Jadi, inilah resepinya yang di war-warkan semalam. The most traditional way for ceaser moms. Kira macam survival skill untuk ibu-ibu anak ada kuning. Boleh cuba resipi ini.
Resipi jus serai kebabom untuk pantang.
(resipi 1) :
Basuh 3 batang serai
Gula batu (boleh ejas sukatan ikut rasa manis yang dimahukan)
Potong serai kecil-kecil dan direbus dengan api kecil bersama 3 cawan air selama 20 minit
Suamkan dan minum
(resipi 2) :
5 batang serai direbus bersama 4 cawan air selama 30 minit menggunakan api perlahan. Selepas dah siap rebus, suamkan air rebusan. Bancuh air rebusan bersama madu dan limau nipis atau lemon.
Tips tambahan : Jika anda tak nak rebus banyak kali, buat banyak sikit kemudian simpan dalam peti. Tiap kali nak guna, panaskan air rebusan serai agar suam, kemudian baru bancuh / campurkan dengan madu dan limau nipis.
Itu je, serai ni, awak makan pun boleh uols. Tak semestinya untuk minum je. Buat Je Apa yang korang suka dan selesa.
Yang penting, jagalah elok-elok badan kita yea. Paling-paling moden pun .Belilah korset atau bengkung kalau malas nak berpantang?
Jaga badan kita hokeyy! Nak pakai lama nih.
Salam Ramadhan
-bengkung czer-
Disclaimer : ini adalah perkongsian dari pengalaman ibu-ibu bukan nasihat profesional.
No comments:
Post a Comment