MACAM MANA NAK BANGUN DARI KATIL SELEPAS CZER?


Benda yang paling ngeri sekali selepas 6 jam czer adalah nak bangun dari katil. Inilah masanya ubat bius dah hilang kesannya dan mama terpaksa bangun dari katil & berjalan.

Jadi apa yang perlu mama buat untuk memudahkan mama bangun dari katil tanpa rasa sakit yang melampau. Tips ini pasti dapat membantu mama

1) Sebelum bangun cuba pusing ke kanan atau kiri ( ikut keselesaan).

2) Sokong perut dengan menggunakan tuala, bantal atau bengkung moden czer untuk menyokong luka & memudahkan pergerakan.  

3) Kemudian gunakan lengan untuk menolak badan ke posisi duduk.

4) Jatuhkan kaki perlahan-lahan

5) Gunakan kekuatan tangan dan perlahan-lahan bangun sehingga berada dalam posisi duduk ( seperti duduk atas kerusi)

6) stabilkan diri, tarik nafas. Selepas 1-2 minit sekiranya tiada rasa pening. Bangun perlahan-lahan sehingga berdiri

7) Tarik nafas lagi & cuba berjalan perlahan-lahan. Jangan lupa ampu perut ketika berjalan

Atau mama boleh jer tengok gambar kat bawah. Semoga membantu

=bengkung moden czer=

No comments:

Post a Comment