Showing posts with label Panduan Menggunakan Bengkung Selepas Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Panduan Menggunakan Bengkung Selepas Bersalin. Show all posts

Jenis-Jenis Bengkung Yang Sesuai Untuk Bersalin pembedahan ( Cesarean)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google & Simpanan Peribadi
Entry: 4

JENIS-JENIS BENGKUNG UNTUK BERSALIN PEMBEDAHAN (CESAREAN)

Ini antara bengkung yang sesuai untuk ibu yang bersalin pembedahan dan pastinya sangat sesuai untuk normal. Masa saya mengandung dulu, saya memang cari bengkung yang boleh guna masa untuk bersalin normal dan secara pembedahan. Iye lah kan, masa bersalin tu kita tak boleh jangka apa yang berlaku, mungkin normal atau mungkin juga cesarean. So, sentiasa bersedia adalah lebih baik. Sahring saya ni berdasarkan apa yang saya google dan tanya kawan-kawan. Semoga perkongsian ini membantu



Bengkung Moden Cesarean

Ada 4 jenis bengkung yang saya usha-usha. Saya guna bengkung moden cesarean masa dalam pantang. Memang best, tak berpeluh, tak bergerak, senang nak bf anak dan dapat kurangkan sakit saya, yang paling penting cover sampai punggung.. kembali asal punggung saya.  Saya cakap ni atas sebab saya memang guna bukan atas sebab nak promote produk. Bukan saya sorang je guna tau. Buktinya kat bawah

kalau nak tahu lagi, kawan-kawan boleh rujuk dua link kat bawah. 







Bengkung Moden Strap On

Yang bengkung strap on pulak saya google je dan jumpa. Saya baca feedback pun macam ok je dan sesuai untuk pembedahan. Harga saya tak pasti tapi rasanya lagi murah dari yang saya guna. Cuma apa yang saya tak berkenan sebab dia tak cover sampai punggung dan if nak cover sampai punggung kena pakai yg lagi. Jadi dia akan jd byk pulak nak pakai. Sebab tu saya rasa macam leceh lebih-lebih lagi bagi saya yang pantang sendiri ni.

Bengkung Tradisonal

Bengkung Tradisonal?? boleh ke pakai untuk pembedahan?? jawapannya boleh. Yang ni saya tak try pun cuma saya ada tanya kawan yang bersalin secara pembedahan jenis bengkung yang dia guna dan dia bagitau dia guna bengkung tradisional. Kawan saya ni dah dua kali bersalin secara cesarean.  Dia gunakan bengkung tradisional sebulan selepas bersalin. Pada peringkat awal, jangan ikat terlampau ketat pada bahagian bawah. Bila da rasa ok baru ikat ketat. Menurut beliau, perut mudah menjadi kempis. 


Yang ni adalah hasil dari bacaan say di group-group ibu. Saya memang suka & teruja join group macam ni untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Bagi yang nak tahu lagi petua yang lain boleh tengok kat SINI. 

RUBY BEAUTY

Sebenarnya saya tak tahu macam mana rupanya ruby beauty ni. Gambar kat atas hanyalah hiasan. Ada antara kawan saya yang czer dan gunakan ruby beauty untuk berpantang.  Menurut dia, ruby ni bukan bengkung tetapi korset. Harganya  lebih kurang 3.5 K. Dia mula pkai korset ni selepas 3 minggu czer. Korset ni menurut dia bagus dapat membantu melancarkan darah malahan untuk orang yang dahputus haid pun bagus kerana dia mampu mengembalikan haid tersebut.


Apa pun, Semoga Perkongsian ini membantu ibu-ibu sekalian untuk membuat pilihan.

PERHATIAN : Artikel ini adalah hasil daripada perkongsian ibu-ibu yang berpengalaman dan bukan hasil dari nasihat professional.

