Akhirnya mood nak menyambung kisah dryer ni datang lagi. Jadi, ini kali, hakak nak citer pulak macam mana cara nak pilih & beli.
Aku masa nak beli ni memang aku p kedai aku bawak senarai ni dan tanya seller. Ada yang boleh jawab dengan cemerlang. Ada yang ape pun tak tau. Dia tak tahu tu hal dia tapi kita kena serba tahu, kita yang keluar duit kan.
CIRI-CIRI YANG NAK KENA TAHU :
1) JENIS
Ko nak yang jenis apa? Vented, condenser atau heat pump. Kisah jenis ni boleh rujuk post sebelum ni yea. Post tu kat wall aku.
2) JIMAT ELEKTRIK
Yang ni selain pemilihan jenis. Ko kena tengok sticker dia. Lagi banyak star lagi bagus. Macam aku punya LG tak silap 6 Star. Aku lupa dah. Masa nak beli haritu memang usha pun benda ni.
Ni memang aku punya Aim sebab i takut laki😂. Yang nak dryer ni aku. Kalau naik bil letrik ni naya aku. Aku punya takat ni naik Rm20 sahaja.
3)BOLEH STACK ( atas bawah)
Aku nak cari yang boleh stack macam yang kat bawah ni walaupun aku tak stack pun sebenarnya. Aku pikir jauh ke depan. Manalah tahu 1 day kan. Mai angin kuskus aku.
🔹️Masa nak beli tanya dia, stack tu jenis kena tebuk lubang ke atau tak?
🔸️Boleh tindan 2 brand berbeza ke? Contoh electrolux dengan Beka.
2) ANTI CREASE
Masa beli benda ni pun aku tengok. Tak wajiv pun tapi kalau ada macam bonus lah kan. Biasa yang ni tak payah tanya. Ko tengok je kat button dia ada tulis tak anti crease
4) MUATAN
Ni bergantung pada citarasa masing-masing. Macam aku memang nak yg muatan besar sebabnya aku basuh baju hujung minggu je. Reason dia, siap basuh boleh terus lipat. Tak delah melambak baju tak berlipat.
5) REPAIR (murah/mahal)
Yang ni pun penting jugak. Ko usha-usha harga spare part kat online. Dari tu boleh la ko agak murah ke tidak repairnya. Tak pun tanya seller. Tapi tu lah depa bukan tau sangat pun.
8) SERVICE
Servis ni penting bagi aku. Kalau service center dia tak de kat tempat korang. Nak kena cari orang repair bukan mudah melainkan korang ada kemahiran. Family aku tak de yea kemahiran tu. Jadi, yang ni memang salah satu keutamaan aku.
9) MASA yang diambil untuk kering?
Ni saje-saje tanyalah kan. Mudah nak sedia mental & fizikal. Yang aku survey memang kalau yang dryer kat rumah ni makan jam jugak. Tak macam kat dobi.
10)AUTO CLEAN
Aku pilih LG sebab dia ada auto clean. Jadi, bahagian ni aku dah lega. Tak payah duk fikir nak buat manual macam biasa. Sebenarnya tak payah pun. Tekan butang jugak. Pastu jalanlah function auto clean tu. Cuma itulah, kalau boleh senang kenapa nak susah.
kalau korang nak tengok model yang aku guna boleh tengok kat wall aku yea. Peringatan, perkongsian ini mengikut pemahaman aku masa nak survey yea.
Boleh share😊
~owner bengkung czer~
No comments:
Post a Comment