply mcm kat bawah.

Dia camni sebenarnya awok-awok semua
Ayam organik ni macam-macam kat pasaran.
Produk muslim, tak suntik, tak bagi hormon.
Yang ni mana-mana produk pun sama.
Yang beza dari segi makan & cara penternakan.

Ayam bismi, Ayam mumtaz makan dedak  sebab tu saya tak mau. Ni bukan atas sebab saya cerewet na.. 

Anak aku 2 orang eczema. Yang sulung tu langsung tak boleh panas. Habis badan dia gatal-gatal. Aku asyik pikir macam manalah masa depan dia. i need to do something. Pemakanan eczema ni aku bukan google na. Memang ada coach yang pantau.

Jadi, aku kena cari yang makan bijirin sahaja. Dia macam ni eczema ni banyak punca tapi punca utama apa-apa sakit adalah makanan yea. Alhamdullilah, saya suka je, sebab sakit ni 1 family terus dapat makan sihat. Mama pun makin rajin.

  • Doakan anak saya yea. Moga membantu

DRYER PART 2




Akhirnya mood nak menyambung kisah dryer ni datang lagi. Jadi, ini kali, hakak nak citer pulak macam mana cara nak pilih & beli.

Aku masa nak beli ni memang aku p kedai aku bawak senarai ni dan tanya seller. Ada yang boleh jawab dengan cemerlang. Ada yang ape pun tak tau. Dia tak tahu tu hal dia tapi kita kena serba tahu, kita yang keluar duit kan.

CIRI-CIRI YANG NAK KENA TAHU :

1) JENIS 
Ko nak yang jenis apa? Vented, condenser atau heat pump. Kisah jenis ni boleh rujuk post sebelum ni yea. Post tu kat wall aku.

2) JIMAT ELEKTRIK
Yang ni selain pemilihan jenis. Ko kena tengok sticker  dia. Lagi banyak star lagi bagus. Macam aku punya LG tak silap 6 Star. Aku lupa dah. Masa nak beli haritu memang usha pun benda ni. 

Ni memang aku punya Aim sebab i takut laki😂. Yang nak dryer ni aku. Kalau naik bil letrik ni naya aku. Aku punya takat ni naik Rm20 sahaja. 

3)BOLEH STACK ( atas bawah)

Aku nak cari yang boleh stack macam yang kat bawah ni walaupun aku tak stack pun sebenarnya. Aku pikir jauh ke depan. Manalah tahu 1 day kan. Mai angin kuskus aku. 

🔹️Masa nak beli tanya dia, stack tu jenis kena tebuk lubang ke atau tak?
🔸️Boleh tindan 2 brand berbeza ke? Contoh electrolux dengan Beka.

2) ANTI CREASE
Masa beli benda ni pun aku tengok. Tak wajiv pun tapi kalau ada macam bonus lah kan. Biasa yang ni tak payah tanya. Ko tengok je kat button dia ada tulis tak anti crease

4) MUATAN
Ni bergantung pada citarasa masing-masing. Macam aku memang nak yg muatan besar sebabnya aku basuh baju hujung minggu je. Reason dia, siap basuh boleh terus lipat. Tak delah melambak baju tak berlipat.

5) REPAIR (murah/mahal)
Yang ni pun penting jugak.  Ko usha-usha harga spare part kat online. Dari tu boleh la ko agak murah ke tidak repairnya. Tak pun tanya seller. Tapi tu lah depa bukan tau sangat pun.

8) SERVICE 
Servis ni penting bagi aku. Kalau service center dia tak de kat tempat korang. Nak kena cari orang repair bukan mudah melainkan korang ada kemahiran. Family aku tak de yea kemahiran tu. Jadi, yang ni memang salah satu keutamaan aku.

9) MASA yang diambil untuk kering?
Ni saje-saje tanyalah kan. Mudah nak sedia mental & fizikal. Yang aku survey memang kalau yang dryer kat rumah ni makan jam jugak. Tak macam kat dobi.

