TIPS KURUS DARI ACIK JIJI

Jangan gelak acik jiji pakai bengkung kat luar baju please. 😑

Untuk tujuan tertentu memang kena pakai bengkung kat luar camni.
Tapi kalau balik rumah mak mertua, JANGAN.
Pakai kat dalam baju.
Kalau pakai luar baju camni, nescaya kau akan dipulaukan. 😂

Ramai yang perasan saya lose weight semenjak dua menjak ni.
Siapa tak perasan, taknak kawan. -.. -

Alhamdulillah memang ada lose sikit walaupun takde la tahap pinggang macam che ta.
Dan kalau pergi talk, mesti orang akan tegur "Jiji kenapa nampak kurus? Sebab denggi hari tu ke?"
.
Yes. Memang denggi tu satu hal.
Tapi untuk pengetahuan, selera makan saya tak berkurang pun masa denggi tu.
Doktor yang merawat saya pun berasa aneh lalu meletak jawatan. 😂

Dan sebenarnya saya dah mula lose weight sejak sebelum denggi tu lagi.
Nak tahu apa rahsia?
Dah tak rahsia sangat la kalau dah pakai bengkung kat luar baju ceniaa kan. Hahah.

Yes. I wear this bengkung BMC walaupun bukan sedang di dalam pantang.
Sebab masa pantang dulu degil taknak pakai bengkung, haa mendapat lah kau perut mungil di kemudian hari 😑

So masa dapat BMC ni, terus berkobar nak try.
Setiap malam pakai dengan apa-apa cream yang panas.
Kecuali pada malam jemahat la ye.
Kang perit perit pedih pulak pengalamannya. 😂

Dan selepas hampir 3 bulan berdisiplin memakai BMC, nahh terimalah penampilan hakak jiji yang baharu.
Gicu.

Tapi tapi tapi!
Ofkos BMC ni takkan function kalau kau tak exercise dan jaga makan.
Itu adalah hukum dunia yang kau kena redhoo.

Macam saya, saya tak suka bersenam yang beriya macam berlari atas treadmill, push up, lompat bintang apa semua.
Oh please, dah la exercise sampai cramp otot pastu naik atas penimbang, jarum tak berganjak. Oh stressnya.
Terus pergi order burger ramli mayo lebih 8juta bungkus.

So i prefer exercise yang relaxing dan menyeronokkan tapi keluar banyak peluh.
Contoh macam roller blade 2 jam sehari sambil layan whip nae nae.
Ataupun main badminton dengan budak-budak supaya kau letih kutip shuttlecock, bukan letih smash bendealah tu. 😂

Dan satu lagi, breakfast.
NEVER skip your breakfast.
Dulu saya selalu miss breakfast sebab bangun pun dah pukul 12.
So apa lagi, order nasi kandar terus lah. ;D

Tapi sejak saya mula mengamalkan breakfast, dalam pukul 7-8am, saya perasan sistem penghadaman saya jadi lebih baik, lebih mudah untuk kawal selera makan, dan lebih mudah untuk badan saya lose weight. Yeayy!

So 3 tips untuk hari ni--
Pertama, keluarkan peluh setiap hari.
Kedua, never skip breakfast.
Ketiga, konsisten pakai BMC setiap malam.

Korang boleh check out more pasal BMC kat sini,
FB: Bengkung Moden Cesarean
IG: @bengkungmodencesarean
Whatsapp: 0189143678 Pn Sara

Atau di blog:
http://sitimaisarahmohdyusof.blogspot.my/p/senarai-produk.html

No comments:

Post a Comment