Haritu kita duk sembang pasal makanan sebelum czer kan?
Yang ni lepas czer pulak. Biasalah kalau lepas czer ni lapar dia lain macam kot. Nak makan saja kerja annya. Tapi bila dah czer ni lapar pun kenalah beringat.
Jadi nak bagi mudah ibu czer. Ni adalah list makanan ibu-ibu czer berpantang.
1. Produk tenusu rendah lemak
Susu, yogurt rendah lemak dan cheese adalah sumber terbaik untuk protein, calcium dan vitamins B dan D bagi ibu-ibu yang sedang menyusu.
Jangan lupa minum sekurang-kurangnya 3 cawan atau 500ml susu dalam sehari.
2. Roti gandum perang, beras perang, gandum dan pasta perang
Selain dapat membekalkan kalori yang diperlukan, memberi tenaga, nutrisi dan vitamin. Sangat sesuai untuk mak-mak yang tak cukup tidur & keletihan.
3. Kunyit
Kagum sungguh cheq dengan tips ni yang ni sebab yang suggest ni omputih.
Dia suruh guna kunyit dalam masakan lepas czer atau minum setengah sudu kunyit dengan susu suam setiap hari sebab kunyit ni ada
vitamin B6, C, serat, potassium, manganese dan magnesium.
Boleh bantu kurangkan keradangan & menyembuhkan luka luaran dan dalaman dengan cepat.
4. Almonds (Badam)
Untuk yang nak sihat & cantik lepas pantang wajib makan almond tak kisahlah mentah, direndam atau shakes sebab :
Almonds sangat kaya dengan sumber karbohidrat, vitamin B12 dan E, Serat dan mineral seperti copper, calcium, zinc, potassium dan manganese.
6. Halia dan bawang putih
Makan 2 benda ni lepas czer :
Halia, mengandungi vitamin B6 dan E, serat, pitassium, magnesium, manganese dan selenium. Ia bertindak sebagai bahan anti-radang.
Bawang putih pula membantu pencernaan dan membantu mengurangkan masalah berat badan selepas bersalin.
Done!!
Like it if u like it, Share it if u want it
P/S : Mohong r sape yang bagitau omputih tak pantang. Depa pun pantang la deq non. Tak caya p tengok mom junction.
-bengkung moden czer-
No comments:
Post a Comment