Cuba lihat betapa bahagianya  mereka melilit BMC di badan mereka umpama cinta ikat mati

Hiperbola🤣
-bengkung moden czer-

~SHOPEE : TERKEJUT AKAK~


Tiba-tiba dapat email dari shoppee
Suruh post barang
Terkejut sangat
Terus bukak shoppee
Memang ada sungguh
saja-saja letak kat shoppe.
Tak sempat nak citer apa pun lagi.
Dah ada order
Alhamdullilah.
Apa-apa pun thank you♥️

-bengkung moden czer-

MAKANAN & MINUMAN YANG PERLU IBU ELAK SELEPAS CZER



Ini adalah beberapa jenis makanan yang perlu anda elak:

🚫MINUMAN

1)Minuman berkarbonat. 

Minuman ini boleh menghasilkan gas dan menyebabkan perut kembung.

2) Minuman yang bercitrus 

Perlu diambil secara berhati-hati. Ibu-ibu boleh ambil tetapi dalam skala yang kecil.

3)Minumam berkafein 

Seperti coffee dan tea. Lebihan pengambilan kafein boleh menyebabkan perkembangan baby bermasalah.

🚫MAKANAN

1)kubis, bunga kubis, brocoli, bendi dan bawang

Elakkan makanan ini seboleh nya dalam 40 hari. Perbanyakkan makanan yg kurang bergas seperti kekacang putih, kacang merah, kacang hitam dan kacang peas.

2) Bergoreng

Elakkan  makanan bergoreng sebab ia sukar untuk dihadam terutamanya pada hari pertama bersalin Czer. Ia boleh menyebabkan ketidakhadaman dan bergas.

3) Nasi

Elakkan pengambilan nasi sekurang-kurangnya 3 atau 4 hari selepas bersalin czer. Lebih-lebih lagi jika ada diabetis. Kandungan gula dalam nasi boleh menjejaskan luka dan menyukarkan proses penyembuhan. 

Boleh ganti dengan beras perang sebab ia boleh bekalkan tenaga dan kurang kalori. 

Itu saje. Sumber pastinya blog omputih mom junction😍

Share if u like it.
-bengkung Moden Czer-

~PRIVATE HOSPITAL ~






Bila ada orang bagitau bengkung untuk czer ni kat private ada
Kat Lazada ada, 
Bahagia cheq hampa tau
Ingat mudah ke hospital lebih-lebih lagi private nak provided benda alah ni
Bila dah masuk ni maksudnya selamat & berkesan lah kan

antara PRIVATE HOSPITAL yang sempat di usha :

1) KPJ
2)AVISENA SPECIALIST HOSPITAL
3) SIME DARBY MEDICAL CENTER
4) COLOMBIA ASIA HOSPITAL
5) TERENGGANU SPECIALIST HOSPITAL

Disclaimer : Ini adalah perkongsian dari kawan &  customer BMC.

-bengkung moden czer-

IBU INI BERKONGSI TIPS SELEPAS 3 KALI BERSALIN CZER






Sejak bersalin czer anak kedua saya sudah mencari-cari bengkung moden yang boleh dipakai oleh orang bersalin czer,dah bermacam bengkung yang saya cuba tapi semuanya membuatkan saya tidak selesa di bahagian jahitan.

Saya teruskan lagi mencari bengkung yang sesuai semasa bersalin anak ketiga,akhirnya saya jumpa Bengkung Moden Cesarean (BMC) ni di Bengkung Moden Cesearean oleh Siti Maisarah Mohd Yusof

Namun saya gagal mendapatkan BMC kerana kekangan masa pada waktu itu.

Akhirnya, sebelum bersalin anak keempat,seawal kandungan 8 bulan lagi saya sudah mendapatkan BMC ini.

Seawal 24 jam selepas czer saya sudah menggunakan BMC untuk menyokong perut ketika perlu bergerak ke bilik air.

