6 CARA PALING MUDAH PILIH BOTOL SUSU, KELIP-KELIP MATA JE😎 macam ni tau :
1) Bentuk puting susu
Puting ni dia ada macam-macam bentuk. Ada Pendek, ada panjang, ada warna putih ,ada warna oren ,ada yang keras dan ada yang lembut
Puting terbaik adalah yang hampir sama dengan nipple. Akak memang guna yang jenama pureen yang oren tu sebab Yang ni sangat lembut sesuai dengan baby.
2) BPA-free
Cari yang bpa-free. Apa-apa jenis botol pun tak apa yang penting bpa free. Tapi korang kena ingat, bpa-free pun kena tukar Setiap tiga hingga enam bulan.
Jangan pula sebab bpa-free 4 tahun baru tukar. Haru kalau gitu.
3) Jenis botol
Ada 3 jenis botol : Botol kaca, Botol plastik & Botol stainless steel.
Ada yang suka kaca sebab tak berbau
Ada yang suka plastik sebab ringan
Ada suka stainless steel sebab tahan lama panasnya.
Pilihlah yang mana selesa, cuma beringatlah botol ni Kena selalu tukar. kalau tak Sebab tamat tempoh, once dia bercalar pun dah kena tukar yea.
4) Sukatan botol
Botol ada banyak saiz. Ada yang kecil 5 oz atau yang besar 8/9 oz.
Dia gini, nak pilih sukatan ni, kena tengok keperluan baby. Macam aku suka sukatan 5 oz je. Sebab anak aku tak suka susu yang sejuk .Dia asyik nak yang panas je. So, 5 oz itu cun-cun untuk dia. Sekali minum habis. Kenyang helook pastu.
5 ) Harga
Yang ni Paling penting, kau orang kena ingat botol memang jarang kita tukar. Mungkin enam bulan sekali. Tapi Putingnya kita kena selalu tukar.
Ikut pengalaman aku, kalau botol mahal, puting dia pun tak kurang nilainya. Barang mahal ni best wak. Sekali guna, memang nak yang tu je.
Jadi sebelum beli fikir masak-masak. Yang ni kalau fikir tak masak. boleh masak bergaduh korang.
6) Stok
Tengok sekali kiri dan kanan korang. Senang tak nak dapat botol yang kau pilih tu.
Kalau Tempat yang kau beli tu tak ada stok Nanti. Kat mana yang kau boleh beli lagi.
Penting tau bab ni, ni masa depan anak-anak kita dan juga kita. Manalah tau ada kemudharatan nanti.
Contohnya, botol pecah, botol sumbing. urgent nak. Mana mau cari?
Jadi cari botol yang mudah dapat. Maksudnya nak beli on9 ada, offline pun ada.
**************
Itu jelah, ayat aku pun makin pening dah ni.
sebelum tu aku nak bagitau,
Tujuan aku kongsi ni bukan apa. Aku takut aku lupa lepas ni cara nak pilih botol. Lepas ni kan dah tak nak beli botol susu dah.😂 bungsu kataku.
Harap jelas dengan penjelasan aku ni?say yes kalau faham.😜 boleh share kalau mau.
benar sahaja,
bengkung czer
No comments:
Post a Comment