BERTANGAS UNTUK IBU BERSALIN PEMBEDAHAN & NORMAL

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto  :  Google 
Entry : 24


Sapa yang macam saya tak tahu bertangas tu apa? Ke saya je yang tak tahu. Ada terbaca isu ni dalam salah satu group ibu mengandung. Terus saya search. Oh rupanya saya terlepas step ni masa pantang anak first dulu. Kat bawah ni saya share hasil carian saya melalui pembacaan, tanya ibu-ibu yang pernah amalkan terutama ibu yang czer dan google

APA ITU BERTANGAS





Bertangas ni sebenarnya adalah mandi wap atau sauna. Bukan terhad kepada wanita sahaja dan juga bukan untuk kaum Melayu sahaja. 

Bertangas untuk wanita bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Mungkin ramai yang sangka ia hanya untuk selepas berpantang bersalin, namun sebenarnya bagus untuk setiap kali selepas haid. 


Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan racun keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan prolaps.


Rawatan bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. Bertangas terdapat dalam 2 jenis iaitu bertangas kering dan basah. 


Bertangas dibuat dengan selubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan. Tangas sesuai dilakukan di waktu pagi & petang.



 “Bengkung Moden yang saya pakai sekarang sangat sesuai untuk saya.Senang dan mudah dipakai, dan tidak ada masalah untuk dibasuhSelesa dipakai apabila keluar berjalan-jalan ~ more info about bmc >> 0148371485

BERTANGAS KERING
  • Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba.
SIAPA YANG PERLU BERTANGAS KERING?
  • Wanita yang belum putus haid  
  • Wanita yang tengah kemuncak waktu berhubungan kelamin iaitu yang berumur 25-40.
  • Khas untuk study case: Fibroid, cyst, endo,dan segala ketumbuhan di dalam rahim.
  • anak dara boleh bertangas.bagi kes kentut faraj,keputihan,faraj berbau,gatal2 pada faraj dan keluar cairan asing.
  • ibu berpantang.dilakukan pada hari ke30 tidak kira sama ada bersalin normal atau czer untuk melawaskan nifas.buat selama 10hari berturut selama 15-20minit atau sehingga batu sejuk.berhenti apabila nifas keluar dengan banyak.
  • wanita berkahwin atau ibu yang lepas bersalin didatangi haid.buat pada hari ke6 hingga 10.sama seperti ibu berpantang buat selama 15-20minit atau sehingga batu sejuk.kemudian bole lakukan sebulan sekali.

RAMUAN UNTUK BERTANGAS KERING
  • ✔️Kunyit Hidup ditumbuk halus
    ✔️ 1 sb jintan hitam
    ✔️1sb Halba
    ✔️1 sb garam besar
    ✔️3 sb perahan limau nipis
    ✔️ manjakani


CARA BERTANGAS KERING
  1. Panaskan batu sungai
  2. Sediakan ramuan bertangas ( Boleh juga beli yang dijual di pasaran)
  3. Semua bahan digaul bersama
  4. Alaskan daun sireh di dalam periuk tanah
  5. Letakkan batu sungai
  6. Letakkan paste tangas di atas batu sungai
  7. Mulakan bertangas

Jangan lupa selubungi badan dengan kain batik atau selimut untuk perangkap wap ye. Buatlah selama 30 minit atau sampai panas batu tu hilang. Istiqamah ye untuk jaga mahkota.





TUJUAN BERTANGAS KERING ADALAH UNTUK MENGATASI :
  • 🌹keputihan yang gatal dan berbau
    🌹keluar cairan asing
    🌹memantapkan tiang seri
    🌹memecahkan lemak dan selulit
    🌹mengurangkan berat badan
    🌹bantu mengecutkan cyst,endo,fibroid
    🌹melawaskan haid dan nifas

BERTANGAS BASAH
  • menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus.
SIAPA PERLU BERTANGAS BASAH?
  • Wanita yang berusia 40 an dan hampir monopouse atau telah monopouse
  • berpantang bersalin, mula rawatan selepas hari ke 40 iaitu selepas tangas kering, dan dilakukan sehingga 100 hari.
  • Untuk selepas haid, dilakukan selepas tangas kering juga. 
RAMUAN UNTUK BERTANGAS BASAH
  • Boleh rujuk pada post saya yang lepas Mandian Herba . Ramuan untuk mandian herba memang digunakan untuk bertangas basah.
CARA BERTANGAS BASAH
  • hanya gunakan air rebusan herba yg digunakan utk mandi tu sahaja.
  • Pastikan air rebusan panas & berwap.
  • Letakkan dibawah kerusi yg berlubang (tak berlubang pun boleh juga).
  • Kemudian selubunglah badan mommies tu dengan toto @ selimut yg tebal. Tapi kena agak-agak juga la. Kalau air tu berwap panas sangat, tak selesa pula nak bertungku nanti.
  • Lepas 10-15 minit badan mommies akan berpeluh & semakin segar. 
  • Biasa amalan ini dilakukan selepas berurut, bertangas & selepas tu mandilah guna air rebusan tadi. 2 dalam 1 jadinya! 

TUJUAN BERTANGAS BASAH 
  • Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap dan kejab di bahagian alat sulit. Ia juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan.
  • Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim untuk kekuatan otot saluran sulit dan rahim.
CARA BERTANGAS UNTUK IBU YANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Untuk ibu yang bersalin secara pembedahan, bertangas boleh dilakukan seawal 30 hari tetapi haruslah dipastikan bahawa luka betul-betul sembuh supaya tidak berlaku sebarang jangkitan pada luka. Jangan bertangas terlalu awal iaitu kurang dari 30 hari berpantang kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan jangkitan pada ibu yang bersalin secara pembedahan atau normal.

BERTANGAS TIDAK SESUAI UNTUK 
  1. Wanita mengandung tidak boleh bertangas.
  2. Bagi yang ada buasir tidak boleh bertangas sebab akan menyebabkan kulit makin melepuh.
PERHATIAN : Artikel ini adalah hasil daripada perkongsian ibu-ibu yang berpengalaman dan bukan hasil dari nasihat professional.
_________________________________________________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan  ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms  mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??

Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI