MANDIAN HERBA SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN ( CESAREAN)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto :  Google 
Entry: 23



Harini saya nak share satu ilmu baru yang saya dapat daripada group ibu-ibu iaitu " CARA PENYEDIAAN MANDIAN HERBA" yang sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan atau normal. Tak sangka betul senang rupanya nak buat air mandian ni. Bahan-bahan dia pun ada macam-macam dari yang paling senang sehingga yang paling susah. Pilih je nak yang mana-mana.
 Masa dalam pantang dulu, saya guna mandian yang dah dikeringkan tu je sebab mak  tak tahu daun apa yang nak rebus. Sekarang dah tahu bolehlah buat sendiri. Bestnya rebus daun segar-segar. Feeling dia  lain.  Ni mandian yang saya guna sebelum ni. Yang macam ni pun best cuma kalau dapat yang fresh lagi best.
   
Bagi yang nak tahu lebih lanjut pasal herba ni boleh baca kat  SINI atau  hubungi 0148371485 ( Sara)


Mandian herba ni terdapat dalam pelbagai versi campuran untuk menghasilkan air rebusan.

  • VERSI 1
    • Serai wangi sahaja
  • VERSI 2
    • Daun serai wangi, buah mengkudu, daun sekantut & manjakani
  • VERSI 3 
    • Daun serai wangi & Jambu
  • VERSI 4
    • Daun pisang kelat, Daun hujan lebat, daun inai, daun chapa
  • VERSI 5
    • Daun serai wangi, daun inai, daun lengkuas, daun sireh, daun pandan, daun kunyit, daun jeragaun & daun jambu batu.
  • VERSI 6
    • Daun serai wangi & daun pandan


CARA PENYEDIAAN


Daun direbus dalam periuk. Bila dah menggelegak dan keluar warna bolehlah dicampur dengan air sehingga menjadi suam. Mandi macam biasa. Air rebusan herba ni bukan sahaja dalam pantang. Tak pantang pun boleh mandi. Best sangat.




Kalau Bengkung Moden Tak Ada, Tak Tahu Macam Mana Nak Uruskan Diri

Saya rasa selesa dan tak menyakitkan sangat sebab saya perlu berulang alik ke hospital menjenguk baby setiap hari. Jadi pergerakan saya tak terhad. Mau duduk, baring dan angkat pun tidak menyakitkan sangat. BENGKUNG MODEN CESAREAN

KELEBIHAN MANDIAN HERBA

  1. Membuang angin dalam badan
  2. menyegarkan urat saraf
  3. Menyegarkan badan, memulihkan tenaga yang lemah & menghilangkan stress
  4. Mrnghilangkan bau badan
Sesungguhnya mandi herba adalah saat yang paling best bagi saya. segar sangat badan, tapi tolong pastikan mandi kat badan je, A big no kat muka dan rambut sebab saya perasan rambut saya jadi kering. Rupa-rupanya memang betul. Bila saya baca kat blog Kak Ice memang dia tak galakkan mandi herba kena rambut dan muka. Silalah cuba, rugi besar tau kalau tak cuba. Ni lah masanya untuk manjakan diri.

Bagi yang sukar mendapatkan dedaun yang diperlukan boleh cuba Herba Mandian Aura yang mengandungi semua daun yang diperlukan. Hanya perlu rebus sahaja. Lebih senang kan. Tak payah pening-pening

CARA MANDI HERBA UNTUK IBU YANG BERSALIN PEMBEDAHAN

Saya bersalin pembedahan mana boleh mandi-mandi herba ni. Boleh cuma haruslah dengan cara yang betul. Sebelum  mandi, ibu-ibu boleh spray pada bahagian luka dengan menggunakan SPRAY OPPOSITE dan kemudian barulah mandi. Spray ini akan membantu mengelakkan luka dari terkena air dan membantu luka sembuh dengan lebih cepat. Ibu-ibu boleh mandi dengan tenang & tanpa kerisauan lagi. Selepas mandi ibu-ibu boleh keringkan luka dengan hair dryer & berbengkung.  Spray tersebut boleh dibeli di farmasi dan digunakan di hospital oleh para doktor. Very Recommanded.


PERHATIAN : Artikel ini adalah hasil daripada perkongsian ibu-ibu yang berpengalaman dan bukan hasil dari nasihat professional.
_________________________________________________________________________

Assalamualaikum...

Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan  ?

Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms  mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.

more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI 

TIPS MENGEMPISKAN PERUT YANG SANGAT AWESOME

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto :  Google 
Entry: 22


Blogwalking di beberapa blog jumpa sesuatu yang  menarik..

TIPS MENGEMPISKAN PERUT DARI  My lil' dreamz  dan tambahan sikit dari saya untuk ingatan pada masa akan datang. Mana tau dapat baby lagi:)

1. Berbengkung siang dan malam sampai habis pantang
 
 

..tapi saya start lewat sikit..lepas seminggu lebih bersalin baru saya start..sebenarnye kalau ikutkan hari ke 3 lepas kluar spital tu dah leh start bengkung.

-Saya hanya bukak bengkung tu time mandi dan buang air je..tidor pon dengan bengkung!

- Saya sapu krim pati halia sebelom guna bengkung tu..lepas tu lapik keliling pinggang dengan kain batik kemudian berbengkung

- Bengkung yang saya guna plak jenis strap-on...bukan yang kena ikat2 lilit2 tu yer. 

*** Serius saya masa dalam pantang pun ikut petua ni. Saya pakai Bengkung Moden 24 jam. Punya nak kurus.

2. Jaga makan dan diet
 
 
 
 
 
 






- Makan makanan orang berpantang...kurangkan makanan berminyak...yang goreng2..masak lemak elakkan..jangan bedal nasik lemak dalam pantang..hahaha

- for BF mother..jangan buat alasan untuk melantak sebab susu saya banyak jugak walaupon saya hanya makan dalam 1atau 2 senduk nasik je untuk lunch ngan dinner..breakfast dan minum petang plak dengan biskut kering dan milo..saya masih lagi boleh buat stock susu.

** Masa dalam pantang, pagi saya makan biskut & minum air milo, tengahari dan malam makan nasi, mak saya wat sayur air tiap2 hari dengan ikan bakar, air kosong minum banyak.

3. Berpantang minum ais/sejuk selama 100 hari lepas bersalin.

Yes i did it! saya tak minum lansung air sejuk..even air tembikai pon tak minum sampai skang..tebu lagi laa..panggil la saya oldskool tapi saya bangga dengan hasilnye..serius..like i said..ade sebab kenape orang2 tua suruh berpantang.

*** Sampai sekarang saya pantang. Memang berhasil tak payah diet bagai.
 

4. Breastfeed your baby!



Ia membantu mengecutkan rahim anda dengan cepat..so maksudnye membantu mengempiskan perut anda dengan cepatla jugak kan..plus it also does help me to lose weight!


So pada saya..untuk mendapatkan perut kempis selepas bersalin c-sect..yang paling penting adalah penjagaan diri kita semasa dalam pantang..saya nasihatkan janganla ngelat2 masa dalam pantang..berpantang la dengan elok..kalau setakat kluar rumah sekejap maybe ok..tapi bab pemakanan tu elok la di jaga sebab perut yang buncit adalah di sebabkan lebihan2 lemak di badan anda hasil dari pemakanan anda sendiri..ok maybe ade yang cakap yela anak baru sorang memang la perut tak tebal lagi..hahaha yela sebab anak baru sorang la saya jaga betul2.cuba kalau anak dah berderet2 pastu tak jaga plak..lagi worst!bagila pakai baju mahal mane pon..tapi kalau bab perut tu membonjol kan dah tak cantik rupenye.

ok to all new mother..selamat berpantang..semoga kite dapat kembali bentuk badan macam sebelom mengandung/anak dara dulu k!
 
*** SETUJU !!

5.Minum air sejam selepas makan.
 
Memang AIR sejam selepas makan dan jangan makan disulami air. Heheh memang berkesan beb.Tapi hasilnya nampak selepas sebulan.Bukan buat hari ni..esok terus nampak. 
 
** Petua ni macam tak buat je. Terlupa:P

 


Katanya “Saya pakai bengkung tu selesa lah, tak macam bengkung lain yang buat saya sesak nafas dan susah bergerak.

Tapi bengkung moden ni orang tak perasan pun bila kita pakai. Selesa dan badan lebih fleksible lah bila pakai.”
 
________________________________________________
 
** Perkongsian saya ini adalah hasil dari perkongsian pengalaman daripada para ibu di luar sana bukan daripada nasihat professional.