MENGGUNAKAN BENGKUNG MODEN CZER SELEPAS DI TIMPA MASALAH PLASENTA PREVIA


Bercerita tentang bengkung selepas bersalin ni kannn... Tak semua bengkung bersesuaian dan tak semua bengkung kita boleh jadi selesa nak pakai yer tak??? Farah ni bersalin secara pembedahan disebabkan uri yang tidak naik atau di dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Plasenta Previa... Ho ho ho... Dah berkali-kali dah bercerita tentang Plasenta Previa nih di dalam Bubblynotes.Com... Kalau nak baca bolehlah baca di dalam entri bertajuk Plasenta Previa.

Makanya, tiada pilihanlah bagi Farah untuk bersalin secara normal. Bila dah bersalin secara pembedahan ni, orang selalu kata, perut tu susah nak turun... Buncit dia lain macam... Walaupun dah setahun ke dua tahun ke melahirkan masih ada kebuncitan itu... Dush dush dush... Memang betul pun... Kadang-kadang bila tengok diri sendiri depan cermin di dalam bilik air tu ha...Haishhh...Benci sungguh benjolan perut tuh!!! Ha ha ha...

Jujur Farah katakan walaupun kini Ash sudahpun 1 tahun 9 bulan, kebuncitan itu masih ada...Dan Farah ingatkan Farah seorang jer yang mengalami masalah perut buncit selepas bersalin secara pembedahan ni... Rupa-rupanya memang ramai di antara kawan-kawan Farah mengalami masalah yang sama ok? Walaupun dah 2 tahun lebih tetapi perut masih buncit lagi. Kadang-kadang tu ada juga yang nampak seperti mengandung lagi. Hurmmm...

Perkara-perkara macam nilah yang menjadi punca kepada masalah hilangnya keyakinan diri yer tak? Orang bersalin pembedahan ni sebenarnya dari pengalaman Farah sendiri, sewaktu mula-mula selepas perut tu dipotong, memang tak ada keberanian nak berbengkung... Risau dan takut...Ahakss... Farah akui, selepas pantang tu Farah cuba berbengkung juga...Tetapi bila rasa sakit di bahagian pembedahan tu, Farah terus lupakan sahaja niat nak berbengkung tu. Dush dush dush...

Kira-kira masa umur Ash 6 bulan, barulah Farah mula memakai bengkung ataupun korset. Tu punnn masih rasa sakit juga, tapi nak cantik punya pasal!!! Nak kembali keanakdaraan punya figura punya pasal...Redahhh jerlah... Cumanya, ada kala tu rasa sangat tak selesa...Bila dah tak selesa, mulalah buka kan? Buat apa nak pakai kalau tak selesa? Nanti satu kerja pun tak jadi...

Kemudiannya, baru-baru ini, Farah telah di-"approach" oleh seorang kawan... Dia beritahu Farah bahawasanya kan, sebenarnya jika ingin memakai bengkung bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ni, ciri-ciri bengkung yang sesuai adalah:


❤TIADA BESI
Pastikan tiada sebarang besi pada bengkung anda kerana besi ini akan menyebabkan bahagian luka terasa sakit.

❤"FREE LATEX"
Bebas dari "latex" sebab ini sangat membantu untuk mengelakkan gatal-gatal pada bahagian luka pembedahan.

❤"STRAP ON"
Bengkung moden jenis "strap on" lebih sesuai berbanding bengkung tradisional bertali untuk ibu yang bersalin secara pembedahan.

❤BENGKUNG KHAS UNTUK PEMBEDAHAN
Carilah bengkung yang dikhaskan untuk pembedahan. Banyak sangatttt di pasaran.

❤MUDAH DIPAKAI
Maksudnya yang bukan dililit seperti yang tradisional kerana ibu yang bersalin secara pembedahan ini pergerakkannya sangat terhad.

❤MUDAH DIBASUH
Antara ciri yang penting, boleh dibasuh dengan mesin terutamanya bagi ibu yang berpantang sendiri dan bersalin secara pembedahan.

❤SELESA UNTUK DIPAKAI & MENYERAP PELUH
Farah sendiri pernah mencuba bengkung dari jenis "strap on" yang ada di pasaran tetapi kann,jujur cakap sangat tak selesa. Kata kawan Farah ni, ini kerana bahannya yang diperbuat daripada getah atau bahan yang tidak menyerap peluh. Akibatnya ada yang mengalami gatal-gatal dan ruam di bahagian perut akibat dari bengkung tersebut.

Susulan dari itu kannn...kawan Farah ni ada mencadangkan Farah untuk mencuba sejenis bengkung moden yang bagus untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan.
Didatangkan dengan kualiti yang premium, bengkung moden nilah yang Farah sedang pakai pada waktu ketika ini. Pada mulanya, Farah tanya-tanya juga, tak terlewat sangat ke untuk Farah pakai bengkung ni sebab Ash pun dah berumur 1 tahun 9 bulan dah sekarang ni kan? Bha ha ha...Katanya tidak... Caranya, Farah pakai tidur... Bila malam selepas selesai segala urusan yang perlu diselesaikan, Farah akan sapu losyen Mustajab tu dan balutkanlah diri dengan bengkung moden ni.


Materialnya memang selesa sebab menyerap peluh dan tiada pengalaman mengalami ruam ataupun kegatalan segala bagai. Nak pakai pun mudah, sebab pakai pelekat "velcro" tu... Tak perlu susah payah melilit-lilit dan tak perlu susah payah nak minta tolong sesiapa untuk pakai. Cuma sapukan losyen Mustajab dan kemudian pakai sendiri.


Setakat ini, bila dah hampir sebulan mengamalkan memang dah nampak kesurutan dan nampak kesan tu ok? Seronok tak terkata weiiii...Bolehlah melaram sakan balik nih... Ahakss... Figura kena jaga dan kena "uphold" ok... Biar nampak cantik, nampak kemas... Gittewlah...Dan bagi orang yang agak obses dengan "self-presentation", memang lerrr, sanggup jer nak buat apa saja janji dapat kembali ke bentuk badan asal gittew...Tak kisahlah selama mana pun masa yang diambil... Hik hik hik... Tapiiii...alangkah bagusnya kalau Farah diperkenalkan dengan bengkung moden yang satu ini bukannya yang lain seawal dari selepas bersalin dulu...

Hurmm...tak apalah, selepas ini, perlahan-lahan perbaiki apa yang perlu diperbaiki yer tak? Agak terlewat tetapi bukan terlewat selamanya sebab walaupun Ash dah berusia 1 tahun 9 bulan ianya tetap berhasil juga.

No comments:

Post a Comment