~BMC DI SHOPEE~


Hai wak, kita  jual bengkung moden Cesarean atau orang panggil bmc jer wak. kita tak jual barang shoppee wak😅

Sila Tenangkan diri bila tengok kita review barang Shopee yea wak. Kita suka sangat barang Shopee.

Awak tenang-tenang ya.Kalau tak tenang awak boleh shopping dekat kedai kita kat Shopee jugak. Yang tu dengan kita sekali tenang hahaha..

adeehh..
tercerita pasal kedai kita pulak
Dah Kebetulan tu tersengaja la kita share kedai Shopee kita & link dia pun kita sengaja share👇

https://shopee.com.my/sitimaisarahmohdyusof?v=efd&smtt=0.0.3

BMC - WHITE COLOR


Putih, putih,putih tak ada warna lain yo?

Yup, ada warna putih je dik non bukan apa bila jual benda untuk orang czer ni banyak kena pikir dik. 

1) Bila warna lain kena celup pewarna fabrikkan. Takutnya bila celup ni dik non alergik pulak. Naya kat awak nanti sebab tu kita guna warna asal.

2) Warna lain serap haba, mudah panas. Dari selesa jadi lain. Sayang  campur sedih sat lagi.

3) Takut kotor warna putih, pakai kat dalam dik. Kotor boleh basuh. Tak selesa nanti berkulat dalam almari. Lagi bahana hah.

Jadi dari alasan yang diberikan. Rumusannya, Bmc hanya ada white colour sahaja.

kezaaaahh,
~bengkung moden czer~
Price start from 199

Pakej Lengkap : Harga Rakyat Jelata


Patut ke tak patut? Kalau harganya macam ni kita tengok je?

Harga rakyat jelata. Kain elok, design cantik, tak tebal ,tak nipis, tak panas.

Siap pakej, Sekali pakai handsome melampau.

Kalau macam ni pakejnya? Haruslah aku beli. Hgpa pun jomlah join.

( video baju kena tengok ig story i kt fb susah nk upload)
 👇
ig : bengkungmodencesarean
Shoppee : BENGKUNG MODEN CESAREAN

MENGGUNAKAN BENGKUNG MODEN CZER SELEPAS DI TIMPA MASALAH PLASENTA PREVIA


Bercerita tentang bengkung selepas bersalin ni kannn... Tak semua bengkung bersesuaian dan tak semua bengkung kita boleh jadi selesa nak pakai yer tak??? Farah ni bersalin secara pembedahan disebabkan uri yang tidak naik atau di dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Plasenta Previa... Ho ho ho... Dah berkali-kali dah bercerita tentang Plasenta Previa nih di dalam Bubblynotes.Com... Kalau nak baca bolehlah baca di dalam entri bertajuk Plasenta Previa.

Makanya, tiada pilihanlah bagi Farah untuk bersalin secara normal. Bila dah bersalin secara pembedahan ni, orang selalu kata, perut tu susah nak turun... Buncit dia lain macam... Walaupun dah setahun ke dua tahun ke melahirkan masih ada kebuncitan itu... Dush dush dush... Memang betul pun... Kadang-kadang bila tengok diri sendiri depan cermin di dalam bilik air tu ha...Haishhh...Benci sungguh benjolan perut tuh!!! Ha ha ha...

Jujur Farah katakan walaupun kini Ash sudahpun 1 tahun 9 bulan, kebuncitan itu masih ada...Dan Farah ingatkan Farah seorang jer yang mengalami masalah perut buncit selepas bersalin secara pembedahan ni... Rupa-rupanya memang ramai di antara kawan-kawan Farah mengalami masalah yang sama ok? Walaupun dah 2 tahun lebih tetapi perut masih buncit lagi. Kadang-kadang tu ada juga yang nampak seperti mengandung lagi. Hurmmm...

Perkara-perkara macam nilah yang menjadi punca kepada masalah hilangnya keyakinan diri yer tak? Orang bersalin pembedahan ni sebenarnya dari pengalaman Farah sendiri, sewaktu mula-mula selepas perut tu dipotong, memang tak ada keberanian nak berbengkung... Risau dan takut...Ahakss... Farah akui, selepas pantang tu Farah cuba berbengkung juga...Tetapi bila rasa sakit di bahagian pembedahan tu, Farah terus lupakan sahaja niat nak berbengkung tu. Dush dush dush...

Kira-kira masa umur Ash 6 bulan, barulah Farah mula memakai bengkung ataupun korset. Tu punnn masih rasa sakit juga, tapi nak cantik punya pasal!!! Nak kembali keanakdaraan punya figura punya pasal...Redahhh jerlah... Cumanya, ada kala tu rasa sangat tak selesa...Bila dah tak selesa, mulalah buka kan? Buat apa nak pakai kalau tak selesa? Nanti satu kerja pun tak jadi...

