TIPS RUMAH KEMAS SEMUDAH ABC

Hujung-hujung minggu camni selalunya akan timbul satu dilemma di kalangan suri-suri rumahtangga--
Tak tahu nak decide sama ada nak setelkan house chores yang tertangguh,
atau nak qada' tidur sampai weekend depan. 😂
.
Untung suri-suri rumahtangga yang tak mengalami dilemma ni.
Mungkin sebab korang ada bibik kat rumah,
Atau tinggal kat rumah mak/mak mertua.
Ataupun korang memang secara fitrahnya tak dikurniakan kesedaran sivik sebagai surirumah dan surihati suami.
Macam tengah cakap pasal diri sendiri je ni. 😂
.
So today,
I would like to share some tips untuk para suri-suri rumahtangga,
yang sedang mencari kekuatan dan kerajinan untuk setelkan house chores yang tak pernah tak bertimbun tuh. 😑
.
1) Kalau rumah bersepah, dan takde mood nak kemas.
.
Tips: Invite someone to come over.
Your house will get so kemas in no time!
.
Nak lebih efficient,
invite mak mertua datang rumah.
Nescaya sebuah tongkang pecah terus pooff! bertukar menjadi sebuah singgahsana tersergam indah bersama haruman lavender di setiap pelosok ruang nan berkilau kilauan lalu tertambatlah hati sang mak mertua. 😂
.
That's what we call, the power of--
mother-in-law.
😂
.
Sampai tak boleh nak explain dari mana datang khudrat mengemas tu tadi.
Semuanya berlaku terlalu pantas dan terlalu magical. Bahah.
.
2) Kalau ada setimbun pinggan mangkuk dalam sinki, dan tak pernah surut sejak 3 tahun lepas. 😑
.
Tips: Buat rules agar semua pengguna pinggan mangkuk bertanggungjawab atas pinggan mangkuk masing-masing. Dan tampal rules tu besar-besar kat dinding.
.
Contoh:
If u dirty it, u must clean it.
If u can take it, u surely can keep it back.
If u know how to make your tummy happy,
u must know how to make your mummy happy. 😉
If u don't wash your mangkuk after using it,
I will call u mangkuk hayun for the rest of your life.
If u put your cawan merata-rata,
I will take that cawan and love it more than i love u.
Follow this rule,
or rasakan hazab api neraka na'uzubillahiminzalik.

Yang benar,
Your gangsta monsta momma. 😂
.
3) Kalau baju bertimbun setinggi gunung ledang, tapi takde mood nak lipat.
.
Tips: Invite your gossip buddy to come over.
Sambil gosip, sambil lipat baju.
U will be surprised, 3 jam berlalu bagaikan 3 saat sahaja.
.
Kalau taknak invite dia datang rumah,
gossip through phone pun okay.
Jangan lupa guna hands-free / Bluetooth.
Supaya dua-dua tangan boleh bergerak pantas dalam keadaan separa sedar. 😂
.
Kalau yg jenis layan TV 24 jam tu,
boleh la heret sekali longgokan baju kat depan TV.
Tapi jangan baju-baju tu jadi tempat kau merebahkan diri pulak.
Elok pulak layan shahrukh khan sambil  landing atas baju-baju tu kan. 😑
Cukup 2-3 bulan buat perangai camtu,
memang kau mati kelemasan dalam longgokan baju tu.
Dah malas sangat, baik lemas je.
.
.
Sekian "housewife hacks" daripada saya untuk para suri-suri hati suami yang rajinnnnnnnn sangat sangat tu. 😂
.
Dan untuk para suami,
sesungguhnya ada ganjaran yang amatlah besar di sisi Allah jika anda membantu para surihati anda dalam menguruskan rumahtangga. 😉
.
Mesti para isteri happyyy sangat bila suami sudi tolong apa yang patut.
Happy wife means happy life, kan?
And a happy wife will also make sure every night is the first night. 😂
.
Have a good weekend, everyone!