_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI


Ciri-Ciri Bengkung Yang Sesuai Untuk Ibu Yang Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google 
Entry : 3

Berbengkung bagi ibu yang bersalin pembedahan (cesarean) sangat asing. Lebih-lebih lagi dalam kalangan kaum melayu. Pelbagai cerita dari pelbagai versi disampaikan, Ada yang betul dan ada yang sekadar mitos sahaja. Namun begitu, amalan berpantang masih perlu dilalui oleh ibu yang bersalin samada secara normal atau pembedahan. Aamalan yang paling utama dan sering disebut-sebut ialah "BERBENGKUNG". Disebabkan saya lahir di dunia serba moden & saya percaya pasti ada bengkung yang sesuai untuk ibu yang bersalin pembedahan. Saya sangat percaya lebih-lebih lagi bila saya banyak kali dengar dari kawan-kawan yang bersalin secara pembedahan mengatakan doktor mereka menggalakkan memakai bengkung selepas bersalin secara pembedahan. Bawah ni saya letak advise dari Dr Hamid yang menyebabkan kepercayaan saya terhadap amalan berbengkung semakin tinggi.

"Amalan memakai bengkung selepas bersalin pembedahan
(cesarean) tidak dicegah"
Dr Hamid Arshad (Pakar Sakit Puan)

CIRI-CIRI BENGKUNG YANG SESUAI UNTUK CESAREAN MOMS

**TIADA BESI ~ Pastikan tiada sebarang besi pada bengkung anda kerana besi ini akan menyebabkan bahagian luka rasa sakit.

** FREE LATEX ~ material free latex dapat membantu mengelakkan gatal-gatal pada bahagian luka pembedahan.

** STRAP ON ~ Bengkung moden jenis strap on lebih sesuai berbanding bengkung tradisional bertali untuk ibu yang bersalin secara Czer.

**Bengkung Khas Untuk Pembedahan. Cari lah bengkung yang dikhaskan untuk cesarean. Banyak sangat di pasaran.

** MUDAH DIPAKAI~ Maksudnya yang bukan dililit seperti yang tradisional kerana ibu yang bersalin secara pembedahan ni pergerakannya sangat terhad.

**MUDAH DIBASUH ~ Antara ciri yang saya cari dalam memilih bengkung adalah yang boleh dibasuh dengan mesin terutamanya bagi ibu yang berpantang sendiri dan bersalin secara pembedahan.

**SELESA UNTUK DIPAKAI & MENYERAP PELUH ~ Saya percaya ada antara anda di luar sana pernah mencuba bengkung moden "strap on" yang terdapat di pasaran tapi anda berasa sangat tidak selesa kerana bahannya yang di perbuat dari getah atau bahan yang tidak menyerap peluh. Akibatnya ada yang mengalami gatal-gatal dan ruam di bahagian perut akibat dari penggunaan bengkung tersebut.

_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI

Berpantang Selepas Bersalin Gabungan Moden & Tradisional

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Sumber : Widadjannati
Foto : Google 
Entry : 10

Soalan :

 Kenapa ye orang yang berpantang lebih memilih kepada set bersalin moden daripada tradisional?

Jawapannya :

Sebab berbengkung secara tradisional sangat leceh dan sangat banyak pantang larangnya yang kadang-kadang tidak releven. Tetapi, sapa kata pada zaman sekarang tidak boleh berpantang secara tradisional. Amalan tradisional boleh diteruskan cuma dipermudahkan dalam cara moden. Ini adalah salah satu sumber berpantang secara tradisional yang saya rasa menarik untuk diamalkan.


1. Air Kunyit

Tradisional: Cara menyediakannya ialah dengan mengisar kunyit hidup dan tapis hampas kunyit sebelum diminum. Air perahan kunyit hidup ini diminum awal pagi pada 3-7 hari pertama selepas melahirkan bayi. Kata orang ianya untuk mencuci darah. Saya masih mengamalkannya secara berdisplin walaupun tidak pasti adakah darah saya sudah dicuci atau tidak.

Modern Twist: Modennya di sini, mengisar kunyit hidup menggunakan blender, dan bukannya menggunakan lesung batu. :p


2. Bertungku.

Tradisional: Batu tungku yang digunakan adalah batu sungai dan boleh di dapati di mana-mana pusat rekreasi dan perkelahan. Batu tungku saya, saya ambil di Ulu Yam ketika mandi manda bersama keluarga. Batu tungku ini dipanaskan dan dibalut dengan daun Mengkudu/ daun Kunyit. Kedua-duanya kemudian dibalut di dalam kain dan diletakkan pada bahagian-bahagian badan seperti perut, peha dan betis. Caranya tekan-tekan sikit bahagian badan tersebut sehingga rasa panas meresap ke dalam badan. Biar terasa pada urat-urat yang mengembang dan sudah masuk angin. Nak tahu efektif atau tak bertungku, sepatutnya selepas bertungku, akan berpeluh. Umunya, bertungku dapat mengecutkan urat-urat yang kembang, melancarkan peredaran darah, menghilangkan rasa-rasa bisa atau sengal-sengal badan.

