BAGAIMANA NAK BANGUN ATAS TILAM (TANPA KATIL SELEPAS CZER)?



Point utama dia  mengiring yea mommy. 

1) Mengiring perlahan- lahan sebelah kiri atau kanan yg mana mommy selesa. 

Tolak dengan tangan pelahan- lahan sambil siku ampu berat badan.

kalau terasa sakit buat slowly.Buat sampai boleh duduk.Lepastu boleh la bangun pelahan-lahan.

kalau boleh letak kerusi sebelah untuk senang bangun berdiri sambil pegang kerusi tu. 

2) Cara Kedua, PEGANG PAHA kalau tak ada benda lain untuk kita pegang untuk tarik badan.

Mengiring kemudian pegang paha untuk sokongan badan dan bangun perlahan-lahan.

3) Cara ketiga, TIDUR BERSANDAR dengan bantal.

Susun bantal secara bersandar. Imagine mcm katil spital yg bole adjust. Jadi lebih senang nak bangun,mengiring dulu. Lepas tu, pegang apa-apa untuk support berdiri.

4) cara keempat, BERSIMPUH

mengiring kemudian tolak badan dengan lengan. 

Kaki lipat ke belakang mcm bersimpuh. Perlahan-lahan bangun.

5) cara kelima, TARIK NAFAS

mengiring dulu.bangun perlahan-lahan. Nak  bangun, tu tarik nafas ,bangun pelan-pelan..then bila dah bangun. lepas.. Akan kurang rasa  sakit. 

kalau saya mengiring pun tak mampu? sakitttt wak. camner?

Esoklah hakak share yea. Nak sahur, nak bangun awal. bye.

Disclaimer : ini adalah perkongsian dari pengalaman ibu-ibu bukan nasihat profesional.

~Kata mereka~





Depa punya share pasal BMC ni kan
Selalu buat akak jadi big nose tau
bulan puasa ni, badan tak kurus, 
pose lak kurus kan.
Dah la diet asyik postpone je ni😂

Jus Serai Untuk Pantang


Jadi, inilah resepinya yang di war-warkan semalam. The most traditional way for ceaser moms. Kira macam survival skill untuk ibu-ibu anak ada kuning. Boleh cuba resipi ini.

Resipi jus serai kebabom untuk pantang.

 (resipi 1) :

Basuh 3 batang serai
Gula batu (boleh ejas sukatan ikut rasa manis yang dimahukan)
Potong  serai kecil-kecil dan direbus dengan api kecil bersama 3 cawan air selama 20 minit
Suamkan dan minum

 (resipi 2) :

5 batang serai direbus bersama 4 cawan air selama 30 minit menggunakan api perlahan. Selepas dah siap rebus, suamkan air rebusan. Bancuh air rebusan bersama madu dan limau nipis atau lemon.

Tips tambahan : Jika anda tak nak rebus banyak kali, buat banyak sikit kemudian simpan dalam peti. Tiap kali nak guna, panaskan air rebusan serai agar suam, kemudian baru bancuh / campurkan dengan madu dan limau nipis.

Itu je, serai ni, awak makan pun boleh uols. Tak semestinya untuk minum je. Buat Je Apa yang korang suka dan selesa.

Yang penting, jagalah elok-elok badan kita yea. Paling-paling moden pun .Belilah korset atau bengkung kalau malas nak berpantang? 
Jaga badan kita hokeyy! Nak pakai lama nih.

Salam Ramadhan
-bengkung czer-

Disclaimer : ini adalah perkongsian dari pengalaman ibu-ibu bukan nasihat profesional.

Cara ukur Bmc






Kalau sister rasa nak bahagia bila beli bmc. Bila pakai nak rasa fit, selesa, tak gabai  teruk dan tak menyesal. Haruslah ikut nasihat gue :

Caption di setiap gambar sister,
~Bengkung czer~

Alahai si serai


Ok, entry Kali ni akak nak gosip pasal si serai sikit je Cik Kiah. 

Ala, Serai yang akak tanya korang semalam tu. Kau jangan menjual serai pula kat sini. Akak geget ko kan. Ko share tak pe.

