PEMBAKAR SEMANGAT


Bersungguh-sungguh cheq susun ikut negeri. 
Punya gigih. 

Wah rupanya dah pos 1 malaysia dah
Tq pada customer yang bagi kepercayaan pada kami. 

Antara yang dipos ke :
KL
Selangor
Kedah
Perak
Johor
Negeri Sembilan
Kelantan
Perlis
Penang ( banyak yang cod)
Sabah
Sarawak
Brunei
.
Sokongan anda pembakar semangat kami. TERIMA KASIH SEMUA

Gambar & status lama ni hah, tahun 2016. Memang gigih masa ni. Sekarang tak larat dah. Banyak sangat.

BMC NI PAKAI KAT LUAR YEA?


Plezzz
Jangan buat perangai camtu
Bukan adik je tak sanggup
Akak sendiri lagi tak sanggup dik
Yang depa duk tunjuk tu contoh pakai.
Cara pakainya kat bahagian dalam dik.
Orang tak tau pun adik duk pakai apa.
Tengok-tengok jalan laju je
Tengok-tengok sihat je
Tengok-tengok bonusnya kuyus😁

Tengok ler gambar-gambar pengguna BMC ni. 






=bengkung moden czer=

IBU WAJIB BELI NI KAT SHOPPEE



Setiap kali anak demam benda yang aku paling kesal & sesal adalah aku tak de termometer yang jenis tembak ni. Punyalah payah aku nak dapat suhu depa sebab budak-budak ni tak nak duk diam-diam.

Jadi ini kali, tutup mata, beli je and u know whatt? Its work. Syok sungguh guna. Kat rumah ni sebenarnya dah ada 4 termometer ni. 2 strip 2 yang biasa(aku suka letak bawah ketiak) & yang ni adalah yang kelima. 

Syok guna yang ni.Siap dapat sekali dengan bateri kot. Aku simpan elok-elok dalam kotak dalam lemari sebab nampak potensi sulung dengan tengah nak buat pistol. Aku bukan apa takut sat lagi ada "filem ratapan mak hg"😅

Belilah korang best tau. Kalau rasa mahal, nak murah lagi boleh guna kod ni "SITIM872". Katanya shoppe bagi murah sampai 8 hengget.

DAPAT BABY TWIN - SIZE M



Beliau dapat baby twin😍
Beliau pakai size M
Sembang whatssap dengan beliau pun dah cukup buat akak bahagia

PUAN DAH KENTUT?


Bila dah czer, nurse akan datang dan tanya " Puan dah kentut?" Huhu😁dengar macam lucu tapi itulah hakikatnya. FART its the important thing for czer mom.

Pasal apa ibu nak kena kentut lepas czer ni? 

Sebab bila ibu dah di bius bukan anggota badan ibu sahaja yang ditidurkan tetapi ia termasuklah dengan saluran usus. Ini bermakna selagi tak kentut selagi itulah anggota badan kita tidak berfungsi termasuk untuk sistem percernaan. 

Jadi, mak-mak yang lepas czer bersedialah untuk kentut. Dengar mudah tapi bukan senang.

Korang yang berjaya kentut tu, share sikit korang buat macam mana?

TIP BENGKAK SUSU ~NURSE SHARE ,i SHARE


Engkorang tahu kan? Aku time pantang memang suka p klinik. Bila dah selalu p klinik ni benda paling best adalah tips dari kakak nurse cute mute & murah hati dan kenkadang depa bukan share ngn aku pun tapi aku p menyibuk dengar sekali.

Itu hari ada nurse yang share dengan sorang patient ni cara yang betul untuk kurangkan bengkak susu.

pam susu hanya untuk kurangkan bengkak & kemudian bf. Jangan kosongkan  sebab kalau kosongkan bengkak akan menjadi semakin teruk kerana badan akan hantar signal baby lapar & lebih banyak susu akan terhasil.

Jadi cukup sekadar lega bengkak sahaja.

AWAS! TIDUR SELEPAS CZER. NIKMAT ATAU DERITA?