Alhamdulillah saya dapat bergerak ke bilik air sendiri tanpa bantuan nurse,Yang paling Best,berjalan tanpa rasa sakit.

Penggunaan BMC saya teruskan setiap hari semasa berpantang.Materialnya yang sangat selesa membuatkan saya rasa sayang dan pakai sehingga waktu malam. 

Panel yang besar membuatkan keseluruhan perut saya dapat di bengkung dengan kemas tanpa menjejaskan parut luka czer. 

Nurse yang merawat saya semasa berpantang sangat memuji bila rahim saya cepat mengecut dan luka czer bersih dan kemas. 

Tapi apa yang lebih special sangat BMC ni?? 

Ditakdirkan Allah anak saya ditahan di ward nicu selama lebih sebulan.

Dengan memakai BMC,dalam keadaan berpantang hari ke-3 lagi saya sudah kuat berjalan ke hospital untuk melawat bayi saya.Sememangnya BMC ini sangat-sangat membantu.

saya masih lagi memakai BMC sehingga kini walaupun telah 4bulan melahirkan.

#bengkungBMC
#bengkungmoden

~Beria BETUL~


Wassup semalam.

Ya Allah beriya betul EX customer aku ni.

-bengkung moden czer-

~Cerita 2014 - 2019~



2014
Susun sebakul je stok

2018
Susun berbakul-bakul
Bertingkat-tingkat

2019 
Terkenang-kenang kisah bakul-bakulku.Tisu eco plezz😭 murah sikit.

-bengkung moden Czer-

"BONDA & BENGKUNG MODEN CZER"




Si hensem abang aisy ni masa lahir berat dia 3.79kg... aha..merasa lah dia keluar kot tingkap.Meaning kena la belah perut bonda...sobs sobs sob

Si cantik aisya pulak bonda berjaya vbac dia.fuhh lega rasanya.3.56kg si cantik ni.

Tapi,bonda selalu dok rasa sakit sangat kat pinggang.pedih gitu kalau duduk lama-lama. Bila nak bangun tu rasa dah macam nenek nenek si bongkok tua pun ada.Nak dukung aisya pon siksa rasanya..

Selalu jugak tanya kawan kawan, diorang rasa tak? Kebanyakkan diorang cakap diorang pun rasa benda yang sama.

One day bonda baca blog adlil rajiah, dia ada bagi review pasai bengkung moden ceaseran (bmc).

Apalagi sepantas kilat bonda stalk fb bengkung moden ceaseran.Testimoni semua gempak-gempak. Tak buang masa, terus order you

Nak tau dak apa jadi??

Bmc ni memang sedap pakai,tak keras,lembut elok ja.Berdiri,berjalan,lompat,baring,selesa ja. Terletak elok  ja kat badan.

Lani...ha...siap boleh dukung dua dua orang anak anak hensem and comel ni serentak. Siap boleh lambung2 diorang lagi tau.(ok..tipu)


ha..sekarang berat si cantik dah 10kg &si abg 12kg.Dah boleh dukung dengan lebih selesa.Tiada lagi sakit pinggang..yeay...

alhamdulillah..

Thanks bmc..
thanks sis Siti Maisarah Mohd Yusof 



~PERFECT DIET AFTER CZER~



Haritu kita duk sembang pasal makanan sebelum czer kan? 

Yang ni lepas czer pulak. Biasalah kalau lepas czer ni lapar dia lain macam kot.  Nak makan saja kerja annya. Tapi bila dah czer ni lapar pun kenalah beringat. 

Jadi nak bagi mudah ibu czer. Ni adalah list makanan  ibu-ibu czer berpantang.

1. Produk tenusu rendah lemak

Susu, yogurt rendah lemak dan cheese adalah sumber terbaik untuk protein, calcium dan vitamins B dan D bagi ibu-ibu yang sedang menyusu. 

Jangan lupa minum sekurang-kurangnya 3 cawan atau 500ml susu dalam sehari.

