CARA PILIH DRAYER



Disebabkan kecoh pasal dryer dua tiga menjak ni dan aku pulak sekarang ni dalam mood onz kemas rumah.

Maka aku pun dengan rasa happy sangat nak share cara nak pilih drayer memandangkan aku dah guna sejak 4 Januari 2020.

Masa nak beli ni memang berpinau mata survey & cari info. Ni hasil dari siasatan hakak.

😱Dryer ni ada 3 jenis. 

1. Vented 
2. Condenser
3. Heat Pump

Boleh google la apa beza tiga jenis tu. Yg sy tahu ;

1. Vented
- murah. Bawah 1k boleh dapat untk jenama biasa (Midea & Haier)
- low energy rating (senang ckp kuat makan karen)
- ada external hose untuk keluarkan haba panas. 

2. Condenser 
- tak murah, tak mahal. Tapi boleh mampu milik lg lah. Biasa rm1500-rm2000 ikut brand. 
- energy rating medium. Bergantung pd jenama. Karen lg jimat berbanding vented. 
- tak guna external hose untk lepaskan haba. Sbb dia akan circulate haba panas tu jadi air. So setiap kali guna, kena buang air takungan dlm bekas dia.

3. Heat pump 
- mahal. Biasa rm2000++. 
- energy rating dia tinggi. Memang jimat karen. 
- google la sendiri apa kelebihan heat pump ni. Tp mmg ni paling recommended kalau ada bajet lebih. 

4. Info tambahan

vented type kena letak luar rumah. Sbb ada hose untk lepaskn haba panas. Condenser & heat pump type boleh dok dalam rumah.

Jadi, Cik sara guna apa? Aku guna LG Heat Pump.Nanti aku share kat story. Jadi harini story akan penuh dengan citer dryer je.

No comments:

Post a Comment