Kemudiannya, baru-baru ini, Farah telah di-"approach" oleh seorang kawan... Dia beritahu Farah bahawasanya kan, sebenarnya jika ingin memakai bengkung bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ni, ciri-ciri bengkung yang sesuai adalah:


❤TIADA BESI
Pastikan tiada sebarang besi pada bengkung anda kerana besi ini akan menyebabkan bahagian luka terasa sakit.

❤"FREE LATEX"
Bebas dari "latex" sebab ini sangat membantu untuk mengelakkan gatal-gatal pada bahagian luka pembedahan.

❤"STRAP ON"
Bengkung moden jenis "strap on" lebih sesuai berbanding bengkung tradisional bertali untuk ibu yang bersalin secara pembedahan.

❤BENGKUNG KHAS UNTUK PEMBEDAHAN
Carilah bengkung yang dikhaskan untuk pembedahan. Banyak sangatttt di pasaran.

❤MUDAH DIPAKAI
Maksudnya yang bukan dililit seperti yang tradisional kerana ibu yang bersalin secara pembedahan ini pergerakkannya sangat terhad.

❤MUDAH DIBASUH
Antara ciri yang penting, boleh dibasuh dengan mesin terutamanya bagi ibu yang berpantang sendiri dan bersalin secara pembedahan.

❤SELESA UNTUK DIPAKAI & MENYERAP PELUH
Farah sendiri pernah mencuba bengkung dari jenis "strap on" yang ada di pasaran tetapi kann,jujur cakap sangat tak selesa. Kata kawan Farah ni, ini kerana bahannya yang diperbuat daripada getah atau bahan yang tidak menyerap peluh. Akibatnya ada yang mengalami gatal-gatal dan ruam di bahagian perut akibat dari bengkung tersebut.

Susulan dari itu kannn...kawan Farah ni ada mencadangkan Farah untuk mencuba sejenis bengkung moden yang bagus untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan.
Didatangkan dengan kualiti yang premium, bengkung moden nilah yang Farah sedang pakai pada waktu ketika ini. Pada mulanya, Farah tanya-tanya juga, tak terlewat sangat ke untuk Farah pakai bengkung ni sebab Ash pun dah berumur 1 tahun 9 bulan dah sekarang ni kan? Bha ha ha...Katanya tidak... Caranya, Farah pakai tidur... Bila malam selepas selesai segala urusan yang perlu diselesaikan, Farah akan sapu losyen Mustajab tu dan balutkanlah diri dengan bengkung moden ni.


Materialnya memang selesa sebab menyerap peluh dan tiada pengalaman mengalami ruam ataupun kegatalan segala bagai. Nak pakai pun mudah, sebab pakai pelekat "velcro" tu... Tak perlu susah payah melilit-lilit dan tak perlu susah payah nak minta tolong sesiapa untuk pakai. Cuma sapukan losyen Mustajab dan kemudian pakai sendiri.


Setakat ini, bila dah hampir sebulan mengamalkan memang dah nampak kesurutan dan nampak kesan tu ok? Seronok tak terkata weiiii...Bolehlah melaram sakan balik nih... Ahakss... Figura kena jaga dan kena "uphold" ok... Biar nampak cantik, nampak kemas... Gittewlah...Dan bagi orang yang agak obses dengan "self-presentation", memang lerrr, sanggup jer nak buat apa saja janji dapat kembali ke bentuk badan asal gittew...Tak kisahlah selama mana pun masa yang diambil... Hik hik hik... Tapiiii...alangkah bagusnya kalau Farah diperkenalkan dengan bengkung moden yang satu ini bukannya yang lain seawal dari selepas bersalin dulu...

Hurmm...tak apalah, selepas ini, perlahan-lahan perbaiki apa yang perlu diperbaiki yer tak? Agak terlewat tetapi bukan terlewat selamanya sebab walaupun Ash dah berusia 1 tahun 9 bulan ianya tetap berhasil juga.

2 POSISI MENYUSU SELEPAS CZER


1)FOOTBALL
Kaedah ini adalah membawa kedudukan bayi sama seperti gaya seorang pemain bola sepak membawa bola sambil berlari.

Posisi ini sangat selesa untuk ibu czer sebab ia tidak menyentuh atau menekan bahagian czer ibu.

 2) SIDE LYING
Posisi ini adalah ibu berada  dalam keadaan  secara mengiring sedikit dan ini membantu ibu berehat dan posisi yang terbaik untuk anda bersenang lenang dengan bayi anda yang baru lahir.

Pastikan badan dan kepala  dalam keadaan yang selesa kerana penyusuan akan mengambil masa tempoh yang lama hingga sejam.

Letakkan bayi  berhampiran dada untuk memudahkan bayi anda melekap dengan betul ketika menyusu.

