SAMBAL BELACAN SAY NO TO BELACAN


Aku suka makan sambal belacan tapi tak nak ada belacan. 

 Jadi ni cara aku:

Bahan-bahan:
Cili merah yang besar
Cili api merah atau hijau
6 hingga 10 biji limau kasturi (diperah dan ambil jusnya)
1 Biji bawang besar (dibakar)
6 biji bawang putih (dibakar)
1/2 hingga 1 keping gula kerek ( nise)
Garam
Cuka ( sekiranya Jus limau kasturi tak cukup)

Cara-cara aku blend saja :

1) bakar bawang besar dan bawang putih dalam AF anggara masa 180c, 8 minit. 

2) masukkan semua cili, limau kasturi, bawang yang dibakar, cuka dan gula kerek & garam ke dalam blender.

3) kalau tak boleh nak blender, tambah cuka sikit. Blend sampai lumat. 

4) Tadaa, dah siap

Aku bukan menunjuk aku pandai masak tau. Aku nak share dalam ni sebab senang aku nak rujuk nanti.

CUBA TEKA SIAPA KAH DIA?


Mana boleh tinggal kesayangan saya
..
Bercod di MCD Bertam, Penang 
..
Dalam hujan lebat & jerebu tebal, tetap bersama
..
Rezeki cuti 2 hari kenalah dimanfaatkan sepenuhnya.
..
Cod Bengkung 4 panel size S ( Ramai nak tahu harga. Harga Rm249)
..
Repost status 2015

~SUBWAY~


"Dik bagi lama sikit dik yea, bagi panas"

Bagus adik ni, memang betul-betul panas dia bagi. Selera akak macam nak order lagi.

SUBWAY:
Roti wholemeal
Chicken Roasted
Sos Ranch
Cucumber
Lettuce
Capsicum

No cheese, no pickles

Eh sedap pulak rasa dia. 
Thank yang share tu. i dah buat u.

Korang share lah kalau subway korang order apa? Nak tiru..


AYAM MASAK KICAP SIHAT SEJAHTERA

 Mama sedap sangatttt mama masak ni.😍

Disebabkan pujian itu mama share resipi ayam masak kicap tanpa goreng 


Bahan- bahan
1 biji bawang bombay yang besar
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Tomato 1 biji
Ayam separuh
2 sudu besar olive oil
1sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis.

Cara-cara dia:
1) perap ayam dengan satu sudu kicap. Biarkan. (tujuan perap untuk dapatkan warna gelap, tak perap pun tak apa) 

2) blend bawang bombay, bawang putih dan halia.

3) panaskan 2 sudu besar olive oil. Tumis bahan blend sehingga garing.

4) setelah garing, masukkan tomato ( tomato ni blend dulu, tujuan nak gantikan sos tomato dan bagi pekat). Masak seketika.

5) masukkan kicap manis sebanyak dua sudu dan garam secukup rasa. Kacau sebati.

6) masukkan ayam, dan masak sehingga dia kecut dan keluar minyak ayam.

7) masukkan air dan Biarkan mendidih dalam 10 hingga 20 minit. Siap dah boleh makan.

NOTA KAKI:
1)Ayam nak lagi best, lepas perap goreng dalam AF tanpa minyak.

2) boleh masukkan asam keping untuk rasa lebih masam.

Buatlah macam mana pun asal sedap. itu saja.

Done
~Bengkung Moden Czer~

~Makan SIHAT~


Untuk tatapan umum😁
Aku nak menunjuk peanut butter secoet tu aku buat sendiri.

Sedap? sedap lagi yang beli. i guna kacang murah. 

Sihat? Haruslah sihat😁

Cara buat, cara saya :
1) Bakar kacang guna air fryer, 160 c, 10 minit sahaja
2) Blend guna blender kering, banyak-banyak kali sampai keluar minyak. 
3) Simpan dalam bekas. Tak simpan dalam peti pun tak basi.

Its done
bengkung Moden Czer😍
Roti brand & wheatgerm sedap dr wholemeal

"KEPAKARAN BMC"


Sebenarnya, Bmc ni dia kepakaran dia untuk bantu jaga, belai, kurangkan sakit, bagi tak ngeri sangat kt luka czer tu.


Dan bonus dia kempis tang berlemak tu. Nak bonus ni syaratnya kena konsisten. Maksudnya setiap hari kena pakai tau cantik jelita semua.

~BMC~
Price start from RM199

~DEMI STOK BMC YANG AWESOME~


Demi sekeping pic stok Bengkung Moden Czer (BMC)  yang awesome 

Terpaksa kerah tenaga & keringat alom
Dan crop gambar kakak.😂

-Bengkung Moden Czer-

~SELESA SANGAT~


Kalau sister rasa nak bahagia bila beli bmc. Bila pakai nak rasa fit, selesa, tak gabai  teruk dan tak menyesal. Haruslah ikut nasihat gue :

1) Untuk ukuran labuh : ukur atas bawah. 2)Untuk saiz : ukur dari Kiri ke kanan. 

Itu saja detail-detail sembang lain. 

Bye. 
~anak akak BMC demam~

TRAUMA LAZADA PENIPU.


Aku ikutkan takut amatt nak membeli belah kat lazada ni. Banyak sangat isu tipu menipu ni. Seriauuu mak tau. Namun takdir Allah terpaksa shopping jugak sebab lama sangat dah guna pump ni. Nampak berkulat dah benda alah ni jadi aku ambik risiko beli.

Kenapa tak beli kat Shopee je?
Sebab barang madela mana ada jual kat shopee. Lazada je ada. Aku dengan nervousnya. Rasa bergegar jantung nak buat pyment. Tawakal je masatu.