Akak selama pantang tiga anak tak biasa dengar pasal serai ni. Biasanya kita dengar pasal halia, bawang putih,lada hitam, kunyit dan lengkuas je.

Kiranya ni first time, Akak dengar pasal serai heloook untuk pantang. Serai ni kira macam satu Solution untuk kita dalam pantang kalau anak kena kuning jaundis. Anak jaundis kan tak boleh makan halia jadi Boleh ganti dengan serai.

Mula-mula kita kena tahu apa yang eloknya serai ni:

1) membantu buang lemak yang  9 bulan tu.

2) membantu menyah toksik dalam badan.

3) memudahkan buang air besar, mengurangkan sembelit dan melancarkan sistem pencernaan.

4) membantu buang angin dalam badan. Tak delah, asal tersentuh je, burrpp keluar angin.

5) menghindarkan sakit kepala kesan ubat bius.

Paduuuuu sangat khasiat dia. Nak lagi padu hangpa kena buat jus serai. Yang ni esok akak share yea.

Tu pun kalau korang rasa nak pantang. Tak nak pun tak peee. Kiah tak paksa😎.

Boleh je nak share
~bengkung czer~

Disclaimer : ini adalah perkongsian dari pengalaman ibu-ibu bukan nasihat profesional.

Apa beza panel-panel ni?


Tiada beza bila dihatiku😜
Ok tau, tak lawak. Meh dekat nak citer ni

BMC terdapat dalam 2 jenis:
4 panel (12 inc)
3 panel (9inc)


4 panel sesuai sekiranya sis nak kempiskan perut dan pinggul.


3 panel sesuai sekiranya sis nak kempiskan bahagian perut sahaja.

Material adalah sama, yang berbeza hanya dari segi labuh sahaja.

So mana-mana pun boleh bergantung pada keperluan. 

Ada yang  suka 4, contohnya, aku suka 4 panel. p keja pun aku pkai 4 panel tu. Rasa kejap sampai punggung. 4 tu boleh lipat jd 3 tapi bg ,aku tak lipat pun. Pakai macam tu je.

Isu dia " keperluan"

kalau nk  cover sekali dengan punggung 4 panel. fokus perut je, 3 panel.

Awak kat sana tu, awak suka yang mana?

Benar, 
Bengkung czer


☆SAYA 3 KALI CZER ~


1st dlu tak pakai bengkung langsung sebab tak tahu,

2nd pakai yang jual kat farmasi, tak serap peluh, 

3rd baru jumpa bengkung moden ni, 
best kejap, perut tak  jatuh
at the same time lembut 
boleh adjust utk bg tak terlalu ketat sesuai dengan keadaan kita czer

Sekarang anak dah nak masuk 2thn, kdang-kadang bila makan banyak nampak bloater,dok pkai lagi bengkung moden sebab senang nak pkai n selesa.

Ketaq tangan aku nak post testimoni ni. 
Terharu, Thank you hgpa. 

Love😍
Bengkung czer

6 Tips Mudah Pilih Botol Susu Anak


6 CARA PALING MUDAH PILIH BOTOL SUSU, KELIP-KELIP MATA JE😎 macam ni tau :

1) Bentuk puting susu

Puting ni dia ada macam-macam bentuk. Ada Pendek, ada panjang, ada warna putih ,ada warna oren ,ada yang keras dan ada yang lembut

Puting terbaik adalah yang hampir sama dengan nipple.  Akak memang guna yang jenama pureen yang oren tu sebab Yang ni sangat lembut sesuai dengan baby.

2) BPA-free

Cari yang bpa-free. Apa-apa jenis botol pun tak apa yang penting bpa free. Tapi korang  kena ingat, bpa-free pun kena tukar Setiap tiga hingga enam bulan. 

Jangan pula sebab bpa-free 4 tahun baru tukar. Haru kalau gitu.

3) Jenis botol

Ada 3 jenis botol : Botol kaca, Botol plastik & Botol stainless steel.

Ada yang suka kaca sebab tak berbau
Ada yang suka plastik sebab ringan
Ada suka stainless steel sebab tahan lama panasnya.