AWAS! TIDUR SELEPAS CZER. 
NIKMAT ATAU DERITA?

Tanyalah sesiapa pun. Nikmat tidur yang paling best adalah selepas bersalin. Tak kisahlah samada czer atau normal. Masa ni ngantuk dan letih memang tahap tak boleh bawak bincang dah oiii

Jadi, sebelum korang sampai tahap tak boleh bincang tu. Meh la kita bincangkan kat sini Posisi tidur special untuk ibu yang baru czer.

1) Tidur terlentang
Posisi ini adalah posisi yang paling selamat selepas czer terutamanya untuk ibu yang mempunyai masalah tekanan darah. 

2) Tidur Mengiring
Posisi ini tidak digalakkan untuk ibu czer bagi 1-2 minggu pertama selepas pembedahan kerana tidur mengiring akan menyebabkan tekanan pada badan walaupun ia tidak menyebabkan kesakitan. 

Namun sekiranya ibu ingin tidur dalam posisi ini, pastikan ibu cuba secara perlahan-lahan sehingga rasa selesa. 

3) Tidur dalam keadaan duduk

Posisi tidur ini walaupun agak kurang selesa tetapi ia dapat membantu ibu untuk mengurangkan rasa sakit pada luka czer. Dalam posisi  ini juga, ibu boleh letakkan bantal pada bahagian perut untuk lebih selesa.

Tapi ingat, jangan terlalu lama. Bila dah rasa selesa pada luka czer. Ibu haruslah cuba posisi lain.

4) Tidur alas dengan bantal

Bantal adalah perkara yang paling wajib ada dalam senarai keperluan ibu czer. Ia akan banyak membantu ibu czer untuk mengurangkan sakit & untuk memudahkan penyusuan susu ibu.

Caranya letakkan bantal di belakang, punggung dan siku sehingga ibu rasa selesa.

Pilih dan cuba antara posisi tidur yang dicadangkan ini. Sekiranya telah mencuba pelbagai posisi tapi masih tak boleh tidur. Dapatkan rawatan dari doktor. Ubat untuk mengurangkan sakit pasti sangat membantu untuk tidur. Ia lebih baik dari tidak tidur langsung. Tidur yang baik pastinya akan membantu ibu untuk melalui hari berpantang yang lebih indah.

Sis macam mana? Sharelah posisi tidur yang paling best selepas czer. 

=bengkung moden czer=

"Urusan saya jadi lebih mudah dengan BMC"


Alhamdullilah setelah hampir 3weeks bersalin secara czer.Urusan saya jadi lebih mudah dengan BMC.

Alhamdullilah,minggu lepas doc cakap luke ok & cantik.takut jugak sebab saya banyak bergerak jugak sebab pantang sendiri dan  ade 3 anak-anak yang lain. Tapi doc cakap banyak  gerak luke cepat sembuh sebab de aliran darah

Saya lebih confiden buat keje bila pakai BMC.keluar hospital saya terus pakai BMC.

=bengkung moden czer=

"Saya mulakan bisnes Bengkung Moden Czer"

Korang, saya ni hanyalah peniaga kecil-kecilan sahaja.Bukanlah owner tapi hanya sekadar agen kecil yang berhati besar.

Saya mulakan bisnes Bengkung Moden Czer ni tanpa ada langsung basic bisnes dan tanpa ada langsung guide dari sesiapa termasuk owner.

Saya kaji, saya selidik, saya tangkap gambar, buat video. Semua saya sendiri. Malahan testimoni pun saya usahakan dari customer saya sendiri bukan dari Hq.

Saya jadikan BMC  ni macam saya yang punya. Saya tak marah atau salahkan owner. Saya usaha, bertanya kaji & analisis sendiri. Saya buat marketing saya sendiri. Percuma & berbayar. Saya tak redah, saya belajar. Saya cari ilmu tu. Semuanya saya yang mulakan dulu. Support datang selepas itu. Lumrah kan macam tu..

