REALITY VS EXPECTATION


Inilah orang panggil akibat gelojoh membeli. Masa beli aku tak baca langsung dia punya detail. Main beli je, masa beli terasa pelik dah, kenapa murah sangat ni. 60 sen sahaja satu. Kalau ikutkan hati nak order sampai 10. Tiba dapat nur, cukuplah 5 je dulu. 

Sekali dapat gigil i uolss, hanya sekeping plastik sahaja dan dalam dia ada benda putih- putih. Masatu barulah gigih aku  baca detail dia dan chat buyer. Memang menyesal awal-awal tu tapi try jugalah sebab dah belikan dan time tu terdesak sebab ice pack dah banyak pecah.

Cara nak guna mudah setiap ice pack ni.  Buh air ikut lubang dia, nanti benda putih putih (jelly) dalam tu akan kembang. letak dalam freezer. Esoknya dah boleh guna. Settle. Syok guna macam yang mahal rupanya.

😂Skeptical melayu, murah itu tak helok.
Rupanya barang murah pun kita banyak yang berguna. Idokler kena beli yang mahal je. 

Mak-mak yang kat luar tu. kalau nk topup ice pack wajiblah beli yang ni. Murah ,cekap & efisien gituuu..😁 

Majulah Shoppee untuk negara. Jangan lupa jenguk kedai bengkung i sekali tau kt shoppee tu.

~bengkung moden czer~

No comments:

Post a Comment