RAHSIA MEMASAK PANTAS IBU CESAREAN(PEMBEDAHAN)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto :  Simpanan Peribadi & Unplash 
Entry: 17



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini saya akan kongsikan cara memasak yang sangat-sangat pantas. Rahsia yang telah lama saya amalkan dan akhirnya harini berkesempatan untuk berkongsi dengan para pembaca. Petua ni sangat sesuai untuk semua ibu diluar sana samada ibu yang bersalin secara pembedahan, bersalin secara normal, ibu bekerja malahan suri rumah.

CARA SAYA UNTUK MEMASAK DENGAN PANTAS

Setiap minggu setiap hari ahad saya akan luangkan untuk memasak sahaja. Kerja rumah seperti mengemas rumah saya akan selesaikan pada hari sabtu. Senang cerita, hari ahad adalah sehari untuk memasak sahaja. Tujuan saya buat macam ni adalah untuk mengelakkan saya stress dan terlampau penat untuk bekerja keesokkan harinya.

Setiap minggu pada hari ahad saya akan masak 1 rempah dalam kuantiti yang sangat banyak untuk disimpan. Contohnya, minggu pertama adalah rempah kari, minggu kedua adalah rempah kurma dan begitulah seterusnya. Saya buat ala-ala rempah segera kat pasar raya. Rempah tersebut akan saya masak dengan lama dan di bungkus dalam plastic mengikut kuantiti yang diperlukan bagi sekali masak. Saya hanya tumis rempah sahaja tanpa meletakkan santan, garam atau gula bagi mengekalkan rasa masakan yang lazat. Biasanya saya akan dapat 5 hingga 10 bungkus paket dan diletakkan dalam freezer. Sehingga sekarang saya dah ada banyak sangat rempah segera yang saya buat sendiri di dalam freezer.

 Contoh : Rempah Daging Masak Mamak. Yang ni tak payah masak. Campur bahan-bahan seperti puri tomato, cili boh, rempah kari sahaja.

Pack kecik-kecik ikut sukatan untuk sekali masak. Saya 3 orang je sebab tu kecik je. Nampak tak saya tulis + bawang tu ( supaya tak lupa bila nak masak kena tambah bawang)

Letak dalam plastik besar dan labelkan. Kemudian letak dalam Freezer.


APA LANGKAH SETERUSNYA?

Setiap hari bekerja, pada malamnya saya akan keluarkan rempah dan bahan mentah dan diletakkan di dalam peti sejuk untuk didefrostkan. Pulang dari kerja saya hanya perlu masukkan rempah dan bahan mentah tersebut ke dalam periuk noxxa dan kemudian tambah santan, gula dan garam dan tekan sahaja butang on. Hanya 10 minit hingga 15 minit sahaja untuk memasak setiap hari. Sangat mudah dan pantas dan masih mampu menyediakan masakan yang berkhasiat untuk keluarga tersayang. Sambil tunggu masakan masak bolehlah ibu-ibu berehat dahulu.

Defrostkan sehari sebelum rempah tu. kat bahagian chiller. Gaul dengan daging, potong bawang tambah garam & gula secukup rasa. Lepas tu tekan butang on je ( Saya guna periuk noxxa)

Periuk noxxa yang banyak membantu

MACAM MANA CARA INI BOLEH MEMBANTU MEMASAK KETIKA DALAM PANTANG?

Kebiasaanya bagi ibu-ibu yang telah mempunyai anak-anak, walaupun dalam pantang masih perlu untuk memasak untuk keluarga. Ibu-ibu bolehlah menyediakan rempah terlebih dahulu dan simpan di dalam bahagian beku untuk digunakan ketika dalam pantang nanti. Ia bukan sahaja akan memudahkan ibu bahkan sekiranya suami ingin membantu memasak nanti ia bukan lagi satu masalah. Ibu gembira, suami bahagia, anak-anak pun suka. Boleh rujuk link sebelum ini untuk resepi masakan dalam pantang yang mudah. Memasak bukan sahaja dapat membantu menjaga kesihatan dan kesejahteraan keluarga malahan salah satu dari cara yang mudah untuk ibu-ibu menjaga diet  malahan ibu boleh kekal cantik & sihat walaupun bersalin secara pembedahan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu melalui masa berpantang dengan indah.

________________________________________________________________________

** Perkongsian saya ini adalah hasil dari perkongsian pengalaman daripada para ibu di luar sana bukan daripada nasihat professional.

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI


No comments:

Post a Comment