Bisnes ni tidaklah semudah bekerja makan gaji. Bisnes harus kuat, tabah & cekal. Bisnes tiada due dated. Otak ko setiap masa bekerja. Pergh..lelah.

Dulu saya pun pernah fikir nak berhenti kerja tetapi sekarang tak lagi. Bisnes cabarannya besar. Makin untung, makin besar. Tahniah kepada mereka yang full bisnes. Anda hebat.

=bengkung moden czer=

~ Sharing is Caring ~



Bulan April ni scroll kt Facebook banyak pulak  post pasal kesedaran tentang ceaserean yer. Nak share pengalaman bersalin karang panjang berjela pulak.

Bila doktor bagitahu terpaksa emergency cser, lepas  dah lalui macam-macam prosedur yang tak ditakdirkan untuk bersalin normal jadi I is redha. Janji ibu & baby selamat kan.
Masa tu terpikir dah bersalin cser jangan ler harap nak dapat pakai bengkung kan.

Jadi, dalam pantang banyak masa terluang,  masa yang terluang tu saya memang search kt google cari bengkung untuk ibu-ibu yang bersalin secara cser. Stress dah hampir nak habis pantang tapi berat tak turun banyak pun. Dari 74kg sebelum bersalin sampai la hari ke 44 dalam berpantang,berat 65kg. Berat nya kan, berat lg mata yg memandang. Saya search kat google sampai saya terjumpa blog pasal Bengkung Moden Ceaserean terus excited nak cuba dan beli. 

Masa saya tengah cuti bersalin tu, saya cuba semula sarung semua baju-baju kerja. Tapi semuanya ketat! Stress. Bertambah stress bila nak pakai seluar jeans tapi boleh nak zip dan butang. 


Okay, bila saya dah beli Bengkung Moden Ceaserean (BMC) ni, saya memang konsisten pakai setiap hari. Tidur pun pakai jugak! Serious tak merimaskan dan sangat-sangat selesa. Kalau tengah pakai bengkung tu bila tiba-tiba nak ke toilet cuma lipatkan je panel bengkung tu satu lipatan ke atas tak perlu buka pun. Memang senang sangat. 

Bahagia rasa bila saya pakai BMC ni konsisten sebulan memang bawa sampai tidur, sangat-sangat terkejut  bila jeans dan kain baju kurung semua boleh pakai semula😍😍. 


Bila kawan-kawan tanya saya bersalin cser pakai bengkung apa, memang saya akan suggest BMC ni je sebab taknak kawan-kawan stress macam saya sebelum-sebelum ni sarung baju kain seluar tak muat. Stress sangat pun tak bagus juga kan.

Dah masuk kerja pun saya tetap pakai hari-hari, memang tak rimas, lagi selesa bila pakai BMC perut takdela menari-nari kat dalam tu, perut jadi kedap dan makin lama buatkan perut jadi kempis! 


Untuk ibu-ibu yang akan atau telah bersalin secara cser dan yang jenis lambat turun berat badan, dah nak habis pantang still belum dapat nak sarung jeans dan baju-baju favourite sebelum pregnant dulu, saya memang seikhlas hati recommend ibu-ibu untuk  cuba  lah pakai  BMC ni⭐⭐⭐⭐⭐. 

Sy beli  kt FB Bengkung Moden Cesarean akk Siti Maisarah Mohd Yusof

*#SharingIsCaring.*

THE JOURNEY OF KUNING


======================
THE JOURNEY OF KUNING 
======================

48 Hari bersama kuning. Setiap hari berdebar, penat, letih & takut. Macam-macam pikir. Kuning ni kalau tak hilang. Dialah permulaan untuk macam-macam penyakit.

Aku sharelah apa yang aku buat sepanjang aku berkasih dengan kuning. Boleh aku buat kenangan jugak kisah ni.

1) Lampu Phototherapy (kat bawah contoh gambar)
🍁 Disebabkan kali kedua p check & esoknya anak aku nak kena warded jadi aku bertungkus lumus sewa. Turun sikit je dari paras kritikal. Syok tengok turun aku sambung sewa sampai 3 hari 2 malam. Kuning turun cuma sikit tak macam yang aku nak. Korang kat utara ni kalau nak sewa boleh wassup. Nanti agen akan mai hantar kat rumah dam setup peralatan serta ajar kita cara guna.