Lepas pyment, aku setiap hari check track tunggu barang dengan teruja. Sekali hari yang sepatutnya sampai aku dapat message dari LAZADA yang barang aku diorang letak dalam box aku dengan persetujuan aku. 

Masa tu aku dah pikir, sah aku kena tipu ni sebab bila aku check sign bukan sign aku ( depa canggih kita boleh check sign) aku bagitau seller pasal hal ni. Punya kalut dia g call courier tu segala bagai. Dahlah courier tu marah dia balik.

Sekali pagi esoknya aku jumpa barang aku tu dekat porch. Rupa-rupanya malam yang aku dapat msg tu diorang campak dalam pagar. Aku tak perasan sebab gelap. Aku g tengok kat box je. Sengal tul. Nasib baik plastik je. ( pagar i kunci yea). Buyer bagus tapi courier diorang. Ya rabbi insaf aku nak beli lagi. 

Cuma kalau nak beli spare part madela aku recomanded seller ni. Bagus dia. 

~kakak BMC~

TIPS ATASI NIPPLE CRACK


RISIKO BILA BF ~LUKA😢


Bila bf baby mesti akan ada risiko nipple crack.. sakit oii & tak selesa.  Kalau ada yang tak pernah kena. Bergembiralah. Yang kena jangan meraung pulak. Ni ada sikit tips dari ibu anak 2 full bf. Gituu..

1) SUSU IBU

Try guna susu ibu & sapu kat bahagian crack tu. If baru-baru sangat berhasil. Kalau sikit-sikit la kenanya. Kalau teruk sangat lukanya memang amik masa uolss.


2) Cocoa Butter Formula, Nursing butter

Best guna yang ni. Boleh beli dekat farmasi. Best guna sebab natural dan berasaskan koko. Bila menyusu tak payah basuh. Masa alom dulu duk guna ni la. Masa baby lupa pulak kat benda Alah ni. Alahai.

3) Pakai nipple shield untuk bf baby. Dia akan bantu untuk bf baby dan elakkan kan rasa pedih yang melampau sementara luka nak ambik masa untuk ok. 

4) Air Garam

Yang ni paling last, guna air garam untuk cuci nipple lepas bf atau pam dan kemudian sapu dengan krim antibiotik & ktim steroid. Yang ni memang kena p kat klinik. Saya tak berani nak suggest.


5) Secret Correa ~Losyen Czer

Tak sesuai untuk atas luka. Cuma yang ni if bengkak susu boleh sapu keliling dian. Bila nipple crack kan bahagian sekeliling akan bengkak jugak. So boleh sapu ni yea.

4 dari 5 cara ni i pernah buat. Buat sampai sihat. Jangan pula mula-mula je buat. Lepas tu tak nyempat-nyempat g tukar yang lain pulak. Jangan jadi ibarat melepas kentut. Kejap je busuknya. Eh.. tak heloook perumpamaan.

=kakak BMC=

~BMC DI SHOPEE~


Hai wak, kita  jual bengkung moden Cesarean atau orang panggil bmc jer wak. kita tak jual barang shoppee wak😅

Sila Tenangkan diri bila tengok kita review barang Shopee yea wak. Kita suka sangat barang Shopee.

Awak tenang-tenang ya.Kalau tak tenang awak boleh shopping dekat kedai kita kat Shopee jugak. Yang tu dengan kita sekali tenang hahaha..

adeehh..
tercerita pasal kedai kita pulak
Dah Kebetulan tu tersengaja la kita share kedai Shopee kita & link dia pun kita sengaja share👇

https://shopee.com.my/sitimaisarahmohdyusof?v=efd&smtt=0.0.3

BMC - WHITE COLOR


Putih, putih,putih tak ada warna lain yo?

Yup, ada warna putih je dik non bukan apa bila jual benda untuk orang czer ni banyak kena pikir dik. 

1) Bila warna lain kena celup pewarna fabrikkan. Takutnya bila celup ni dik non alergik pulak. Naya kat awak nanti sebab tu kita guna warna asal.

2) Warna lain serap haba, mudah panas. Dari selesa jadi lain. Sayang  campur sedih sat lagi.

3) Takut kotor warna putih, pakai kat dalam dik. Kotor boleh basuh. Tak selesa nanti berkulat dalam almari. Lagi bahana hah.

Jadi dari alasan yang diberikan. Rumusannya, Bmc hanya ada white colour sahaja.

kezaaaahh,
~bengkung moden czer~
Price start from 199

Pakej Lengkap : Harga Rakyat Jelata


Patut ke tak patut? Kalau harganya macam ni kita tengok je?

Harga rakyat jelata. Kain elok, design cantik, tak tebal ,tak nipis, tak panas.

Siap pakej, Sekali pakai handsome melampau.

Kalau macam ni pakejnya? Haruslah aku beli. Hgpa pun jomlah join.

( video baju kena tengok ig story i kt fb susah nk upload)
 👇
ig : bengkungmodencesarean
Shoppee : BENGKUNG MODEN CESAREAN

MENGGUNAKAN BENGKUNG MODEN CZER SELEPAS DI TIMPA MASALAH PLASENTA PREVIA


Bercerita tentang bengkung selepas bersalin ni kannn... Tak semua bengkung bersesuaian dan tak semua bengkung kita boleh jadi selesa nak pakai yer tak??? Farah ni bersalin secara pembedahan disebabkan uri yang tidak naik atau di dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Plasenta Previa... Ho ho ho... Dah berkali-kali dah bercerita tentang Plasenta Previa nih di dalam Bubblynotes.Com... Kalau nak baca bolehlah baca di dalam entri bertajuk Plasenta Previa.

