BAGAIMANA NAK BANGUN ATAS TILAM (TANPA KATIL SELEPAS CZER)?



Point utama dia  mengiring yea mommy. 

1) Mengiring perlahan- lahan sebelah kiri atau kanan yg mana mommy selesa. 

Tolak dengan tangan pelahan- lahan sambil siku ampu berat badan.

kalau terasa sakit buat slowly.Buat sampai boleh duduk.Lepastu boleh la bangun pelahan-lahan.

kalau boleh letak kerusi sebelah untuk senang bangun berdiri sambil pegang kerusi tu. 

2) Cara Kedua, PEGANG PAHA kalau tak ada benda lain untuk kita pegang untuk tarik badan.

Mengiring kemudian pegang paha untuk sokongan badan dan bangun perlahan-lahan.

3) Cara ketiga, TIDUR BERSANDAR dengan bantal.

Susun bantal secara bersandar. Imagine mcm katil spital yg bole adjust. Jadi lebih senang nak bangun,mengiring dulu. Lepas tu, pegang apa-apa untuk support berdiri.

4) cara keempat, BERSIMPUH

mengiring kemudian tolak badan dengan lengan. 

Kaki lipat ke belakang mcm bersimpuh. Perlahan-lahan bangun.

5) cara kelima, TARIK NAFAS

mengiring dulu.bangun perlahan-lahan. Nak  bangun, tu tarik nafas ,bangun pelan-pelan..then bila dah bangun. lepas.. Akan kurang rasa  sakit. 

kalau saya mengiring pun tak mampu? sakitttt wak. camner?

Esoklah hakak share yea. Nak sahur, nak bangun awal. bye.

Disclaimer : ini adalah perkongsian dari pengalaman ibu-ibu bukan nasihat profesional.

No comments:

Post a Comment