2) Ubat homoepthy
🍁 Cara guna dia, titik dalam mulut baby setiap 2 jam untuk kuning 200++ atau 5x sehari untuk 150 kebawah. Ubat ni dia ada 2 botol. masa kuning & selepas dah habis kuning. Dua-dua titik. Yang ni kak ipar i tolong beli & post. Ubat dia tak de rasa. Tawar je.

3) ON Lampu 24 Jam
🍁Nurse kata pastikan anak tak duduk dalam keadaan gelap. Aku apa lagi bukak habis semua tingkap & pintu kat rumah ni. Tak cukup lampu pun bukak sepanjang hari.

4) Ubat poliklinik
🍁Ubat ni bau & rasa macam ubat klinik sebab aku beli kat poliklinik kan. Sampai habis aku bagi. Lepas habis tak repeat dah.

5) Mandian herba cina
🍁2 minggu duk guna dia saja.

6) Mandian agar-agar
🍁Lepas bagi mandi baby mak aku buat agar-agar milo kat abang & kakak dia 😂 cara dia rendam agar-agar semalaman. Pastu tapis air dia buat mandian.

7) Mandian sirap
🍁Laki aku pulun sampai nak habis sebotol. Adoi aku letak 1 tudung sirap tu je. Dia balun sampai merah mak marah tau.

8) Menyusu setiap setengah jam
🍁Nurse kata setiap 2 jam. Aku setiap setengah jam sampai budak tu tak nak bukak mulut dah. Haha, aku set timer kot nak bagi konsisten. Pastu kena kira lagi berapa kali baby berhadas😆. Anak aku dalam 13 hingga 15 kali sehari.

9) Susu kambing (mama minum)
🍁Aku minum hi goat 2 kali sehari dengan harapan.

10) Stop ubat hospital & makanan tertentu

11)Jaga makan
🍁Mula-mula aku stop semua benda yang orang kata boleh bg kuning macam lada hitam & halia. Just guna bawang putih je dalam masakan tapi tetap kuning. So, lepas beberapa minggu aku decided ikan bakar dengan garam & bawang putih sahaja. Dengan sup Sayur lobak sahaja. Memang tak selera tapi demi anak aku tahankan saje.

Sampai takat ni je memori aku. Kalau ingat aku tambah lagi.

Kenapa aku cekal guna segala rawatan tradisional? Sebab ada 1 minggu tu aku stop dari guna rawatan tradisional & hanya bf sahaja & minggu tu jugalah kuning dia naik balik.

Bila aku just bf saje ni, aku rasa hati aku tak tenang & resah sebab macam tak buat yang terbaik. So aku decided tak pe, aku still bf & guna cara tradisional supaya aku tahu yang aku dah usaha sebaik mungkin. Hati pun sangat tenang.

Jangan samakan aku dengan korang. Kita bukan orang yang sama. 

~bengkung moden czer~

PASAL APA SIBUK SANGAT SUH PAKAI LOSYEN SEJUK CZER NI?

PASAL APA SIBUK SANGAT SUH PAKAI LOSYEN SEJUK CZER NI?


🔰LOSYEN CZER (LC)

☆Khas untuk Czer, sejuk awak, kena luka pun tak pijar tangan. Kena baby pun tak pe. Tak de kesan
☆Diluluskan oleh KKM
☆Ada teknik urutan eksklusif
☆Boleh guna kat seluruh badan termasuk muka
☆Tiada bau & warna
☆ Penggunaan bersama bengkung akan bantu anda kembali kepada keadaan asal dengan lebih cepat.
☆Membantu pengecutan rahim
☆sifatnya hebat untuk keluarkan angin
☆Boleh guna dalam pantang & lepas pantang
☆Sesuai juga untuk strechmark & selulit.
☆Sesuai untuk bf moms

🌷TESTIMONI PENGGUNA LOSYEN CZER🌷

“Bila pakai sejuk je rasa…. Dukung Baby pun tak ada masalah”

“Salam, Thanks sebab kenalkan dengan losyen ni. Baru-baru ni.. Mak Mertua tegur sebab nampak susut dah… Tq tau”

“Seronok garis-garis degil ni dah mula nampak kurang dan menipis… TQ seronok sangat”

Saya share untuk awak, awak pulak share lah dengan kengkawan😘

APA YANG AKAN BERLAKU SEMASA & SELEPAS CZER?