Makanya, tiada pilihanlah bagi Farah untuk bersalin secara normal. Bila dah bersalin secara pembedahan ni, orang selalu kata, perut tu susah nak turun... Buncit dia lain macam... Walaupun dah setahun ke dua tahun ke melahirkan masih ada kebuncitan itu... Dush dush dush... Memang betul pun... Kadang-kadang bila tengok diri sendiri depan cermin di dalam bilik air tu ha...Haishhh...Benci sungguh benjolan perut tuh!!! Ha ha ha...

Jujur Farah katakan walaupun kini Ash sudahpun 1 tahun 9 bulan, kebuncitan itu masih ada...Dan Farah ingatkan Farah seorang jer yang mengalami masalah perut buncit selepas bersalin secara pembedahan ni... Rupa-rupanya memang ramai di antara kawan-kawan Farah mengalami masalah yang sama ok? Walaupun dah 2 tahun lebih tetapi perut masih buncit lagi. Kadang-kadang tu ada juga yang nampak seperti mengandung lagi. Hurmmm...

Perkara-perkara macam nilah yang menjadi punca kepada masalah hilangnya keyakinan diri yer tak? Orang bersalin pembedahan ni sebenarnya dari pengalaman Farah sendiri, sewaktu mula-mula selepas perut tu dipotong, memang tak ada keberanian nak berbengkung... Risau dan takut...Ahakss... Farah akui, selepas pantang tu Farah cuba berbengkung juga...Tetapi bila rasa sakit di bahagian pembedahan tu, Farah terus lupakan sahaja niat nak berbengkung tu. Dush dush dush...

Kira-kira masa umur Ash 6 bulan, barulah Farah mula memakai bengkung ataupun korset. Tu punnn masih rasa sakit juga, tapi nak cantik punya pasal!!! Nak kembali keanakdaraan punya figura punya pasal...Redahhh jerlah... Cumanya, ada kala tu rasa sangat tak selesa...Bila dah tak selesa, mulalah buka kan? Buat apa nak pakai kalau tak selesa? Nanti satu kerja pun tak jadi...

Kemudiannya, baru-baru ini, Farah telah di-"approach" oleh seorang kawan... Dia beritahu Farah bahawasanya kan, sebenarnya jika ingin memakai bengkung bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ni, ciri-ciri bengkung yang sesuai adalah:


❤TIADA BESI
Pastikan tiada sebarang besi pada bengkung anda kerana besi ini akan menyebabkan bahagian luka terasa sakit.

❤"FREE LATEX"
Bebas dari "latex" sebab ini sangat membantu untuk mengelakkan gatal-gatal pada bahagian luka pembedahan.

❤"STRAP ON"
Bengkung moden jenis "strap on" lebih sesuai berbanding bengkung tradisional bertali untuk ibu yang bersalin secara pembedahan.

❤BENGKUNG KHAS UNTUK PEMBEDAHAN
Carilah bengkung yang dikhaskan untuk pembedahan. Banyak sangatttt di pasaran.

❤MUDAH DIPAKAI
Maksudnya yang bukan dililit seperti yang tradisional kerana ibu yang bersalin secara pembedahan ini pergerakkannya sangat terhad.

❤MUDAH DIBASUH
Antara ciri yang penting, boleh dibasuh dengan mesin terutamanya bagi ibu yang berpantang sendiri dan bersalin secara pembedahan.

❤SELESA UNTUK DIPAKAI & MENYERAP PELUH
Farah sendiri pernah mencuba bengkung dari jenis "strap on" yang ada di pasaran tetapi kann,jujur cakap sangat tak selesa. Kata kawan Farah ni, ini kerana bahannya yang diperbuat daripada getah atau bahan yang tidak menyerap peluh. Akibatnya ada yang mengalami gatal-gatal dan ruam di bahagian perut akibat dari bengkung tersebut.

Susulan dari itu kannn...kawan Farah ni ada mencadangkan Farah untuk mencuba sejenis bengkung moden yang bagus untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan.
Didatangkan dengan kualiti yang premium, bengkung moden nilah yang Farah sedang pakai pada waktu ketika ini. Pada mulanya, Farah tanya-tanya juga, tak terlewat sangat ke untuk Farah pakai bengkung ni sebab Ash pun dah berumur 1 tahun 9 bulan dah sekarang ni kan? Bha ha ha...Katanya tidak... Caranya, Farah pakai tidur... Bila malam selepas selesai segala urusan yang perlu diselesaikan, Farah akan sapu losyen Mustajab tu dan balutkanlah diri dengan bengkung moden ni.


Materialnya memang selesa sebab menyerap peluh dan tiada pengalaman mengalami ruam ataupun kegatalan segala bagai. Nak pakai pun mudah, sebab pakai pelekat "velcro" tu... Tak perlu susah payah melilit-lilit dan tak perlu susah payah nak minta tolong sesiapa untuk pakai. Cuma sapukan losyen Mustajab dan kemudian pakai sendiri.


Setakat ini, bila dah hampir sebulan mengamalkan memang dah nampak kesurutan dan nampak kesan tu ok? Seronok tak terkata weiiii...Bolehlah melaram sakan balik nih... Ahakss... Figura kena jaga dan kena "uphold" ok... Biar nampak cantik, nampak kemas... Gittewlah...Dan bagi orang yang agak obses dengan "self-presentation", memang lerrr, sanggup jer nak buat apa saja janji dapat kembali ke bentuk badan asal gittew...Tak kisahlah selama mana pun masa yang diambil... Hik hik hik... Tapiiii...alangkah bagusnya kalau Farah diperkenalkan dengan bengkung moden yang satu ini bukannya yang lain seawal dari selepas bersalin dulu...

Hurmm...tak apalah, selepas ini, perlahan-lahan perbaiki apa yang perlu diperbaiki yer tak? Agak terlewat tetapi bukan terlewat selamanya sebab walaupun Ash dah berusia 1 tahun 9 bulan ianya tetap berhasil juga.