2. Roti gandum perang, beras perang, gandum dan pasta perang 

Selain dapat membekalkan kalori yang diperlukan, memberi tenaga, nutrisi dan vitamin. Sangat sesuai untuk mak-mak yang tak cukup tidur & keletihan.

3. Kunyit

Kagum sungguh cheq dengan tips ni yang ni sebab yang suggest ni omputih.

Dia suruh guna kunyit dalam masakan lepas czer atau minum setengah sudu kunyit dengan susu suam setiap hari sebab kunyit ni ada 

vitamin B6, C, serat, potassium, manganese dan magnesium.

Boleh bantu kurangkan keradangan &  menyembuhkan luka luaran dan dalaman dengan cepat. 

4. Almonds (Badam)

Untuk yang nak sihat & cantik lepas pantang wajib makan almond tak kisahlah mentah, direndam atau shakes sebab : 

Almonds sangat kaya dengan sumber karbohidrat, vitamin B12 dan E, Serat dan mineral seperti copper, calcium, zinc, potassium dan manganese.

6. Halia dan bawang putih

Makan 2 benda ni lepas czer :

Halia, mengandungi vitamin B6 dan E, serat, pitassium, magnesium, manganese dan selenium. Ia bertindak sebagai bahan anti-radang. 

Bawang putih pula membantu pencernaan dan membantu mengurangkan masalah berat badan selepas bersalin.

Done!! 
Like it if u like it, Share it if u want it

P/S : Mohong r sape yang bagitau omputih tak pantang. Depa pun pantang la deq non. Tak caya p tengok mom junction.

-bengkung moden czer-

THE SPECIAL ONE : REKABENTUK V TERBALIK



Selalu sangat orang kata BMC ni

1) Kejap di badan, 
2)Tak mudah berlipat, 
3)Tak bergulung 
4)Tak menggelungsur bila dipakai
5) Sakit tulang belakang rasa lega

bukan saja-saja kebetulan tau tapi di sebabkan rekabentuk V terbalik dia. Lebar bawah, kecil kat atas 

Bayangkan body kerengga  yang kecik kat pinggang, lebar kat pinggul tu gitulah umpamanya bentuk V BMC. Sebab tu tak heranlah lepas czer tetiba kerengga menangis. Body mak incik lawan dia.

Kalau guna yang labuh 12 inci lagi bagus. Bukan je bantu kempiskan tapi kecilkan pinggul sekali. Double bonus uolls, pinggang kecik, pinggul kempis 

Yang warna merah tu huruf V terbalik yea. Mohon tenung lama-lama sikit sebab orang kata dari mata turun ke hati😁.

-bengkung moden Czer-

'' YES. YES BMC MEMBELAI LUKA CZER ''




Mau tak Jejes aillio tukang jual bila baca testimoni customer camni. 

"Yes. Yes Bmc membelai luka czer, saya pakai 6 jam selepas czer. Saya jalan laju je, tak payah ampu perut sampai nurse ingat normal

Ni anak dah 4 bulan pun saya masih guna BMC. Lepas ni nak beli size S pulak."

Makkk😲Ni bukan setakat menjejes aillio tukang jual tapi dah tahap melimpah kena tadah dengan besen dah ni.

Sumber dari ig : bengkungmodencesarean kat post bmc membelai luka czer.

Dah bagi ig ni jangan buat dunknow pulak. Follow ler deq non oii😁

-ig : bengkungmodencesarean-

~KELARISAN BMC DISEMBER 2018~



Pat pat siku lipat
Siapa cepat dia dapat 😆

Pat pat siku lipat
Mai lah pinang cepat!😁

Kelarisan bulan Dec ni
40 pcs BMC (Bengkung Moden Czer)
6 pcs LC (Losyen Czer)


                 Done! Restok-Packing-Post

-bengkung Moden Czer-

Review Customer

Gambar Terbaru 


Assalammualaikum & salam sejahtera😄

Saya terpanggil nak buat review tentang Bengkung Moden Cesareann. Banyak saya nak share tentang bengkung ni..

