TIPS BERPANTANG SELEPAS CZER

Untuk ibu-ibu czer  yang hari-hari dok tanya,

1-sampai bila kita tak leh mncangkung?
2-bila boleh start makan ayam?
3-pantang seafood sampai bila?
4- Mandi  air suam sampai bila?

Meh akak share sikit

Mencangkung bagi ibu czer selepas 2 minggu atau selepas luka dah ok boleh mencangkung. Kepit-kepit sikit masa mencangkung yea sebab masih awal lagi. Kalau dah selesa masa awal-awal insyaallah hari-hari mendatang hidupmu pasti lebih indah. Bukan janji tapi pasti.

Makan ayam walaupun czer tak kesah pun. Boleh je sebab Ayam tu protein baik utk badan. Luka pun cepat baik.Limau sunkist pun baik untuk cepat sembuhkan luka and lancarkan pembuangan.memang doktor galakkan makan limau. Cuma kalau tanya aku, 2 minggu pertama aku makan ikan bakar lepas tu dah start try ayam & daging pakej dengan Sayur air  rebus tak oily tak dilupa.

Mandi air suam sebaiknya sampai 100 hari(3bulan). Kalau rajin lagi lama lagi bagus. Bagi aku penting mandi air suam tu. Nanti meroyan kalau awal-awal dah mandi air sejuk. Salah satu simptom meroyan kalau kita rasa tapak kaki sejuk. Tanda nya tu dh kena meroyan. Kena pantang lama sikit kalau ada rasa tapak kaki sejuk or badan sejuk-sejuk

Pantang seafood ikut badan. Rasa sikit kalau okay. Boleh makan. Cuma sebaiknya janganlah duk makan dalam pantang seafood ni. Sabo, 44 hari je. Lepas tu try la sikit-sikit.

Sekiann itu sahaja.. selepas pantang  memang macam-macam rasa ada. Cuba pelan-pelan. Try and error. If ok teruskan, kalau tak cari jalan lain supaya badan sihat, kita bahagia.

 Aku tanya je mak, benda yang dia tahan biasanya aku pun tahan. Memang original mak akak ni, Bab kata Dr Fadzilah Kamsah, kalau ada iras mak insyaallah segala-galanya macam mak termasuklah penyakit🙇 akak bidadari kecil mak akak. Sebijik hokey.

Cenggituuu tips dari akak..jadikan masa berpantangmu seindah syurga supaya tiap-tiap tahun tak insaf nak pantang.opss😉

-setmakczer-
0148371485

No comments:

Post a Comment