2 POSISI MENYUSU SELEPAS CZER


1)FOOTBALL
Kaedah ini adalah membawa kedudukan bayi sama seperti gaya seorang pemain bola sepak membawa bola sambil berlari.

Posisi ini sangat selesa untuk ibu czer sebab ia tidak menyentuh atau menekan bahagian czer ibu.

 2) SIDE LYING
Posisi ini adalah ibu berada  dalam keadaan  secara mengiring sedikit dan ini membantu ibu berehat dan posisi yang terbaik untuk anda bersenang lenang dengan bayi anda yang baru lahir.

Pastikan badan dan kepala  dalam keadaan yang selesa kerana penyusuan akan mengambil masa tempoh yang lama hingga sejam.

Letakkan bayi  berhampiran dada untuk memudahkan bayi anda melekap dengan betul ketika menyusu.

Setelah selesa ibu boleh mula mencuba posisi lain( boleh rujuk gambar) namun untuk ibu czer 2 posisi ini adalah posisi terbaik sekiranya ibu ingin menyusu bayi sebaik sahaja selepas czer.

Apa pun ibu yang penting pastikan ibu telah bersedia dan emosi dalam keadaan stabil. Jangan terlalu memaksa diri sebabnya untuk enjoy breastfeeding ibu terlebih dahulu kena happy.

~bengkung moden czer~
Price start from Rm199🤗

Jangan pinjam barang kakak, silap langkah kau akan merana"


Pepatah Melayu kata "Jangan pinjam barang kakak, silap langkah kau akan merana"

sebab ....

selesa. Dah nak kena beli juga😭

beneran
akak BMC

AKU & JADUAL


Dalam bisnes aku ni konsisten. Aku sentiasa bergerak Walaupun slow. Dan sesungguhnya aku memang slow yang amat tapi i'm never stop.

Bila slow tapi tak pernah berhenti ni makna kata sale sentiasa ada, untung pun ada tapi tak banyak sebab tu dalam hidup aku suka jadual. Aku suka atur hidup aku. Baru aku nampak halatuju aku. Buat makan-makan pun aku boleh ada jadual usahkan dalam hidup.

Aku terjebak dengan jadual menjadual ni sejak dari sekolah rendah lagi. Aku suka buat jadual harian. Aku suka buat jadual belajar. Kalau boleh semua benda aku  nak atur. Baru aku rasa clean and clear.

Bila atur tapi tak dapat ikut it's ok but if  tak ada perancangan langsung yang tu tak ok.

Complicated lah. Tak nak ceritalah. Cuma satu je nak bagi tahu. Aku nak post status ni pun aku dah atur sebulan yang lalu tajuk dia😅. Harini baru impian jadi nyata.

Ini kisah benar,
kakak bengkung Czer

BMC YANG MANA PALING HOT?


Everyday akak dapat soalan manja-manja macam ni. Dan akak memang suka simanja yang tanya soalan ni. 

Jadi akak akan jawab, straight to the point,

💥Bmc 4 panel pilihan ibu-ibu
💥Dan saiz S & M paling disukai ramai
💥L jarang-jarang, not so hot.

Sebabnya,

Bmc ni size US. Bila dapat macam kecik je, tapi bila tarik haruslah panjang. gitu cerita dia. 

Faham ke faham?😊 bacalah sambil tersenyum kerana Senyumanmu pengubat hatiku.

benaran,
kakak penjual BMC

REALITY VS EXPECTATION


Inilah orang panggil akibat gelojoh membeli. Masa beli aku tak baca langsung dia punya detail. Main beli je, masa beli terasa pelik dah, kenapa murah sangat ni. 60 sen sahaja satu. Kalau ikutkan hati nak order sampai 10. Tiba dapat nur, cukuplah 5 je dulu. 

Sekali dapat gigil i uolss, hanya sekeping plastik sahaja dan dalam dia ada benda putih- putih. Masatu barulah gigih aku  baca detail dia dan chat buyer. Memang menyesal awal-awal tu tapi try jugalah sebab dah belikan dan time tu terdesak sebab ice pack dah banyak pecah.

Cara nak guna mudah setiap ice pack ni.  Buh air ikut lubang dia, nanti benda putih putih (jelly) dalam tu akan kembang. letak dalam freezer. Esoknya dah boleh guna. Settle. Syok guna macam yang mahal rupanya.

😂Skeptical melayu, murah itu tak helok.
Rupanya barang murah pun kita banyak yang berguna. Idokler kena beli yang mahal je. 

Mak-mak yang kat luar tu. kalau nk topup ice pack wajiblah beli yang ni. Murah ,cekap & efisien gituuu..😁 

Majulah Shoppee untuk negara. Jangan lupa jenguk kedai bengkung i sekali tau kt shoppee tu.

~bengkung moden czer~

JANGAN MAIN-MAIN YEA, MATERIAL DIA MACAM PELIK SIKIT



Bmc ni dia guna kain Premium Quality Cotton. Sebab apa kite kata dia premium ni : 

1) dia Serap peluh dan tidak gatal

2) dia ni sejenis Kain cotton yang boleh diregangkan agar bengkung kejap di badan masa pakai

Walaupun ia boleh meregang bila ditarik, sebenarnya kain bmc adalah bebas getah. 

Ia juga merupakan yang pertama di dunia yang menggunakan latex free material. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas

3)Kain bengkung lembut di bahagian dalam, lembut pada kulit, selesa dan mesra kulit. 

ciri-ciri ini sememangnya membantu anda rasa selesa sepanjang memakai bengkung moden.

MACAM MANA NAK BANGUN DARI KATIL SELEPAS CZER?


Benda yang paling ngeri sekali selepas 6 jam czer adalah nak bangun dari katil. Inilah masanya ubat bius dah hilang kesannya dan mama terpaksa bangun dari katil & berjalan.