Setelah selesa ibu boleh mula mencuba posisi lain( boleh rujuk gambar) namun untuk ibu czer 2 posisi ini adalah posisi terbaik sekiranya ibu ingin menyusu bayi sebaik sahaja selepas czer.

Apa pun ibu yang penting pastikan ibu telah bersedia dan emosi dalam keadaan stabil. Jangan terlalu memaksa diri sebabnya untuk enjoy breastfeeding ibu terlebih dahulu kena happy.

~bengkung moden czer~
Price start from Rm199🤗

Jangan pinjam barang kakak, silap langkah kau akan merana"


Pepatah Melayu kata "Jangan pinjam barang kakak, silap langkah kau akan merana"

sebab ....

selesa. Dah nak kena beli juga😭

beneran
akak BMC

AKU & JADUAL


Dalam bisnes aku ni konsisten. Aku sentiasa bergerak Walaupun slow. Dan sesungguhnya aku memang slow yang amat tapi i'm never stop.

Bila slow tapi tak pernah berhenti ni makna kata sale sentiasa ada, untung pun ada tapi tak banyak sebab tu dalam hidup aku suka jadual. Aku suka atur hidup aku. Baru aku nampak halatuju aku. Buat makan-makan pun aku boleh ada jadual usahkan dalam hidup.

Aku terjebak dengan jadual menjadual ni sejak dari sekolah rendah lagi. Aku suka buat jadual harian. Aku suka buat jadual belajar. Kalau boleh semua benda aku  nak atur. Baru aku rasa clean and clear.

Bila atur tapi tak dapat ikut it's ok but if  tak ada perancangan langsung yang tu tak ok.

Complicated lah. Tak nak ceritalah. Cuma satu je nak bagi tahu. Aku nak post status ni pun aku dah atur sebulan yang lalu tajuk dia😅. Harini baru impian jadi nyata.

Ini kisah benar,
kakak bengkung Czer

BMC YANG MANA PALING HOT?


Everyday akak dapat soalan manja-manja macam ni. Dan akak memang suka simanja yang tanya soalan ni. 

Jadi akak akan jawab, straight to the point,

💥Bmc 4 panel pilihan ibu-ibu
💥Dan saiz S & M paling disukai ramai
💥L jarang-jarang, not so hot.

Sebabnya,

Bmc ni size US. Bila dapat macam kecik je, tapi bila tarik haruslah panjang. gitu cerita dia. 

Faham ke faham?😊 bacalah sambil tersenyum kerana Senyumanmu pengubat hatiku.

benaran,
kakak penjual BMC

REALITY VS EXPECTATION


Inilah orang panggil akibat gelojoh membeli. Masa beli aku tak baca langsung dia punya detail. Main beli je, masa beli terasa pelik dah, kenapa murah sangat ni. 60 sen sahaja satu. Kalau ikutkan hati nak order sampai 10. Tiba dapat nur, cukuplah 5 je dulu. 

Sekali dapat gigil i uolss, hanya sekeping plastik sahaja dan dalam dia ada benda putih- putih. Masatu barulah gigih aku  baca detail dia dan chat buyer. Memang menyesal awal-awal tu tapi try jugalah sebab dah belikan dan time tu terdesak sebab ice pack dah banyak pecah.

Cara nak guna mudah setiap ice pack ni.  Buh air ikut lubang dia, nanti benda putih putih (jelly) dalam tu akan kembang. letak dalam freezer. Esoknya dah boleh guna. Settle. Syok guna macam yang mahal rupanya.

😂Skeptical melayu, murah itu tak helok.
Rupanya barang murah pun kita banyak yang berguna. Idokler kena beli yang mahal je. 

Mak-mak yang kat luar tu. kalau nk topup ice pack wajiblah beli yang ni. Murah ,cekap & efisien gituuu..😁 

Majulah Shoppee untuk negara. Jangan lupa jenguk kedai bengkung i sekali tau kt shoppee tu.

~bengkung moden czer~

JANGAN MAIN-MAIN YEA, MATERIAL DIA MACAM PELIK SIKIT



Bmc ni dia guna kain Premium Quality Cotton. Sebab apa kite kata dia premium ni : 

1) dia Serap peluh dan tidak gatal

2) dia ni sejenis Kain cotton yang boleh diregangkan agar bengkung kejap di badan masa pakai

Walaupun ia boleh meregang bila ditarik, sebenarnya kain bmc adalah bebas getah. 

Ia juga merupakan yang pertama di dunia yang menggunakan latex free material. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas

3)Kain bengkung lembut di bahagian dalam, lembut pada kulit, selesa dan mesra kulit. 

ciri-ciri ini sememangnya membantu anda rasa selesa sepanjang memakai bengkung moden.