APA YANG AKAN BERLAKU SEMASA & SELEPAS CZER?

Apakah yang berlaku semasa pembedahan caesarean?

1) 1 skrin akan diletakkan sebagai penghadang.(macam dalam gambar ni)

2) Pakar bius akan memeriksa ubat tahan sakit samada berkesan atau tidak.

3) Bila kawasan dibius terasa  kebas ( bermakna ubat bius berkesan) maksudnya ibu sudah bersedia untuk dibedah.

Biasanya untuk kes biasa, czer adalah secara melintang. Czer secara menegak(memanjang) pula adalah untuk kes khas seperti :

○bayi sangat pramatang, atau
○bayi  baring melentang merentasi uterus
○plasenta rendah
○lekatan atau ketumbuhan (fibroid) dalam bahagian bawah uterus.

4) Ketika pembedahan, ibu akan rasa cecair keluar dari perut & doktor menekan perut untuk mengeluarkan bayi & proses ini berlaku dengan sangat pantas. Biasanya hanya dalam tempoh 5 hingga 10 minit sahaja di dewan bedah.

5) Selepas satu hingga lima minit bayi dilahirkan, ia akan diberikan skor Apgar untuk menyukat tahap kesihatannya oleh pakar pediatric.

6) Selepas pemeriksaan kesihatan, Sekiranya tiada sebarang masalah. bayi akan diletakkan di atas dada ibu. Tujuannya supaya bayi mendapat haba dari badan ibu. Jika ibu tidak mampu boleh minta bantuan suami.

7) Untuk mengecutkan uterus dan mengurangkan kadar kehilangan darah, ibu akan diberi hormone oxytocin melalui titisan drip sebelum doktor menjahit luka czer.

8) Proses menjahit luka czer akan  mengambil masa lebih kurang sejam atau  lebih lama terutamanya bagi ibu yang pernah czer sebelum ini bergantung kepada keadaan parut pembedahan yang lepas.

9)Setelah selesai, ibu akan di pindahkan ke wad. Ketika di wad, badan  mungkin akan mula menggigil kerana suhu badan akan jatuh kesan dari  ubat anestetik yang diberi. Ia adalah normal & tidak berbahaya. Biasanya ia akan berlarutan selama setengah jam sahaja.

 10) Untuk yang berisiko mengalami darah beku, pakar obstetrik akan mencadangkan suntikan heparin low-molecular-weight (LMWH) selama 10 hari selepas bersalin. LMWH ialah sejenis penipis darah yang dipanggil anticoagulant.

Sekiranya dalam tempoh ini segalanya berjalan dengan lancar. Ibu-ibu boleh menikmati tempoh berpantang dengan tenang.

Di doakan semua yang baca dan share artikel ini di permudahkan urusan masing-masing.

=bengkung moden czer=
sumber: baby center

Akak memang dah mandrem BMC ni


Akak memang dah mandrem BMC ni. Memang mengigau lepas guna😁

#lawakhambar
=bengkung moden czer=

CEPATNYA SAMPAI


Akak memang ada kabel besar dengan post laju dik
Harini pos, esok sampai🤣
Lawak je( ok fine, lawak hambar)
.
Yang ni serius, biasanya tiap hari post pagi
Dan biasanya kalau kebetulan abang posmen tak gerak lagi.
Ekspress lah sampai parcel tu walaupun jauh nun di sarawak.