Jadi apa yang perlu mama buat untuk memudahkan mama bangun dari katil tanpa rasa sakit yang melampau. Tips ini pasti dapat membantu mama

1) Sebelum bangun cuba pusing ke kanan atau kiri ( ikut keselesaan).

2) Sokong perut dengan menggunakan tuala, bantal atau bengkung moden czer untuk menyokong luka & memudahkan pergerakan.  

3) Kemudian gunakan lengan untuk menolak badan ke posisi duduk.

4) Jatuhkan kaki perlahan-lahan

5) Gunakan kekuatan tangan dan perlahan-lahan bangun sehingga berada dalam posisi duduk ( seperti duduk atas kerusi)

6) stabilkan diri, tarik nafas. Selepas 1-2 minit sekiranya tiada rasa pening. Bangun perlahan-lahan sehingga berdiri

7) Tarik nafas lagi & cuba berjalan perlahan-lahan. Jangan lupa ampu perut ketika berjalan

Atau mama boleh jer tengok gambar kat bawah. Semoga membantu

=bengkung moden czer=

BERSALIN CZER PUN BOLEH BERBEKUNG SEKARANG


Pasti ada ibu-ibu kat luar sana yang bersalin secara Czer kan. Tapi kita sebagai orang perempuan lebih rela memilih untuk bersalin secara normal berbanding secara Czer atau orang panggil keluar kot tingkap.

Tetapi pilihan kadang-kadang bukan di tangan kita kan. Elok duk rancang nak bersalin normal..tup..tup doc cakap kena Czer.Sebagai ibu yang tabah,kena redha, janji anak selamat.

Kenapa Akak kata Ibu-ibu yang berkerjaya dan Ibu-Ibu yang berpantang secara bersendirian Wajib Baca mengenai Bengkung Bersalin Czer ni?

Ini adalah perkongsian yang menarik yang mungkin ibu-ibu bersalin Czer boleh baca. Kisah Puan Ellie yang baru sahaja bersalin secara Czer. Mungkin Ibu-Ibu ada persamaan dengan Puan Ellie

========
 "Saya ibu berkerjaya. Lepas 3 bulan dah kena masuk kerja. Ya, memang orang kata 3 bulan dah habis pantang. Tapi ingat, 3 bulan kita pantang tu tak bermakna tempat Czer kita yang ditoreh tu sembuh di semua lapisan. Aduh, ngilu rasanya tak terkata."
  
"Nak-nak lagi bila tempat kerja kena panjat tangga. Fuhh, dugaan nya. Boleh kata sambil panjat, sambil pegang tempat czer."
  
"Bab berpantang lagi sedih tau. Berpantang sorang diri. Sebab duk jauh dengan Family. Nak balik kampong, ada anak bersekolah. Sedih tau."

" Tapi akak pakai Bengkung ni, memang banyak membantu. Nanti akak cerita."
==================

Apa yang dikongsi oleh puan Ellie, bagi ibu-ibu yang berpantang secara czer perlu lebih teliti berbanding berpantang secara normal.

====================
Apa yang Puan Ellie rasa selepas bersalin secara czer?
=====================
 ✔Rasa Ngilu.Ngilu di bahagian Czer tu la.Aduhhhh rasanya macam ..emmm…tak tau macam mana nak gambar rasa ngilu lah tapi seriusss memang akan ada rasa tu tau

 ✔Sukar nak bergerak.fuhhh..Menjadi satu seksaan tau bila nak duduk bangun,nak kena jaga luka tu bukan senang tau.Duduk pun kena tegak je. Lepastu mula la bahagian pinggang ni macam menyucuk-nyucuk sakit nya.

 ✔Big Problem bila nak menyusu anak. Nak mengiring atau duduk semua menjadi kesakitan buat Puan Ellie.

Lepas beberapa Minggu Puan Ellie telah terjumpa satu Iklan Bengkung Moden Cesarean. Bengkung Khas untuk ibu-ibu Czer.Wow, menarik.kenapa sebelum ini tak pernah jumpa pun. Kena cuba ni.

Cara pakai Bengkung Czer sangat senang.Just tarik dan lekat je.ehhh.mudah nya. Kain pun tak tebal dan panas. Sangat praktikal la bagi ibu-ibu yang bersalin Czer.

==================
Apa Yang Berlaku Selepas Puan Ellie Pakai Bengkung Moden Cesarean (BMC)
==================

 ✔Rasa mudah untuk bergerak. Luka tidak sakit & support bahagian czer, Tiada lagi masalah bergoyang-goyang ketika berjalan. Tiada lagi masalah ngilu.

 ✔Nak susukan bayi lebih senang sebab bengkung ini membantu untuk duduk lebih tegak. Luka czer tak terganggu dan lebih terjaga

 ✔Doktor dan tukang urut sangat impress, bahagian czer cepat kecut dan cantik, hampir tak nampak kesan czer. Sangat mudah jika anda berpantang bersendirian. Serius. 

 ✔Paling best sangat-sangat, baju lama dah boleh pakai balik & suami pun kagum dengan saya. Macam mula-mula kenal dulu katanya.

🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

Ibu-ibu berminat ke tak. Pasti berbaloi la kalau ibu-ibu cuba

Whatsapp ke 019-4183678 <BMC>

Nikmati monthly offer yang tengah ada sekarang siap free postage lagi.

🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

HOW DO YOU GET OUT THE FIRST FART?



Ada 2 cara, 1 cara omputih & 1 lagi cara orang melayu

OMPUTIH punya cara :

1) Cuba bangun dan berjalan perlahan-lahan

2) minum tea molasses

3) kunyah chew gun (ia akan membantu usus untuk lebih cepat bertindak)

4)Peppermint , boleh di ambil sebagai tea atau minyak sapu ( awas, ia boleh mengurangkan susu sekiranya ibu bf)

5) Minum air panas, ia boleh membantu mempercepatkan proses pencernaan.

