CARA TRANSFER SUSU IBU DARI KAMPUNG

SUSU FROZEN TAK CAIR

Atas permintaan sahabat akak, jadi harini akak wajib cerita pasal pasal camner akak transfer susu frozen dari kampung dengan perjalanan selama 5 jam tanpa cair.

Amalan ni akak dah amal dari zaman Amsyar membawa ke zaman Raihanah.  Setakat ni berjaya dengan jaya ikut kaedah ni.

Bahan-bahan dia cooler box ( yang ni akak beli kat Bukit Bunga, kat pasaraya pun ada ni) kalau tak de boleh ganti dengan bekas polisterin putih yang orang biasa buat jual ikan tu, Pun boleh.. Ice Pack & ais batu. Mudah & simple

Bila nak transfer letak ice pack bahagian bawah macam dalam gambar dan kemudian susun susu. Atas susu tu kalau ada celah-celah yang kosong liputi dia dengan air batu. Dah siap! boleh suruh suami bawak balik rumahmu syurgamu.

Ice box tu pulak lepas habis pantang, akak guna setiap hari untuk bawak susu ke rumah pengasuh. Kiranya macam peti sejuk kecik. Tak payah pengasuh letak dalam peti diorang. Susu pun tak bercampur dengan makanan & boleh elak baby kembung. Letak dengan ice pax la kan dalam box tu. 3 ice pax boleh tahan untuk 14 jam. Akak letak 4 atau 5 ice pax. Setakat ni memang sgt puas hati dengan ice box ni. Sangat berguna, pengasuh pun senang hati.

Itu saja. Boleh share & please belanja orang joget-joget  sikit barulah hatiku rasa gembira.

UPDATED SHARE DARI ATIKAH FAUZI:

Kite dulu guna esbok polesterin putih tu ja. Balut lam plastic kemas-kemas, letak icepack tabur garam sikit. Seal esbok masuk bonet. Perjalanan lebih 8jam. Susu banyak masa tu 12oz x 30pcs. Selamat 👍🏻

0148371485
#setmakczer
#bengkungczer
#lotionczer



LOSYEN SECRET CORREA UNTUK PANTANG CZER & NORMAL

TIADA YANG SESEJUK INI DI MALAYSIA KHAS UNTUK IBU CZER & NORMAL

6 sebab adik, kakak dalam pantang suka guna Losyen czer

1. SEJUK
First time, akak jumpa produk yang sejuk, tiada bau tapi mampu memisahkan akak dengan cik lelemak yang cinta setia tu. Mau tak suka kita ni. Tambah tak payah risau kalau terkena baby.  Tak pijar awak. Sekarang cik lem dah tak de. Akak pulak yang setia dengan losyen ni.

2. DARAH KOTOR & ANGIN
Kalau sapu kat perut,  lancar je darah kotor keluar, tak de dah tersekat-sekat. Kalau sapu 1 badan. Berlumba-lumba angin jahat nak keluar. Yang ni tak sempat nak tahan berdentum-dentum dia. Jangan tanjat tau.

3. BENGKAK SUSU
Macam akak ni, tiap kali bersalin mesti kena bengkak susu. Sakit awak, boleh membawa ke demam. Untuk elakkan jadi makin teruk, amik sikit LC & urut pada di sekeliling kawasan bengkak. Jangan risau. Tak kan effect susu. Akak full bf dik. Akak pun risau susu kurang.

4. SEBAGAI PILIS
Akak ni jenis simple dik. Nak benda yang senang & mudah tapi still nak sihat. So, lepas mandi,ikat rambut kuat-kuat & tinggi-tinggi boleh lah sapu LC di dahi dan urut-urut atas kepala sebagai ganti pilis. Rasa segar & sesejuk musim sejuk kisahnya.

5. SEMBELIT
Arrghhhh... yang ni paling akak takut sebab akak ni setiap kali bersalin mesti koyak sampai punggung. Sebab tu bila nak bersalin akak standby macam-macam untuk elak sembelit. Salah satunya LC ni. Bila pakai dia, senang je bila di tandas. Tak de lagi perasaan masuk  dengan suka keluar dengan duka.

