CARA TRANSFER SUSU IBU DARI KAMPUNG

SUSU FROZEN TAK CAIR

Atas permintaan sahabat akak, jadi harini akak wajib cerita pasal pasal camner akak transfer susu frozen dari kampung dengan perjalanan selama 5 jam tanpa cair.

Amalan ni akak dah amal dari zaman Amsyar membawa ke zaman Raihanah.  Setakat ni berjaya dengan jaya ikut kaedah ni.

Bahan-bahan dia cooler box ( yang ni akak beli kat Bukit Bunga, kat pasaraya pun ada ni) kalau tak de boleh ganti dengan bekas polisterin putih yang orang biasa buat jual ikan tu, Pun boleh.. Ice Pack & ais batu. Mudah & simple

Bila nak transfer letak ice pack bahagian bawah macam dalam gambar dan kemudian susun susu. Atas susu tu kalau ada celah-celah yang kosong liputi dia dengan air batu. Dah siap! boleh suruh suami bawak balik rumahmu syurgamu.

Ice box tu pulak lepas habis pantang, akak guna setiap hari untuk bawak susu ke rumah pengasuh. Kiranya macam peti sejuk kecik. Tak payah pengasuh letak dalam peti diorang. Susu pun tak bercampur dengan makanan & boleh elak baby kembung. Letak dengan ice pax la kan dalam box tu. 3 ice pax boleh tahan untuk 14 jam. Akak letak 4 atau 5 ice pax. Setakat ni memang sgt puas hati dengan ice box ni. Sangat berguna, pengasuh pun senang hati.

Itu saja. Boleh share & please belanja orang joget-joget  sikit barulah hatiku rasa gembira.

UPDATED SHARE DARI ATIKAH FAUZI:

Kite dulu guna esbok polesterin putih tu ja. Balut lam plastic kemas-kemas, letak icepack tabur garam sikit. Seal esbok masuk bonet. Perjalanan lebih 8jam. Susu banyak masa tu 12oz x 30pcs. Selamat 👍🏻

0148371485
#setmakczer
#bengkungczer
#lotionczer