Pilihlah yang mana  selesa, cuma beringatlah botol ni Kena selalu tukar.  kalau tak Sebab tamat tempoh, once dia bercalar pun dah kena tukar yea.

4) Sukatan botol

Botol ada banyak saiz. Ada yang kecil 5 oz atau yang besar 8/9 oz.

Dia gini, nak pilih sukatan ni, kena tengok keperluan baby. Macam  aku suka sukatan 5 oz je. Sebab anak aku tak suka susu yang sejuk .Dia asyik nak yang panas je. So, 5 oz itu cun-cun untuk dia. Sekali minum habis. Kenyang helook pastu.

5 ) Harga

Yang ni Paling penting, kau orang kena ingat botol memang jarang kita tukar. Mungkin enam bulan sekali. Tapi Putingnya kita kena selalu tukar. 

Ikut pengalaman aku, kalau botol mahal, puting dia pun tak kurang nilainya. Barang mahal ni best wak. Sekali guna, memang nak yang tu je.

Jadi sebelum beli fikir masak-masak. Yang ni kalau fikir tak masak. boleh masak bergaduh korang.

6) Stok

Tengok sekali kiri dan kanan korang. Senang tak nak dapat botol yang kau pilih tu.

Kalau Tempat yang kau beli tu tak ada stok Nanti. Kat mana yang kau boleh beli lagi.

Penting tau bab ni, ni masa depan anak-anak kita dan juga kita. Manalah tau ada kemudharatan nanti.

Contohnya, botol pecah, botol sumbing. urgent nak. Mana mau cari?

Jadi cari botol yang mudah dapat. Maksudnya nak beli on9 ada, offline pun ada.

**************

Itu jelah, ayat aku pun makin pening dah ni. 

sebelum tu aku nak bagitau,

Tujuan aku kongsi ni bukan apa. Aku takut aku lupa lepas ni cara nak pilih botol. Lepas ni kan dah tak nak beli botol susu dah.😂 bungsu kataku.

Harap jelas dengan penjelasan aku ni?say yes kalau faham.😜 boleh share kalau mau.

benar sahaja,
bengkung czer

Hand Sanitizer


Aduhai, tak suka betul!

Ada ke patut aku boleh Obses kat hand sanitizer.Aku sanggup beli macam-macam hand sanitizer weh.

Siapa Yang Follow aku kat story mesti tahu yang aku guna macam-macam hand sanitizer.
Aku guna Dettol, antabax,  Alcohol Swab. 
Terbaru aku terjebak dengan intree hand sanitizer.

Obses ni bukan baru tau. Sebelum pkp lagi aku asyik duk beli benda alah ni. Tapi serius Talk, yang ni, memang best gila weh. Sebab apa aku kata best:

1) Dia pekat. Guna dua tiga titik pun dah boleh full cover kau punya tangan tapi aku guna banyak 5 - 6 titik. Sebab ape? Sebab aku suka. Tu je. Noktah.

2) Bau dia best macam aloe vera. Aku suka bau ni, bau dia sebijik macam hand sanitizer dekat kbmc hari tu. 

Masa anak aku warded hari tu memang aku duk fikir  macam mana nak cari yang macam ni. 

Sekali dah jumpa seronoknya.

3) Tangan tak kering walaupun alkohol dia 70 peratus. Biasanya kalau kita pakai yang lain. lepas guna kita akan rasa kering.  Yang ni kita akan rasa tangan kita lembab.

Aku biasa kalau guna hand sanitizer ni aku akan rasa tak selesa kat tangan aku. Rasa macam kering semacam je. Tapi yang ni tak, tu yang aku suka ke sangat tu benda alah ni.

4) Aku dah check memang tak ada bagi bahan bahaya macam paraben ataupun triclosan. So dia lepas aku punya piawaian.

5) Yang paling penting dia ada KKM. Kalau tak memang aku takut nak guna. Sudah ada KKM apa lagi gunakan tanpa was-was.

6) walaupun begitu sebagai manusia biasa ni, aku pun ada sikit was-was ya. Jadi aku dah try hand sanitizer ni dekat resit. 