6. STRETCHMARK
Sambil-sambil gosok-gosok untuk sihat. Stretchmark pun pudar. Idok ke seronok dapat bonus cenggini oii. Akak tak de stretchmark preggy. Yang ni orang lain duk citer. Akak kan #sarakepoh. Kena la sebar kat hgpa😆

7.KKM & HEALTHY BRAND
LC ada KKM  dan dapat pengiktirafan super healthy brand. Akak masa mula-mula nak guna usha benda alah ni dulu. Musim sekarang ni nak sebarangan ramai dah yang ada kesedaran termasuklah adik-adik akak semua.

Feelingnya, aromanya, teknologinya, bahannya. Tiada yang biasa-biasa!Keterujaan apakah lagi yang ditunggu? Bawak-bawaklah mencuba.😄

Setmakczer
~0148371485~

LIST SET BERPANTANG CARA SARA KHAS UNTUK IBU CZER


Seperti yang dijanjikan. Malam ni akak mugil up list dulu. Semua ni sesuai untuk ibu czer yea.

😗Bengkung Moden Czer(Guna yang sama dari anak 1st)
😗Losyen czer secret correa (masa 2nd baby baru guna)
😗Sabun herba Slim dari Bmc (buat mandi ganti sabun biasa, rasa clean dari daki-daki)
😗Herba Mandian dari Bmc (guna sampai hilang warna)
😗Ubat bersalin klinik Panchor (beli untuk sebulan)
😗Air akar nona roguy (guna dari 1st day. Sedap minum panas-panas)
😗Phytonatal nona roguy (hari ke30 baru guna)

Kalau guna semua ni sampai habis dalam pantang. Insyaallah, suami tak berani nak p karok. Ops🙊ini bukan kisah suami saya.

#setmakczer
#khasuntukibuczer
0148371485

TIPS BERPANTANG SELEPAS CZER

Untuk ibu-ibu czer  yang hari-hari dok tanya,

1-sampai bila kita tak leh mncangkung?
2-bila boleh start makan ayam?
3-pantang seafood sampai bila?
4- Mandi  air suam sampai bila?

Meh akak share sikit

Mencangkung bagi ibu czer selepas 2 minggu atau selepas luka dah ok boleh mencangkung. Kepit-kepit sikit masa mencangkung yea sebab masih awal lagi. Kalau dah selesa masa awal-awal insyaallah hari-hari mendatang hidupmu pasti lebih indah. Bukan janji tapi pasti.

Makan ayam walaupun czer tak kesah pun. Boleh je sebab Ayam tu protein baik utk badan. Luka pun cepat baik.Limau sunkist pun baik untuk cepat sembuhkan luka and lancarkan pembuangan.memang doktor galakkan makan limau. Cuma kalau tanya aku, 2 minggu pertama aku makan ikan bakar lepas tu dah start try ayam & daging pakej dengan Sayur air  rebus tak oily tak dilupa.

Mandi air suam sebaiknya sampai 100 hari(3bulan). Kalau rajin lagi lama lagi bagus. Bagi aku penting mandi air suam tu. Nanti meroyan kalau awal-awal dah mandi air sejuk. Salah satu simptom meroyan kalau kita rasa tapak kaki sejuk. Tanda nya tu dh kena meroyan. Kena pantang lama sikit kalau ada rasa tapak kaki sejuk or badan sejuk-sejuk

Pantang seafood ikut badan. Rasa sikit kalau okay. Boleh makan. Cuma sebaiknya janganlah duk makan dalam pantang seafood ni. Sabo, 44 hari je. Lepas tu try la sikit-sikit.

Sekiann itu sahaja.. selepas pantang  memang macam-macam rasa ada. Cuba pelan-pelan. Try and error. If ok teruskan, kalau tak cari jalan lain supaya badan sihat, kita bahagia.

 Aku tanya je mak, benda yang dia tahan biasanya aku pun tahan. Memang original mak akak ni, Bab kata Dr Fadzilah Kamsah, kalau ada iras mak insyaallah segala-galanya macam mak termasuklah penyakit🙇 akak bidadari kecil mak akak. Sebijik hokey.

Cenggituuu tips dari akak..jadikan masa berpantangmu seindah syurga supaya tiap-tiap tahun tak insaf nak pantang.opss😉

-setmakczer-
0148371485