-bengkung moden czer-

AWAK PATUT TAHU

SUPAYA TAK DI TIPU PENJUAL BMC. INI YANG PATUT AWAK TAHU

==============
🔰BENGKUNG CZER (BMC)
==============
♧Khas untuk ibu czer,normal pun boleh guna.
♧Material khas untuk czer : free latex (bahan bebas getah)
♧Rekabentuk V : bantu kurangkan sakit czer,mudah bf bf baby & mudah nak bangun & berjalan & luka czer lebih terjaga
♧2 in 1 : lepas pantang pun boleh guna lagi
♧Boleh basuh dengan mesin
♧Boleh dipakai 24 jam selepas bersalin
♧Mudah sangat nak pakai, boleh pakai sendiri
♧Tak de dawai atau besi kerana dawai dan besi akan menyebabkan tekanan dan sakit pada  czer
♧Kejap pada badan, tidak bergulung,bergerak atau menggelusur
♧ Ada size dari S hingga XL

🌷TESTIMONI PENGGUNA BMC🌷

“Alhamdulillah...ok sangat...perut dah macam asal balik dah... ingat lepas bersalin czer tak ada harapan nak kembali asal”

“As salam.... dapat dah bengkung, terus p ladies..pakai terus...wah mudahnya.....”

“Salam sis... tq sebab perkenalkan bengkung ni. sangat membantu saya...nak duduk..nak bangun... nak batuk pon dah tak sakit2... tq sis”

“Salam...bengkung ni sangat memudahkan saya untuk menyusukan anak... dapat support tulang belakang saya..”

P/S : Yang ni cara pakai selepas pantang yea

~ BF DI MANA-MANA : TAK MALU KE? ~

BF DI MANA-MANA
: TAK MALU KE BOSSKU?

Ikut pengalaman aku bf dari anak 1 sampai 3 ni. full bf depa 3 beradik di mana sahaja. Ni 2 benda yang aku rasa paling selesa guna untuk bf di mana saja. Aku ada try macam-macam dah & ni yang duk ranking paling 1st.

2 benda ni korang boleh beli dari shoppee. Pun ada. Aku nursing cover & inner beli dari one baby world suatu masa dulu. Tahun 2013 nun lamanya. Tahun 2019 ni inner beli kat shoppee je


1) NURSING COVER

Serius nursing cover cenggini syok amat & baby tak panas. Kita pun selesa. Yang kain ni. Dia ada macam plastik jadi kain ni tak tutup muka anak dan baby tak akan lemas. Kita pun boleh tengok diorang. Kita boleh jenguk anak sebijik macam dalam pic ni. 


2) NURSING INNER

Inner  ni murah je sebab tu dia ada kelemahan dia. Yang lemahnya rasa tak selamat jadi kena jahit sikit kt bahagian atas. Aku ada banyak koleksi inner mcm ni. Dulu selalu beli kat one baby word. Mahal sikit. Yg ni murah banyak. Jadi aku decided beli yg ni je banyak-banyak.

Trust me! Ada benda ni tak ada alasan nak stress kalau tak ada bilik menyusu. Kat kedai makan pun tenang je. 

Enjoy ur breasfeeding. Untuk 1st time mom. Dont worry, untuk 1st baby semua struggle. Its normal guys. Its real.

~Bengkung Moden Czer~
P/s : kalau sudi tengoklah fb story aku, aku memang suka share benda aku beli & pakai kat sana.

~ EPISODE 1 ~ All About C-Sections: Before, During, and After


~APA YANG AKAN BERLAKU SEBELUM CZER~



Beberapa perkongsian tentang prosedur perlu dibuat sebelum czer iaitu :

1) Konsultasi dengan Doktor

Doktor akan terangkan sebab apa perlu czer, apa akan berlaku masa czer, risiko sekiranya tak czer & risiko bila czer.

Dan Doktor akan minta persetujuan ibu. Ibu boleh setuju atau tidak bersetuju.

2) Sekiranya ibu setuju,  pakaian perlu ditukar kepada pakaian hospital. barangan kemas, pendakap gigi (kalau pakai) & juga contact lense atau cermin mata perlu di buka.

