ELAK 5 BENDA NI KALAU CZER



Kesian betul tengok  pasangan yang first time ceaser. Husband Nampak terkulat-kulat. isteri Nampak resah gelisah.

Letih Weh, nak fikir anak lagi, nak fikir luka lagi. Banyak sangat benda baru nak belajar. Teringat zaman baru dapat anak sulung dulu. Horror weh.

Jadi, Untuk mengelakkan hampa terlebih fikir, terbanyak risau. Akak nak share tentang perkara yang perlu korang elak  jika Ceaser

1) Tengok KULIT dekat bahagian Ceaser. Tolong jangan bagi dia terlipat ataupun basah. Sebab Bila jadi macam ni kuman mudah membiak dan boleh menyebabkan bernanah.

2) Jangan sapu MINYAK pada luka. Sebab bila kita sapu, kulit akan jadi lembab. Bila lembab akan mudah terkena  jangkitan. For sure luka akan lambat elok. 

Tapi kalau doktor suruh, pakailah ubat tu. Jangan kau buat alasan tips akak ni pulak. Akak ketuk ko nanti.

3) Kalau kau jenis ALAHAN pada makanan, jenis tak boleh makan macam-macam jadi gatal. 

Janganlah kau pergi makan makanan yang boleh menyebabkan gatal. Kejap lagi luka sakit , badan badan pula gatal-gatal. Dah jadi dua penyakit.

Tapi kalau kau jenis yang boleh makan apa saja makan je lah. It's okay.

Cuma elaklah makan fast food pula. Sah-sahlah makanan tu tak sihat. Dan ko sengaja pi makan Lepas tu tunjuk, sebab nak bagitau orang, kau ni kuat.  Tak perlu semua tu wak. 

I learn, never to impress people. 
Lagi bertenang ko, 
lagi senang hidup ko. 

4) Awal-awal ni kalau boleh say no tu JAMU ya.Jamu ni sifat dia panas sikit. Bukan saya kata jamu tak elok ya.

Jamu pun ada yang lulus KKM. Cuma, awal-awal ni tahan jap dari makan jamu.Akak citer pengalaman akak makan ni tau. 

5) This one, common advise for ceaser 
mom. Jangan makan ikan haruan atau pati haruan terlalu awal. Tunggu selepas 2 minggu. 

Ada Orang yang ok je makan. Ada orang  yang makan dan berlaku lekatan pun ada. Jadi, awak boleh pilih nak jadi yang macam mana.

Itu  je wak tips kita. Awak boleh ikut ataupun tak ikut. Semua orang boleh bagi nasihat.

Tapi tak semestinya semua kita kena ikut. Orang boleh bagi nasihat yang tanggung adalah kita. Berpada-padalah ikut nasihat orang.  Pandai-pandailah tapis ya.

Itu saja, bye. Boleh share Kalau nak 😉.

Yang benar,
Bengkung Czer

No comments:

Post a Comment