Asalnyer saya dah beli bengkung tradisional yg ikat tali-tali  tu sebab selalu bersangka dapat bersalin normal tapi apakan daya semua kuasa Allah telah ditentukan. Masa usia kandungan minggu ke 36 baby still breech iaitu songsang kepala kt atas punggung kat bawah.

Nak dijadikan cerita, saya pergi serah diri ke hospital untuk kaedah ecv (pusingkan baby) tapi cubaan pusingkan baby tak berjaya sebab punggung baby dah engaged kat laluan. Masa dah tahu baby tak berjaya pusing, masa dah ditolak ke ward lepas ecv.

Disebabkan itu,saya pun search la bengkung-bengkung moden yg sesuai utk cesarean.Saya baca beberapa review di blog antaranya,saya baca review blog "aku bukan bidadari"sebab before ni memang selalu follow die punye blog.Terus beli pada hari yangg sama sebab takut tak sempat beli. Esoknyer terus dapat. Cepat sungguh service.

Selang 2 hari, saya terpaksa emergency czer sebab air ketuban dah pecah. Lepas kuar bilik OT, selepas 6 jam, pergerakan jadi terbatas sebab kesan dari czer.Pedih tak yah cakap la, memang nak jalan kena pegang perut. Tak leh nak tegak badan.

Duduk hospital 3 hari, perkara paling menakutkan tengok perut yg besar mcm mengandung 4 bulan. Time tu fikir tak sabar nk pakai bengkung bile dh balik rumah plus memang susah sangat nak jalan masa tu sebab pedih..

After dischrge, terus pakai bengkung moden cesarean (BMC). Pada mulanya memang takut nk pakai ketat2 tapi pakai je gak.

Ok,bermula la the best moment dengan BENGKUNG MODEN CESAREAN :

1 ) Bile pakai tak rase pun cam pakai bengkung.Serius.Saya pakai sepanjang hari kecuali masa nak mandi. Selesa sangat-sangat pakai bengkung even tak tanggal-tanggal. Tak rasa panas langsung.

2) Bile pakai perut rasa support.Jalan dah leh tegak dan jalan cam biasa. Laju gak la bile jalan..hehe..alih-alih baby kuning. Setiap hari ulang alik klinik pn tak jadi masalah..

3) Bile pegang baby or dukung baby tak rase pun tekanan pada perut.

4) Duduk leh cam biasa. Siap leh duduk bersila

5) Bile bersin or batuk, serius tak rasa sakit pun tempat luka czer tu..

6) Nak bangun dari tempat tdo tak rase pun,kadang-kadang smpai terlupe yang saya czer. Ni serius tak tipu.Pakai dulu bru tahu

7) The best part is part perut.Perut yg masa awal bersalin macam 4 bulan mengndung lagi boleh kempis secara perlahan dalam masa 2 bulan.Perut dah kempis even tak sekempis before pregnnt (czer memang tak kan kempis rata).Baju-baju yang dulu ketat sekarang dah leh pakai..hehe..body ke bentuk asl gitu.😄

Sehingga sekarang, Jika saya pergi cucuk baby monthly checkup,terjumpa ibu-ibu yang baru bersalin.Bile saya tnye & dapat tahu dorg bersalin czer,terus saya akan suruh ibu-ibu ni dapatkan bengkung moden cesarean sebab sy leh tahu cara dorang jalan tu sebab bersalin czer. Jalan yang menahan sakit.Even kawan-kawan, sedara mara pun saya akan suruh dorang dapatkn bengkung moden cesarean.Tak kira la bersalin normal ataupun czer.Bersalin czer tak bererti kte tak leh pkai bengkung.BENGKUNG MODEN CESAREAN lah penyelesaiannya.

Tu saja review yang saya nak share.In shaa Allah, benda baik kite kongsikan. Semoga dapat menolong ibu2 yg bersalin czer.😄😄