MELAYU punya cara :

1) Bangun seawal mungkin & berjalan ( sama macam kat atas). Kalau luka czer sakit masa berjalan pegang perut atau guna bengkung yang sesuai untuk czer)

2) Sapu minyak pada perut, peha & belakang. Yang syok guna minyak Nona roguy. ( pastikan yang tak panas sebab dia ada 2 jenis tau). Tanya seller korang yea.

3)Minum milo ( yang ni cheq tak tau keberkesanan dia mungkin bergantung pada badan individu)

Insyaallah salah satu dari petua ini boleh membantu ibu czer untuk kentut selepas czer. Cubalah, tanpa kentut susah nk discharge. Badan pun rasa berangin je.

=bengkung moden czer=

PEMBAKAR SEMANGAT


Bersungguh-sungguh cheq susun ikut negeri. 
Punya gigih. 

Wah rupanya dah pos 1 malaysia dah
Tq pada customer yang bagi kepercayaan pada kami. 

Antara yang dipos ke :
KL
Selangor
Kedah
Perak
Johor
Negeri Sembilan
Kelantan
Perlis
Penang ( banyak yang cod)
Sabah
Sarawak
Brunei
.
Sokongan anda pembakar semangat kami. TERIMA KASIH SEMUA

Gambar & status lama ni hah, tahun 2016. Memang gigih masa ni. Sekarang tak larat dah. Banyak sangat.

BMC NI PAKAI KAT LUAR YEA?


Plezzz
Jangan buat perangai camtu
Bukan adik je tak sanggup
Akak sendiri lagi tak sanggup dik
Yang depa duk tunjuk tu contoh pakai.
Cara pakainya kat bahagian dalam dik.
Orang tak tau pun adik duk pakai apa.
Tengok-tengok jalan laju je
Tengok-tengok sihat je
Tengok-tengok bonusnya kuyus😁

Tengok ler gambar-gambar pengguna BMC ni. 






=bengkung moden czer=

IBU WAJIB BELI NI KAT SHOPPEE



Setiap kali anak demam benda yang aku paling kesal & sesal adalah aku tak de termometer yang jenis tembak ni. Punyalah payah aku nak dapat suhu depa sebab budak-budak ni tak nak duk diam-diam.

Jadi ini kali, tutup mata, beli je and u know whatt? Its work. Syok sungguh guna. Kat rumah ni sebenarnya dah ada 4 termometer ni. 2 strip 2 yang biasa(aku suka letak bawah ketiak) & yang ni adalah yang kelima. 

Syok guna yang ni.Siap dapat sekali dengan bateri kot. Aku simpan elok-elok dalam kotak dalam lemari sebab nampak potensi sulung dengan tengah nak buat pistol. Aku bukan apa takut sat lagi ada "filem ratapan mak hg"😅

Belilah korang best tau. Kalau rasa mahal, nak murah lagi boleh guna kod ni "SITIM872". Katanya shoppe bagi murah sampai 8 hengget.

DAPAT BABY TWIN - SIZE M



Beliau dapat baby twin😍
Beliau pakai size M
Sembang whatssap dengan beliau pun dah cukup buat akak bahagia

PUAN DAH KENTUT?


Bila dah czer, nurse akan datang dan tanya " Puan dah kentut?" Huhu😁dengar macam lucu tapi itulah hakikatnya. FART its the important thing for czer mom.

Pasal apa ibu nak kena kentut lepas czer ni? 

Sebab bila ibu dah di bius bukan anggota badan ibu sahaja yang ditidurkan tetapi ia termasuklah dengan saluran usus. Ini bermakna selagi tak kentut selagi itulah anggota badan kita tidak berfungsi termasuk untuk sistem percernaan. 

Jadi, mak-mak yang lepas czer bersedialah untuk kentut. Dengar mudah tapi bukan senang.

Korang yang berjaya kentut tu, share sikit korang buat macam mana?

TIP BENGKAK SUSU ~NURSE SHARE ,i SHARE


Engkorang tahu kan? Aku time pantang memang suka p klinik. Bila dah selalu p klinik ni benda paling best adalah tips dari kakak nurse cute mute & murah hati dan kenkadang depa bukan share ngn aku pun tapi aku p menyibuk dengar sekali.

Itu hari ada nurse yang share dengan sorang patient ni cara yang betul untuk kurangkan bengkak susu.

pam susu hanya untuk kurangkan bengkak & kemudian bf. Jangan kosongkan  sebab kalau kosongkan bengkak akan menjadi semakin teruk kerana badan akan hantar signal baby lapar & lebih banyak susu akan terhasil.

Jadi cukup sekadar lega bengkak sahaja.

AWAS! TIDUR SELEPAS CZER. NIKMAT ATAU DERITA?


AWAS! TIDUR SELEPAS CZER. 
NIKMAT ATAU DERITA?

Tanyalah sesiapa pun. Nikmat tidur yang paling best adalah selepas bersalin. Tak kisahlah samada czer atau normal. Masa ni ngantuk dan letih memang tahap tak boleh bawak bincang dah oiii

Jadi, sebelum korang sampai tahap tak boleh bincang tu. Meh la kita bincangkan kat sini Posisi tidur special untuk ibu yang baru czer.

1) Tidur terlentang
Posisi ini adalah posisi yang paling selamat selepas czer terutamanya untuk ibu yang mempunyai masalah tekanan darah. 

2) Tidur Mengiring
Posisi ini tidak digalakkan untuk ibu czer bagi 1-2 minggu pertama selepas pembedahan kerana tidur mengiring akan menyebabkan tekanan pada badan walaupun ia tidak menyebabkan kesakitan. 