Make up perlu & pewarna kuku perlu dibersihkan( boleh bersihkan pewarna kuku dengan acetone).

 Tujuan :  untuk memudahkan pemantauan sekiranya berlaku perubahan warna kulit ketika czer.

3) Sampel darah di ambil.

Tujuan : Untuk pastikan ibu ada risiko anemia atau tak ( anemia ada risiko kehilangan darah yang banyak)

4) Drip dipasang untuk masukkan ubat nanti sekiranya di perlukan.

5) Dibius. Bius akan menyebabkan ibu rasa kebas pada bahagian bawah badan.

6)Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing.

Tujuan : untuk memastikan pundi kencing dikosongkan sebelum czer.

7)Kawasan untuk czer akan dicukur rapi dan dibersihkan dengan antiseptik.

8) Ibu akan diberikan stoking putih atau suntikan untuk mengurangkan risiko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki (deep vein thrombosis).

8)Peralatan  akan dipasang pada badan iaitu : 

○Lengan : Memantau tekanan darah
○Dada :  elektrod akan diletakkan pada dada untuk mengawasi degupan jantung.
○Jari : Alat pengesan nadi diletakkan pada jari anda.
○Kaki : Plat plastik yang berpelekat akan diletakkan pada kaki untuk meneutralkan aliran elektrik yang dihasilkan oleh peralatan  yang digunakan ketika pembedahan & ia tidak membahayakan.

9)Suntikan antibiotik diberi untuk menghalang jangkitan.

10) Ubat tahan muntah untuk menghalang muntah.

11)Ubat penahan tahan sakit diberikan  semasa dan selepas pembedahan, 

12) Ketika pembedahan,meja pembedahan,akan  dicondongkan sedikit supaya berat uterus tidak mengurangkan bekalan darah ke paru-paru anda dan menyebabkan tekanan darah anda jatuh. 

DONE~Tarik nafas, hembus. Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu untuk mendapatkan sedikit gambaran ketika czer nanti.

Sumber : babycenter
~Bengkung Moden Czer~

~TIPS JAGA LUKA CZER~

SAYA GUNA TIPS INI UNTUK JAGA LUKA CZER.


Pregnant kali ne ditakdirkan saya  bersalin secara czer. Lepas bersalin tu sy tercari cari bengkung khas utk bersalin cser dan akhirnya sy jumpa page@ Bengkung Moden Cesarean (BMC)

Saya baca testimoni- testimoni yang dah guna bmc ne semuanya berpuas hati. Hati ne pun berkobar kobar nak guna bmc. Saya beli BMC dekat @ Siti Maisarah Mohd Yusof

Penghantaran pun cepat sangat. Hari ne oder esoknya terus sampai. Saya start pakai bmc pada hari ke 10. Kebetulan pada hari bmc sampai tu saya kena pegi klinik. Terus pakai BMC  g klinik.


Cara nak pakai  dia pun semudah abc.Pakai sendiri je. Tak perlu bantuan org lain.Mudahkan.Nak tanggal pun senang.

Apa yg best pasal bmc ne :



1) selain mudah dipakai dan ditanggalkan.

2) ia menyokong abdomen sy terutama sekali kat bahagian perut.

Kalau sebelum guna bmc bila nak berjalan mesti pegang bahagian  perut. Tapi once dah pakai BMC  tak payah pegang perut pun. Jalan pun mcm biasa

3) Kalau duduk dlm kereta mesti wajib pakai BMC sebab  tak rasa bergegar gegar kat bahagian perut.Rasa kejap je.

4) Masa jumpa Dr Pakar O&G haritu,beliau pun kagum tgk luka sy dah sembuh dan menggalakan sy untuk  terus guna BMC ne.

Alhamdulillah rasa bersyukur sgt sebab bmc memudahkan kerja seharian saya dan akan tetap meneruskan memakai bmc walau lepas pantang sebab dia turut membantu saya mengawal nafsu makan sy.kata nak kurus dan sihat kan.😘😘