10)AUTO CLEAN
Aku pilih LG sebab dia ada auto clean. Jadi, bahagian ni aku dah lega. Tak payah duk fikir nak buat manual macam biasa. Sebenarnya tak payah pun. Tekan butang jugak. Pastu jalanlah function auto clean tu. Cuma itulah, kalau boleh senang kenapa nak susah.

kalau korang nak tengok model yang aku guna boleh tengok kat wall aku yea. Peringatan, perkongsian ini mengikut pemahaman aku masa nak survey yea. 

Boleh share😊
~owner bengkung czer~

 

TIPS ATASI SEMBELIT DALAM PANTANG CZER





Part Paling Tragis bila dalam pantang adalah sembelit.



Apa yang korang tak boleh makan atau minum. kalau tak akan jadi sembelit

Aku tak de punca, memang wajib jadi masalah ni.

Antara 7 perkara yang paling ajaib Aku rasa dalam dunia ni. Bila time dalam pantanglah ramai perempuan nangis dalam tandas😅

Time tu semua serba salah. Nak press kuat-kuat risau kat luka. Nak citer kat orang pun risau orang gelak.

Ya Allah memang bercinta  dan terseksanya part SEMBELIT ni lepas bersalin 😭

Punca sembelit ni bukan sama semua orang, beza yea. Awak tak rasa, orang lain rasa. Gituu, ni macam panduan je tak paksa ikut wak.

Contohnya, ada orang punca sembelit dia ni adalah seperti berikut:

1)Horlicks
2) milo

Ada pula yang share kata jangan risau.Tenang, Buat macam ni:

⭕ Makan lactul, buah,sayur,susu farm fresh,sapu minyak Narinar ellgrie. Lepas tu, urut perut dari kanan ke kiri secara membulat. Nanti akan legaaa

⭕Tidak lupa juga pada yang suruh cuba makan buah prun dan ostometrik shaklee tu..  haa lagi satu, susu farm fresh pun membantu juga

⭕Makan anggur hitam dan hijauuu,

Ada yang bagi tips  minum-minum pun dah boleh settle :

⭕minum lah air kosong banyak-banyak.air manis tu kasi kurang sikit

⭕ minum yogurt ngn vitagen. Confirm settle

⭕Ada yang kata, Minum horlicks atau milo  bancuh tak pekat. Cair-cair jer

⭕Ada yang suruh try mnum kopi.Katanya saya mnum kopi takde sembelit sampai abis pntang.

⭕Minum susu Dan kurma. InsyaAllah.
Cuba minum susu kurma farmfresh.Saya bila minum susu kurma cepat lawas katanya.

⭕Makan Sunkist, minum jus prune insha'Allah. Air kena minum mcm biasa.

⭕Saya pulak minum tamar coco.senang je lawas . ✌️

⭕Minum susu  Anmum ke enfamama ke.Sebab dalam tu ada inulin utk ibu-ibu dalam pantang senang berak.

Selain minum-minum je, makan-makan pun boleh juga cuba:

 ⭕kalau boleh dalam pantang makan bubur je.supaya tak keras.jangan paksa kalau tak dapat nanti luka operate terbuka balik.

⭕Mkn sawi & Sunkist

⭕Makan betik  ja sis, setengah orang kata buah betik sejuk,tapi tak dak la padahal buah betik pun ada vitamin.

⭕mkn buah oren & mkn ulam pcuk mngkudu

Ada yang cadangkan untuk amalkan ubat-ubatan:

1)Forlax

2) ostematrix shaklee.

3)Phytonatal NR.

4) Enema.Ubat air ni untuk lmbutkan najis.

5) lactul

7) Hoe’s Milk of Magnesia.

8)duphalac

Yang ubat-ubat ni hg try satu persatulah wei. jangan p bantai beli semua pulak. Citer kat atas ni hasil perkongsian ibu-ibu czer yea. Tak de nasihat doc pun.

Faham ke post aku ni atau terbelit dan sembelit juga?