Namun sekiranya ibu ingin tidur dalam posisi ini, pastikan ibu cuba secara perlahan-lahan sehingga rasa selesa. 

3) Tidur dalam keadaan duduk

Posisi tidur ini walaupun agak kurang selesa tetapi ia dapat membantu ibu untuk mengurangkan rasa sakit pada luka czer. Dalam posisi  ini juga, ibu boleh letakkan bantal pada bahagian perut untuk lebih selesa.

Tapi ingat, jangan terlalu lama. Bila dah rasa selesa pada luka czer. Ibu haruslah cuba posisi lain.

4) Tidur alas dengan bantal

Bantal adalah perkara yang paling wajib ada dalam senarai keperluan ibu czer. Ia akan banyak membantu ibu czer untuk mengurangkan sakit & untuk memudahkan penyusuan susu ibu.

Caranya letakkan bantal di belakang, punggung dan siku sehingga ibu rasa selesa.

Pilih dan cuba antara posisi tidur yang dicadangkan ini. Sekiranya telah mencuba pelbagai posisi tapi masih tak boleh tidur. Dapatkan rawatan dari doktor. Ubat untuk mengurangkan sakit pasti sangat membantu untuk tidur. Ia lebih baik dari tidak tidur langsung. Tidur yang baik pastinya akan membantu ibu untuk melalui hari berpantang yang lebih indah.

Sis macam mana? Sharelah posisi tidur yang paling best selepas czer. 

=bengkung moden czer=

"Urusan saya jadi lebih mudah dengan BMC"


Alhamdullilah setelah hampir 3weeks bersalin secara czer.Urusan saya jadi lebih mudah dengan BMC.

Alhamdullilah,minggu lepas doc cakap luke ok & cantik.takut jugak sebab saya banyak bergerak jugak sebab pantang sendiri dan  ade 3 anak-anak yang lain. Tapi doc cakap banyak  gerak luke cepat sembuh sebab de aliran darah

Saya lebih confiden buat keje bila pakai BMC.keluar hospital saya terus pakai BMC.

=bengkung moden czer=

"Saya mulakan bisnes Bengkung Moden Czer"

Korang, saya ni hanyalah peniaga kecil-kecilan sahaja.Bukanlah owner tapi hanya sekadar agen kecil yang berhati besar.

Saya mulakan bisnes Bengkung Moden Czer ni tanpa ada langsung basic bisnes dan tanpa ada langsung guide dari sesiapa termasuk owner.

Saya kaji, saya selidik, saya tangkap gambar, buat video. Semua saya sendiri. Malahan testimoni pun saya usahakan dari customer saya sendiri bukan dari Hq.

Saya jadikan BMC  ni macam saya yang punya. Saya tak marah atau salahkan owner. Saya usaha, bertanya kaji & analisis sendiri. Saya buat marketing saya sendiri. Percuma & berbayar. Saya tak redah, saya belajar. Saya cari ilmu tu. Semuanya saya yang mulakan dulu. Support datang selepas itu. Lumrah kan macam tu..

Bisnes ni tidaklah semudah bekerja makan gaji. Bisnes harus kuat, tabah & cekal. Bisnes tiada due dated. Otak ko setiap masa bekerja. Pergh..lelah.

Dulu saya pun pernah fikir nak berhenti kerja tetapi sekarang tak lagi. Bisnes cabarannya besar. Makin untung, makin besar. Tahniah kepada mereka yang full bisnes. Anda hebat.

=bengkung moden czer=

~ Sharing is Caring ~



Bulan April ni scroll kt Facebook banyak pulak  post pasal kesedaran tentang ceaserean yer. Nak share pengalaman bersalin karang panjang berjela pulak.

Bila doktor bagitahu terpaksa emergency cser, lepas  dah lalui macam-macam prosedur yang tak ditakdirkan untuk bersalin normal jadi I is redha. Janji ibu & baby selamat kan.
Masa tu terpikir dah bersalin cser jangan ler harap nak dapat pakai bengkung kan.

Jadi, dalam pantang banyak masa terluang,  masa yang terluang tu saya memang search kt google cari bengkung untuk ibu-ibu yang bersalin secara cser. Stress dah hampir nak habis pantang tapi berat tak turun banyak pun. Dari 74kg sebelum bersalin sampai la hari ke 44 dalam berpantang,berat 65kg. Berat nya kan, berat lg mata yg memandang. Saya search kat google sampai saya terjumpa blog pasal Bengkung Moden Ceaserean terus excited nak cuba dan beli. 

Masa saya tengah cuti bersalin tu, saya cuba semula sarung semua baju-baju kerja. Tapi semuanya ketat! Stress. Bertambah stress bila nak pakai seluar jeans tapi boleh nak zip dan butang. 


Okay, bila saya dah beli Bengkung Moden Ceaserean (BMC) ni, saya memang konsisten pakai setiap hari. Tidur pun pakai jugak! Serious tak merimaskan dan sangat-sangat selesa. Kalau tengah pakai bengkung tu bila tiba-tiba nak ke toilet cuma lipatkan je panel bengkung tu satu lipatan ke atas tak perlu buka pun. Memang senang sangat. 

Bahagia rasa bila saya pakai BMC ni konsisten sebulan memang bawa sampai tidur, sangat-sangat terkejut  bila jeans dan kain baju kurung semua boleh pakai semula😍😍. 


Bila kawan-kawan tanya saya bersalin cser pakai bengkung apa, memang saya akan suggest BMC ni je sebab taknak kawan-kawan stress macam saya sebelum-sebelum ni sarung baju kain seluar tak muat. Stress sangat pun tak bagus juga kan.

Dah masuk kerja pun saya tetap pakai hari-hari, memang tak rimas, lagi selesa bila pakai BMC perut takdela menari-nari kat dalam tu, perut jadi kedap dan makin lama buatkan perut jadi kempis! 