Orang kata nak bezakan yang untuk bunuh kuman atau membunuh bakteria. Titik sikit atas resit. Kalau hilang tulisan dia. Confirm boleh dipercayai.

Aku buat dan memang confirm Weh, hilang tulisan kat resit Korang tengok kat sorry story aku nanti tau. Aku upload. Ala-ala detektif conan gitu.

7) Last sekali, untuk yang nak follow aku guna benda alah ni. 

Boleh wassup seller dia, 0182434540. Untuk warga kelantan dia boleh cod. 

Atau p lah jenguk kat Shoppee dia. Ko tekan je link tu.

https://shopee.com.my/product/75983647/5629379200?smtt=0.0.9

Moh ler sama-sama kita guna hand Sanitizer.Kite jaga kite. Boleh share kalau mau😎

~bengkung czer~

~Selesa & Mudah dipakai


Customer hakak
Semua baik hati
Selalu bagi feedback bikin hati cair😍

"Bengkung czer selesa & mudah pakai"

ELAK 5 BENDA NI KALAU CZER



Kesian betul tengok  pasangan yang first time ceaser. Husband Nampak terkulat-kulat. isteri Nampak resah gelisah.

Letih Weh, nak fikir anak lagi, nak fikir luka lagi. Banyak sangat benda baru nak belajar. Teringat zaman baru dapat anak sulung dulu. Horror weh.

Jadi, Untuk mengelakkan hampa terlebih fikir, terbanyak risau. Akak nak share tentang perkara yang perlu korang elak  jika Ceaser

1) Tengok KULIT dekat bahagian Ceaser. Tolong jangan bagi dia terlipat ataupun basah. Sebab Bila jadi macam ni kuman mudah membiak dan boleh menyebabkan bernanah.

2) Jangan sapu MINYAK pada luka. Sebab bila kita sapu, kulit akan jadi lembab. Bila lembab akan mudah terkena  jangkitan. For sure luka akan lambat elok. 

Tapi kalau doktor suruh, pakailah ubat tu. Jangan kau buat alasan tips akak ni pulak. Akak ketuk ko nanti.

3) Kalau kau jenis ALAHAN pada makanan, jenis tak boleh makan macam-macam jadi gatal. 

Janganlah kau pergi makan makanan yang boleh menyebabkan gatal. Kejap lagi luka sakit , badan badan pula gatal-gatal. Dah jadi dua penyakit.

Tapi kalau kau jenis yang boleh makan apa saja makan je lah. It's okay.

Cuma elaklah makan fast food pula. Sah-sahlah makanan tu tak sihat. Dan ko sengaja pi makan Lepas tu tunjuk, sebab nak bagitau orang, kau ni kuat.  Tak perlu semua tu wak. 

I learn, never to impress people. 
Lagi bertenang ko, 
lagi senang hidup ko. 

4) Awal-awal ni kalau boleh say no tu JAMU ya.Jamu ni sifat dia panas sikit. Bukan saya kata jamu tak elok ya.

Jamu pun ada yang lulus KKM. Cuma, awal-awal ni tahan jap dari makan jamu.Akak citer pengalaman akak makan ni tau. 

5) This one, common advise for ceaser 
mom. Jangan makan ikan haruan atau pati haruan terlalu awal. Tunggu selepas 2 minggu. 

Ada Orang yang ok je makan. Ada orang  yang makan dan berlaku lekatan pun ada. Jadi, awak boleh pilih nak jadi yang macam mana.

Itu  je wak tips kita. Awak boleh ikut ataupun tak ikut. Semua orang boleh bagi nasihat.

Tapi tak semestinya semua kita kena ikut. Orang boleh bagi nasihat yang tanggung adalah kita. Berpada-padalah ikut nasihat orang.  Pandai-pandailah tapis ya.

Itu saja, bye. Boleh share Kalau nak 😉.

Yang benar,
Bengkung Czer

~Bengkung Selesa~

Akak rasa dah sampai masa akak  bagitau korang sebenarnya selepas czer, lepas habis je ubat bius. Korang akan rasa :

Sakit luka czer

Pastu tambah lagi 

Nak bersin sakit, nak batuk sakit

Tambah lagi

Nak bangun payah, perut asal bergoyang je sakit. Nak jalan elok-elok je goyang.

