TRAUMA IBU CZER

Mengapa ibu2 tertekan apabila terpaksa melahirkan anak melalui pembedahan?

1. Diluar jangkaan proses bersalin yang diidamkan.
- Cuba kau bagitau aku. Berapa ramai wanita di luar sana yang BELUM BERKAHWIN meletakkan "bersalin secara csect" sebagai salah satu impian dalam hidup mereka?
Pernah kau dengar cita2 bakal pengantin; "nnti syg nak lahirkan anak abg seramai 5 orang. Semuanya melalui PEMBEDAHAN."

Ada? Ada?

Jari kena hiris dengan pisau pun dah meleleh air mata, inikan pula nak tadah perut kena lapah semata2 utk keluarkan anak.
Czer ni dikira rancangan akhir nak lahirkan anak. Akhir yg mcm mana? Akhir sebelum MATI!

2. Trauma dari proses pembedahan.
- Bayangkan. Kau dah sakit berjam2. Tiba2 doktor beritahu anak kau dah makin lemas. Ok..itu dah satu trauma.
Lepas tu tiba2 kau dikerumun oleh pakar perubatan. Cucuk sana sini. Masuk wayar itu ini (wayar pundi kencing paling azab). Mereka dok kalut2 nk selamatkan kau dan anak2 kau.

Kau disiap2kan dan disorong jumpa suami kau. Suami kau muka blur sebab tak sempat hadam kenyataan kau nak kena bedah. Kau nak bgtau kat suami kau yang apapun terjadi kau sayangkan dia dan anak2 yang lain (jika ada). Dan kau takut jika itu adalah saat terakhir kau jumpa dan pegang tangan suami kau! Kau terpikir kau tak habis bermanja dengan suami. Kau tak sempat minta maaf dengan anak2 yang seban hari kau termarah tanpa sedar.

Tapi sekarang kau dalam perjalan 50-50; hidup atau mati.
Kau disorong sorang2 (suami tak dibenarkan ikut utk kes emergency csect) masuk dalam O.T. Kau dengar doktor cerita pasal breakfast nasi lemak. Pastu ada cerita pasal dilwale. Yang kau tgh bertarung minda samada sakit atau tidak kena lapah nanti. Lepas tu bila kau nak dibius, kau tgk jarum epi tu punya besar, kau dah tau yang jarum itu akan masuk ke dalam badan ko utk biuskan ko.

Melainkan ko dibagi tidur (aku dah merasa kedua2nya. Aku prefer tdo. Kurang takut. Nak matipun terus pergi lah kot. Wallahualam. Naizubillah. Takut aku nak pikir)

- Kemudian ko dah start rasa ada benda kena tekan2 atas badan ko. Tapi ko tak nampak. Ko rasa mereka tolak2 badan ko ke kiri. Ke kanan. Ko tak boleh gerak. Masih tak dengar suara baby.
Tapi alhamdulillah...baby selamat. Ok kau boleh lega dah.

 SEKEJAP!

c) Momen terindah?

- Setiap kali orang tgk anak mereka, mereka teringat kali pertama melihat mata si anak sejurus lepas bersalin. Aku? Anak depan aku. Aku tak nampak mata. Blur. Bius. Tidur. Tau2 aku nampak muka doktor dulu. Muka anak? lepas aku dah sedar baru nampak.
Dan bila aku tgk muka anak2 aku...aku terkenang cerita trauma setiap sorang. Momen indah? Aku dapat masa 1st bonding menyusukan anak. Alhamdulillah.

- Selain doktor, patutnya aku yang dpt tgk anak aku dulu. Tapi disebabkan aku dibius tidur, nenek, atuk, kakak katil sebelah, makcik cleaner dah dulu melihat wajah yang aku tunggu selama 9 bulan 10 hari. Takde eksklusiviti. Takde surprise. Takde cinta pandang pertama.

d) Jihad penyusuan

- Anak kau keluar sihat. Comel. Alhamdulillah. Tiba2, anak kau melalak. Kuat. Nurse dtg ambilkan anak letak kat ko. Tapi kau?
Kau bertarung kesakitan dengan tempat luka. Kau tgk muka anak kau. Kau nak pujuk. Tapi badan kau tak boleh bergerak.
Bila badan kau dah boleh bergerak, kau nak letak anak atas badan utk menysukan, terkena perut kau yang baru dilapah. Ko menahan kesakitan.

RIMAS!!!! Aku nak susukan anak aku dengan selesa macam ibu disebelah! Ttp ibu itu bersalin normal!
Dan kau mula tertekan.

e) Mulut puaka.

- Datang mereka2 yang menziarahi. Tanya "kenapa czer?" Aku mula bercerita perjalann cuba bersalin normal tetapi anak lemas bla bla bla....

Kemudian yang bertanya sambung cakap "punggung ko kecik sebab tu tak boleh beranak normal kot."
Maksudnya?
Aku cacat? Sebab tu aku tak mampu bersalin normal? Dan dia pun pulang tertonggek2 dengan punggung lebar dia yang normal itu tanpa dia sedari dia telah mengguris hati aku. Dan keyakinan aku.

f) Proses Penyembuhan.

Luka pembedahan dan luka hati

- Kau dipaksa berjalan. Utk elakkn darah beku. Pedih. Rasa badan nak tertanggal dua. Kau dah usaha sebaik mungkin. Tetapi kau tak mampu. Orang mula cakap kau mengada2. Kau baru lepas dipotong 7 lapis kulit daging dan isi. Kau tak boleh tunjuk kau sakit. Ko kena tunjuk kuat. Ko tak ada ruang untuk menjadi LEMAH. Semasa, even selepas bersalin!

- Perut ko berlipat dua tak boleh terus dibengkung rapat ke badan. Melihat badan di cermin saban hari benar2 menyedihkan. Aku siap menangis mendayu2 bila ibu aku bersihkan badan aku sambil cakap "Badan akak dah buruk,bu."
Dan ibu pujuk
"Stop crying. Nanti kita pantang elok2. Akak akan dapat balik badan lama akak."
Tapi hakikatnya, tak semudah itu. Berpantang orang czer perlu berlebih. Setahun baru dapat saiz badan asal. Masih bersisa cacat di celah lipatan pembedahan. Tak sama dengan perut bersalin normal. Sekata dan rata.
Jadi...sila faham.

Mengapa ibu2 yang bersalin czer ni over sensitif.
Bukan kami mengada2
Tetapi kami juga keliru macam korang.
Mengapa kami tak mampu bersalin normal macam org lain.
Sila simpati.
Letak empati.
Pada ibu bersalin czer.

Kredit: Siti Aishah, Blessed Beauty

No comments:

Post a Comment