SAMBAL BELACAN SAY NO TO BELACAN


Aku suka makan sambal belacan tapi tak nak ada belacan. 

 Jadi ni cara aku:

Bahan-bahan:
Cili merah yang besar
Cili api merah atau hijau
6 hingga 10 biji limau kasturi (diperah dan ambil jusnya)
1 Biji bawang besar (dibakar)
6 biji bawang putih (dibakar)
1/2 hingga 1 keping gula kerek ( nise)
Garam
Cuka ( sekiranya Jus limau kasturi tak cukup)

Cara-cara aku blend saja :

1) bakar bawang besar dan bawang putih dalam AF anggara masa 180c, 8 minit. 

2) masukkan semua cili, limau kasturi, bawang yang dibakar, cuka dan gula kerek & garam ke dalam blender.

3) kalau tak boleh nak blender, tambah cuka sikit. Blend sampai lumat. 

4) Tadaa, dah siap

Aku bukan menunjuk aku pandai masak tau. Aku nak share dalam ni sebab senang aku nak rujuk nanti.

CUBA TEKA SIAPA KAH DIA?


Mana boleh tinggal kesayangan saya
..
Bercod di MCD Bertam, Penang 
..
Dalam hujan lebat & jerebu tebal, tetap bersama
..
Rezeki cuti 2 hari kenalah dimanfaatkan sepenuhnya.
..
Cod Bengkung 4 panel size S ( Ramai nak tahu harga. Harga Rm249)
..
Repost status 2015

~SUBWAY~


"Dik bagi lama sikit dik yea, bagi panas"

Bagus adik ni, memang betul-betul panas dia bagi. Selera akak macam nak order lagi.

SUBWAY:
Roti wholemeal
Chicken Roasted
Sos Ranch
Cucumber
Lettuce
Capsicum

No cheese, no pickles

Eh sedap pulak rasa dia. 
Thank yang share tu. i dah buat u.

Korang share lah kalau subway korang order apa? Nak tiru..


AYAM MASAK KICAP SIHAT SEJAHTERA

 Mama sedap sangatttt mama masak ni.😍

Disebabkan pujian itu mama share resipi ayam masak kicap tanpa goreng 


Bahan- bahan
1 biji bawang bombay yang besar
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Tomato 1 biji
Ayam separuh
2 sudu besar olive oil
1sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis.

Cara-cara dia:
1) perap ayam dengan satu sudu kicap. Biarkan. (tujuan perap untuk dapatkan warna gelap, tak perap pun tak apa) 

2) blend bawang bombay, bawang putih dan halia.

3) panaskan 2 sudu besar olive oil. Tumis bahan blend sehingga garing.

4) setelah garing, masukkan tomato ( tomato ni blend dulu, tujuan nak gantikan sos tomato dan bagi pekat). Masak seketika.

5) masukkan kicap manis sebanyak dua sudu dan garam secukup rasa. Kacau sebati.

6) masukkan ayam, dan masak sehingga dia kecut dan keluar minyak ayam.

7) masukkan air dan Biarkan mendidih dalam 10 hingga 20 minit. Siap dah boleh makan.

NOTA KAKI:
1)Ayam nak lagi best, lepas perap goreng dalam AF tanpa minyak.

2) boleh masukkan asam keping untuk rasa lebih masam.

Buatlah macam mana pun asal sedap. itu saja.

Done
~Bengkung Moden Czer~