Tambah lagi

Nak urus baby, nak bf baby. Azabbbb

Inilah masa yang sesuai untuk korang berbengkung. Masa ni Sihat lagi penting yo. Tak yah nak slim sangat

Dan disebab kan itulah :

1)BMC direka khas untuk bersalin pembedahan cesarean. Specialnya korang, sampai nak jahit pun duk pikir-pikir ibu czer lagi.

2) boleh pakai seawal 24 jam selepas bersalin

3) Di pakai lepas czer untuk kurangkan sakit luka bila nak batuk ,nak bersin

4) boleh sokong perut supaya senang nak bangun,  nak bagi berjalan lebih senang, tak bergoyang bergoyang dan tak rasa jatuh.

Cantik tu bonus, kurus tu bonus tapi kalau dah jumpa yang selesa, rajin pulak pakai. Mestilah helok kejadian lepas pantang nya.

Ha gituu,
Bengkung Czer

ENAM BAHAYA KEPUTIHAN YANG BAHAYA SANGAT TAPI KORANG RASA BIASA JER



Sebelum tu Cuba check kalau ibu-ibu ada yang berada pada fasa bahaya ni : 

Simptom

1) gatal-gatal dan radang miss V
2) vulva bengkak
3) lelehan berwarna seperti keju
4) demam

Bahaya nau bila keputihan melampau boleh menyebabkan : 

1) selaput KETUBAN pecah Sebelum masanya. Bayi akan lahir pramatang

2) bayi dalam kandungan boleh terkena BAKTERIA dari keputihan. 

3) bayi dalam kandungan BUTA

4)  punca KEMATIAN bayi sebab dia boleh ganggu sistem pernafasan dan sistem pencernaan

5) bayi dalam kandungan berisiko tinggi terkena SAWAN

6)  risiko RADANG OTAK pada bayi dalam kandungan.

Keputihan ni biasa untuk ibu mengandung tapi bila dah bertukar warna & berbau ia adalah luar biasa. 

Tolong Share Sebab ramai sangat yang terlepas pandang tentang keputihan ni bila preggy.

Kita jaga kita,
bengkung czer

~Nama Kami~

Mama,
Tulis sat nama kakak 
"Wan Mohd Raihanah"

Tak kakak,
Nama kakak
"Wan Nurraihanah

Tak, tu nama kakak

Ok, mama tarik diri. Malas nak citer panjang. Dengan budak 4 tahun lagi banyak masalah.

~Dah lama dah - klik link~



Hello, Hello
Its u,i'm looking for

Pengumuman, pengumuman
Kat profile i ada letak  website yea

Uolss yang nak usha bolehlah mencuba dengan mengelik link tu
Kat situ semua ada termasuk ongkos yang perlu dilabur.

Udah berjaman dong kat situ
Ongkos yang harus dilabur  idokler i publish kat sini

i dah banyak kali bang mark hantar surat cinta
Mau nanges berlagu kalau kena lagi,
Bang mark kata fb ni untuk fun-fun, 
hang jangan duk gatai ngat nak menjual

Gitu pesan dia, i ni degil idok ler
Tapi nakalnya ada😎

Hakak jujur,
Bengkung czer

Review BMC


Saya pakai ni. Doc yang suggest

Di mana-mana je ada orang review
Blog ada, ig ada, fb ada, kat group pun ada.
Yang ni dari group cesarean mums 

-bengkung czer-

~ Daily Report ~


Hasil usaha keras kumpul daily reward
Bukan mudah tau,

Nak tahan nanges
Nak tahan marah
Nak tahan sabar

Tapi

Demi nikmat main game 30 minit.

TQ Good Rizqi
Alom ( 7  Tahun)
Kakak ( 4 Tahun)

Rupanya dah guna dari alom 6 tahun, baru perasan😅

-kisah kami-bengkung czer

Tempoh PKP...


Sambil minum petang, tertengok BMC ni.
Teringat akak berita kat TV.

"Kemungkinan pertambahan bayi 2021, disebabkan musim pkp suami isteri banyak masa terluang

Disarankan suh makan ubat perancang kehamilan."