Untuk ibu-ibu yang akan atau telah bersalin secara cser dan yang jenis lambat turun berat badan, dah nak habis pantang still belum dapat nak sarung jeans dan baju-baju favourite sebelum pregnant dulu, saya memang seikhlas hati recommend ibu-ibu untuk  cuba  lah pakai  BMC ni⭐⭐⭐⭐⭐. 

Sy beli  kt FB Bengkung Moden Cesarean akk Siti Maisarah Mohd Yusof

*#SharingIsCaring.*

THE JOURNEY OF KUNING


======================
THE JOURNEY OF KUNING 
======================

48 Hari bersama kuning. Setiap hari berdebar, penat, letih & takut. Macam-macam pikir. Kuning ni kalau tak hilang. Dialah permulaan untuk macam-macam penyakit.

Aku sharelah apa yang aku buat sepanjang aku berkasih dengan kuning. Boleh aku buat kenangan jugak kisah ni.

1) Lampu Phototherapy (kat bawah contoh gambar)
🍁 Disebabkan kali kedua p check & esoknya anak aku nak kena warded jadi aku bertungkus lumus sewa. Turun sikit je dari paras kritikal. Syok tengok turun aku sambung sewa sampai 3 hari 2 malam. Kuning turun cuma sikit tak macam yang aku nak. Korang kat utara ni kalau nak sewa boleh wassup. Nanti agen akan mai hantar kat rumah dam setup peralatan serta ajar kita cara guna.

2) Ubat homoepthy
🍁 Cara guna dia, titik dalam mulut baby setiap 2 jam untuk kuning 200++ atau 5x sehari untuk 150 kebawah. Ubat ni dia ada 2 botol. masa kuning & selepas dah habis kuning. Dua-dua titik. Yang ni kak ipar i tolong beli & post. Ubat dia tak de rasa. Tawar je.

3) ON Lampu 24 Jam
🍁Nurse kata pastikan anak tak duduk dalam keadaan gelap. Aku apa lagi bukak habis semua tingkap & pintu kat rumah ni. Tak cukup lampu pun bukak sepanjang hari.

4) Ubat poliklinik
🍁Ubat ni bau & rasa macam ubat klinik sebab aku beli kat poliklinik kan. Sampai habis aku bagi. Lepas habis tak repeat dah.

5) Mandian herba cina
🍁2 minggu duk guna dia saja.

6) Mandian agar-agar
🍁Lepas bagi mandi baby mak aku buat agar-agar milo kat abang & kakak dia 😂 cara dia rendam agar-agar semalaman. Pastu tapis air dia buat mandian.

7) Mandian sirap
🍁Laki aku pulun sampai nak habis sebotol. Adoi aku letak 1 tudung sirap tu je. Dia balun sampai merah mak marah tau.

8) Menyusu setiap setengah jam
🍁Nurse kata setiap 2 jam. Aku setiap setengah jam sampai budak tu tak nak bukak mulut dah. Haha, aku set timer kot nak bagi konsisten. Pastu kena kira lagi berapa kali baby berhadas😆. Anak aku dalam 13 hingga 15 kali sehari.

9) Susu kambing (mama minum)
🍁Aku minum hi goat 2 kali sehari dengan harapan.

10) Stop ubat hospital & makanan tertentu

11)Jaga makan
🍁Mula-mula aku stop semua benda yang orang kata boleh bg kuning macam lada hitam & halia. Just guna bawang putih je dalam masakan tapi tetap kuning. So, lepas beberapa minggu aku decided ikan bakar dengan garam & bawang putih sahaja. Dengan sup Sayur lobak sahaja. Memang tak selera tapi demi anak aku tahankan saje.

Sampai takat ni je memori aku. Kalau ingat aku tambah lagi.

Kenapa aku cekal guna segala rawatan tradisional? Sebab ada 1 minggu tu aku stop dari guna rawatan tradisional & hanya bf sahaja & minggu tu jugalah kuning dia naik balik.

Bila aku just bf saje ni, aku rasa hati aku tak tenang & resah sebab macam tak buat yang terbaik. So aku decided tak pe, aku still bf & guna cara tradisional supaya aku tahu yang aku dah usaha sebaik mungkin. Hati pun sangat tenang.

Jangan samakan aku dengan korang. Kita bukan orang yang sama. 

~bengkung moden czer~

PASAL APA SIBUK SANGAT SUH PAKAI LOSYEN SEJUK CZER NI?

PASAL APA SIBUK SANGAT SUH PAKAI LOSYEN SEJUK CZER NI?


🔰LOSYEN CZER (LC)

☆Khas untuk Czer, sejuk awak, kena luka pun tak pijar tangan. Kena baby pun tak pe. Tak de kesan
☆Diluluskan oleh KKM
☆Ada teknik urutan eksklusif
☆Boleh guna kat seluruh badan termasuk muka
☆Tiada bau & warna
☆ Penggunaan bersama bengkung akan bantu anda kembali kepada keadaan asal dengan lebih cepat.
☆Membantu pengecutan rahim
☆sifatnya hebat untuk keluarkan angin
☆Boleh guna dalam pantang & lepas pantang
☆Sesuai juga untuk strechmark & selulit.
☆Sesuai untuk bf moms

🌷TESTIMONI PENGGUNA LOSYEN CZER🌷

“Bila pakai sejuk je rasa…. Dukung Baby pun tak ada masalah”

“Salam, Thanks sebab kenalkan dengan losyen ni. Baru-baru ni.. Mak Mertua tegur sebab nampak susut dah… Tq tau”

“Seronok garis-garis degil ni dah mula nampak kurang dan menipis… TQ seronok sangat”

Saya share untuk awak, awak pulak share lah dengan kengkawan😘