Foto : Google
Entry: 24
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Harini saya akan kongsikan TIPS PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN yang wajib anda tahu. Tips ini bukan berguna untuk ibu yang bersalin pembedahan malahan untuk apa-apa sahaja jenis pembedahan. Tips ini hasil dari perkongsian Dr Zubaidi.
PERTAMA
Bagi wanita yang dibenarkan pulang ke rumah, sebaik-baiknya lakukan pergerakan lebih awal iaitu berjalan-jalan secara perlahan-lahan di sekeliling katil. Kerapkan berjalan kerana kajian menunjukkan melakukan pergerakan selepas pembedahan membantu proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. ( Sebab tu la kot lepas bersalin je terutama kat gov, mesti nurse suruh berjalan. Tq nurse:)
KEDUA
Memakan makanan berzat dan seimbang. Banyak tenaga, protein dan darah telah hilang semasa proses pembedahan dan perlu diganti dengan segera. Boleh rujuk di MAKANAN BERPANTANG UNTUK CESAREAN untuk mengetahui jenis hidangan yang sesuai untuk ibu yang berpantang secara pembedahan.
KETIGA
Minum air secukupnya. Pengambilan air tidak akan menyebabkan luka pembedahan menjadi bengkak. Air dapat membantu membuang toksin melalui air kencing. Kekurangan minum air akan menyebabkan sembelit. Air yang banyak juga diperlukan untuk penghasilan susu ibu.
KEEMPAT
Pengambilan suplemen pil multivitamin yang mengandungi zat besi. Pil ini perlu diambil secara besederhana bagi membantu menambah semula darah merah yang banyak hilang ketika pembedahan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
KELIMA
Ubat tahan sakit hanya perlu diambil ketika tidak dapat menahan sakit yang melampau.
KEENAM
Pastikan luka kering dan bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. Jangkitan kuman boleh menyebabkan risiko luka terbuka dan menjadi semakin teruk.
KETUJUH
Dr Zubaidi mencadangkan menggunakan bengkung yang lembut dan berasaskan kain. Ia boleh membantu mengurangkan rasa sakit ketika batuk dan bersin serta mengurangkan sakit belakang kerana memeberikan sokongan kepada tulang belakang. Bengkung juga boleh membantu perut menjadi kempis kerana ia mengurangkan angin dalam usus. More info mengenai bengkung yang sesuai RUJUK SINI.
KELAPAN
Menyusu bayi boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana setiap kali menyusu hormon oxytocin dikeluarkan. hormon ini membantu menolong mengecutkan rahim.
No comments:
Post a Comment