Jauh ke depan kerajaan pikir untuk kita wak🤣

Syukur selalu :
-bengkung czer-

Tips anak gaduh. Penyelesaian terbaik.


Korang kalau anak korang bergaduh, korang buat apa?

1) Marah dua-dua
2) Marah salah sorang
3) Mintak sulung mengalah
4) Buat tak tahu ( this is mak cool)

Ada tips dari kawan sebilik kat tempat kerja aku. Aku share cara dia kalau anak bergaduh :

1) Marah dua-dua, tak kira sapa salah atau betul
2) Dahulukan yang paling tua

Jadi malam tadi, kakak dengan alom berebut cover tepon. tolak-menolak, rebut merebut sampai  last hampir menangis lah mereka berdua

Mula-mula aku tarik yang sulung,
tanya soalan:  Kenapa bergaduh?
Jawapan : Kakak tolak kami

kemudian tarik adiknya
tanya soalan : Betul kakak tolak alom?
jawapan : yea(jujur sangat)

Bergaduh tak elok. budak-budak baik dia kawan elok-elok. Mama bagi angry face 4.

Dua-dua nak start nangis dah. aku neves dah takut nenek depa marah😂 

ok, sekarang ni alom dengan kakak budak baik. budak baik kena salam dapat 4 smile. 

kakak salam alom, cakap sorry.
alom salam kakak cakap sorry.

Dua-dua salam tanpa sempat drama air mata & mama pun akhirnya selamat .

Nenek hg kalau marah. 10 smile pun tak jalan😂 Ko hengat mama berani sangat kerr? Tq, Good Rizqi 

Real story,
-bengkung czer-

Wanita Berpurdah



Bila tengok video berpurdah kat story aku tu teringat citer pompuan berpurdah zaman sekolah dulu.

Dulu kecoh citer wanita berpurdah ketuk rumah cari anak dara.

Tuk,tuk ( dia ketuk pintu).

Ada anak dara tak?  Kalau ada, dia akan ambik anak dara tu sebab muka dia hodoh. Jadi dia nak anak dara tu supaya muka dia jadi cantik balik.

Hgpa ingat dak lagi? Cer share citer seram wanita berpurdah versi hgpa. 

Syok jugak  musim RMO ni mengimbau

BARANG FREE


BARANG FREE

 Cara ni nak on versi prepaid, Kalau versi postpaid kena tengok story i, macam biasa😁

UPU dan SPA


Dekat story Hari ini saya ada cerita pasal macam mana cara nak pilih course ketika membuat pilihan UPU.

Cara saya tu sebenarnya digunakan untuk bantu student saya yang tak tahu nak pilih course apa dan keliru sama ada course tersebut mempunyai peluang pekerjaan.

Ini cari saya yang tak sempurna yea, Kalau korang ada cara  sendiri, boleh go on ikut cara masing-masing sebab  matlamat kita sama untuk bantu siapa-siapa yang nak isi UPU.

Ok, kalau korang tengok story aku, kau akan perasan aku buka web SPA untuk tunjukkan kos dan peluang pekerjaan tawarkan.

Jadi kat bawah ni adalah gambar  contoh jadual yang perlu korang buat untuk memudahkan korang isi UPU nanti.

Senang je pilih pekerjaan, tengok kos  dan dah boleh isi.

Bye🤗 Semoga Membantu
-bengkung czer-

Aps terbaik untuk anak-anak.Ibu tenang bapa bahagia.


Aku ni kalau korang nak tahu aku memang sejenis yang obses dengan  ilmu parenting yea.

Macam-macam buku yang aku beli tak kisah dari dalam atau luar negara. Antaranya buku ibu rose, ebook doktor Taufik dan macam-macam lagilah , lupa dah sebab  banyak sangat.

Teknik pun macam-macam Okey aku guna bisik-bisik lah, teknik lemah lembut lah, teknik tak boleh cakap bahasa negatif lah tapi semuanya aku tak boleh nak konsisten sebab aku rasa perangai anak aku ni sangatlah mencabar kewibawaan aku dan bapak dia.