KISAH BENAR BMC

Bengkung Moden Czer cenggini yea semua
Model ni guna 4 panel size M
Ni pandangan depan dan tepi

Bila duduk memang akan ada lipatan yea.
Bengkung ni tak de besi macam korset
Dia sama macam bengkung tradisional
Bila pakai dia lilit badan dan kalau badan berisi akan ada benjolan tu😊

Faham yea?
Owner Bengkung czer
Boleh tengok info kat web ( link kat profile)


CARA PILIH DRAYER



Disebabkan kecoh pasal dryer dua tiga menjak ni dan aku pulak sekarang ni dalam mood onz kemas rumah.

Maka aku pun dengan rasa happy sangat nak share cara nak pilih drayer memandangkan aku dah guna sejak 4 Januari 2020.

Masa nak beli ni memang berpinau mata survey & cari info. Ni hasil dari siasatan hakak.

😱Dryer ni ada 3 jenis. 

1. Vented 
2. Condenser
3. Heat Pump

Boleh google la apa beza tiga jenis tu. Yg sy tahu ;

1. Vented
- murah. Bawah 1k boleh dapat untk jenama biasa (Midea & Haier)
- low energy rating (senang ckp kuat makan karen)
- ada external hose untuk keluarkan haba panas. 

2. Condenser 
- tak murah, tak mahal. Tapi boleh mampu milik lg lah. Biasa rm1500-rm2000 ikut brand. 
- energy rating medium. Bergantung pd jenama. Karen lg jimat berbanding vented. 
- tak guna external hose untk lepaskan haba. Sbb dia akan circulate haba panas tu jadi air. So setiap kali guna, kena buang air takungan dlm bekas dia.

3. Heat pump 
- mahal. Biasa rm2000++. 
- energy rating dia tinggi. Memang jimat karen. 
- google la sendiri apa kelebihan heat pump ni. Tp mmg ni paling recommended kalau ada bajet lebih. 

4. Info tambahan

vented type kena letak luar rumah. Sbb ada hose untk lepaskn haba panas. Condenser & heat pump type boleh dok dalam rumah.

Jadi, Cik sara guna apa? Aku guna LG Heat Pump.Nanti aku share kat story. Jadi harini story akan penuh dengan citer dryer je.

Testimoni BMC



Thank you wak Saya tak kata apa-apa pun tapi Berbunga-bunga hati saya tau Boom😘

BAGAIMANA NAK BANGUN ATAS TILAM (TANPA KATIL SELEPAS CZER)?



Point utama dia  mengiring yea mommy. 

1) Mengiring perlahan- lahan sebelah kiri atau kanan yg mana mommy selesa. 

Tolak dengan tangan pelahan- lahan sambil siku ampu berat badan.

kalau terasa sakit buat slowly.Buat sampai boleh duduk.Lepastu boleh la bangun pelahan-lahan.

kalau boleh letak kerusi sebelah untuk senang bangun berdiri sambil pegang kerusi tu. 

2) Cara Kedua, PEGANG PAHA kalau tak ada benda lain untuk kita pegang untuk tarik badan.

Mengiring kemudian pegang paha untuk sokongan badan dan bangun perlahan-lahan.

3) Cara ketiga, TIDUR BERSANDAR dengan bantal.

Susun bantal secara bersandar. Imagine mcm katil spital yg bole adjust. Jadi lebih senang nak bangun,mengiring dulu. Lepas tu, pegang apa-apa untuk support berdiri.

4) cara keempat, BERSIMPUH

mengiring kemudian tolak badan dengan lengan. 

Kaki lipat ke belakang mcm bersimpuh. Perlahan-lahan bangun.

5) cara kelima, TARIK NAFAS

mengiring dulu.bangun perlahan-lahan. Nak  bangun, tu tarik nafas ,bangun pelan-pelan..then bila dah bangun. lepas.. Akan kurang rasa  sakit. 

kalau saya mengiring pun tak mampu? sakitttt wak. camner?

Esoklah hakak share yea. Nak sahur, nak bangun awal. bye.

Disclaimer : ini adalah perkongsian dari pengalaman ibu-ibu bukan nasihat profesional.

~Kata mereka~





Depa punya share pasal BMC ni kan
Selalu buat akak jadi big nose tau
bulan puasa ni, badan tak kurus, 
pose lak kurus kan.
Dah la diet asyik postpone je ni😂