Sampailah Akhirnya aku guna apps ni. Apps ni aku ada letak kat story aku. Apps Ni berbayar ya. Tapi memang sangat membantu Dan senang nak konsisten. Anak-anak pun seronok dan senang nak ikut.

Apps ni ala-ala boardgames yang kita gunakan untuk mengawal behaviour anak-anak tanpa Mak ayah  perlu marah atau membebel. Anak akan buat Dengan rela hati. Menarik kan?

Memandangkan anak aku ni suka sepahkan rumah sampai sakit kaki aku terpijak mainan, suka bergaduh rebut barang walaupun dua-dua ada benda yang sama, suka menangis nampak anak tekak dan aku paling tak suka  depa tiap-tiap hari minta nak main telefon. 

Aku ni memang haramkan telefon dekat anak-anak aku. Tapi tulah aku fikir sampai bila aku nak haramkan sedangkan telefon ni zaman mereka . Jadi aku ambik keputusan aku tak nak haramkan Tapi aku nak had kan. Aku nak ajar anak aku macam mana cara hadapi benda cenggitu bukannya lari dari benda tu. Gitu kekdahnya.

Benda pertama yang aku buat adalah tunjuk kat  kakak dan alom cara nak guna apps ni. Aku tunjuk telefon kat depa. Aku cakap kat depa kalau  kakak atau Alom ikut cakap mama dan abah, akan dapat smile. Dapat banyak-banyak smile. Nanti boleh main telefon 30 minit hari tu. 

Kalau awak tak dengar cakap mama dengan abah , akan dapat angry face. Kena turun bawah lama-lama masuk penjara.( Kat sini kena zikir banyak- banyak)

Kalau dapat star banyak pula akan dapat hadiah yang depa nak. Kakak nak baju Princess Elsa. Alom nak games

Aku bagi depa tengok shopee dan pilih-pilih apa yang depa nak. depa Sangat teruja.

Jadi, Bila aku cakap okey semua kemas mainan Nanti mama bagi 3 Star. Cepat-cepat depa kemas.

Bila depa berebut barang aku akan cakap. Along bagi kat kakak boleh? Along kan baik Budak baik, budak baik dapat 4 smile. Terus Settle masalah, tak sempat Mak nak mengaum.

Jadi Alhamdulillah, berkesan weh benda alah ni. Macam hari ini dia orang dah dapat semua stage. Jadi bolehlah main telefon 30 minit.  Make sure lock masa. Bila alarm bunyi  depa akan bagi tahu. Jadi Settle masalah telefon dan Depa pun  behave.

Serius memang boleh konsisten guna apss ni. Aku dah guna dari bulan satu lagi sekarang ni dah nak masuk bulan 4 bayangkan betapa hebatnya apps ni.

Dah 3 bulan guna ni tetiba aku terfikir boleh tak nak guna kat bapak dia? 😂

P/S: This picture is real story but their mama still cool & calm. 😎Tq, Good Rizqi. ( Video  kepatuhan bebudak ni & video apss ada kat story. Terjahlah)

-bengkung czer-

Day 15

1 April 2020
Day 15

1) Tak sabarnya nak tunggu 14/4/202. Rindu amat bumi penang. Moga ada sinar. Baju raya anak tantan i ada kat pejabat oiii. Bior raya tak ziarah orang pun, baju harus baru yoo.

2) Aku dah pencen bawang rangers. Jadi isu-isu semasa yang negatif aku hide je. Harini aku mengeji orang, ntahkan esok aku pulak dikeji. Oh, nooooo.. 

3) Live lagi ker kita???
Kalau live lagi, berpurdah lagilah aku. Jemu jugak tengok muka sendiri 14 hari ni🤣 kanda jangan jemu pulak tau

4) Anak-anak macam biasa masih berkhemah. Khemah buatan macam biasa. Cuma Si Raihanah upgraded sikit harini jadi beauty consultant. Pakaikan bedak di pipiku tapi punyalah sakit, ditampar-tampar mukaku ni. Merah natural tak payah blusher dah

5)Terlupa nak updated story pagi tadi. Malam nilah updated semua. Macam biasa story i tak pernah tak best.

-bengkung czer-