Modern Twist: Batu tungku tersebut dipanaskan sahaja atas dapur gas, kemudian angkat dengan berhati-hati menggunakan peralatan moden dipanggil pengepit. :p Atau mungkin boleh digantikan dengan lambakan tungku moden yang terdapat di pasaran sekarang ini tapi jujurnya saya tidak tahu sejauh mana keberkesanan tungku-tungku tersebut. 

3. Tangas

Tradisional: Tangas ini dilakukan dengan mengewap badan seperti mandi steam. Bezanya di sini herba-herba yang digunakan ketika untuk mandi wap itu adalah khusus untuk mereka yang baru sahaja bersalin. Herba-herba tersebut boleh didapati di mana-mana kedai jamu. Ada kedai jamu yang mempunyai herba khusus untuk tangas, ada juga yang menyarankan pengguna untuk menggunakan akar kayu yang sama yang digunakan untuk diminum. Secara umunya, rawatan ini dapat merapatkan keintiman, memberi kesegaran pada badan, dan melancarkan peredaran darah.

Modern Twist: Mungkin tidak ramai atau boleh saya kata kebanyakan kita tidak mempunyai peralatan untuk mandi wap. Jadi di sini saya mencadangkan penggunaan periuk nasi terpakai (yang berlebihan dari hadiah-hadiah kahwin yang perolehi) dan rebus herba tangas di dalamnya. Apabila mendidih, sediakan kerusi berhampiran dengan periuk tadi dan duduk sambil berbungkus dengan kain batik agar wap tersebut naik dan terkena pada badan. Periuk nasi tadi hendaklah sentiasa di pasang agar rebusan herba sentiasa mendidih dan menghasilkan wap. Boleh dilakukan selama 1-2 jam.

4. Berdiang/Menyalai

Tradisional: Rutin ini saya lihat jarang sekali diketahui generasi kita tapi inilah rutin yang paling asas sekali dalam amalan berpantang saya. Berdiang atau menyalai ialah rutin yang mana kita duduk membelakangkan berdekatan bara api yang menyala. Hadapkan bahagian pinggul, pinggang dan belakang supaya bahang panas itu terasa. Badan akan bertukar kemerah-merahan (jangan sampai hangit pula!) dan akan terasa urat-urat dibahagian telapak kaki atau betis berdenyut-denyut jika dilakukan secara efektif. Selepas rawatan ini juga badan akan berpeluh-peluh dan akan terasa lebih segar. Rutin ini dapat mengecutkan rahim dan urat-urat peranakan, melancarkan peredaran darah, memecahkan darah-darah beku dan menyegarkan tubuh badan. 

Modern Twist: Ramai yang bertanya pada saya bagaimana saya lakukan di rumah pangsapuri yang tidak berlaman dan bagaimana pula saya naikkan api? Caranya...arang tersebut pada awalnya saya bakarkan sahaja di atas dapur gas sehingga bara api kelihatan dan kemudian saya pindahkan ke dalam dapur arang. Berbeza dengan cara orang zaman dahulu, mereka letakkan bara api ini di bawah katil dan mereka berbaring di atas katil untuk menikmati haba yang terhasil. Tapi untuk melakukan sedemikian, perlu bekas yang sesuai untuk meletakkan arang dan perlu lebih berhati-hati kerana katil...sangat mudah terbakar.

Sangat kagum dengan cara penggunaan untuk bertangas dan berdiang ini. Sangat kreatif. Insyallah sekiranya ada rezeki anak kedua, saya ingin cuba cara ini.

5. Akar Kayu Periuk

Tradisional: Akar kayu periuk merupakan gabungan manjakani dan akar-akar kayu yang berkhasiat untuk organ dalam kita. Ia berfungsi untuk mengecutkan rahim dan menjaga peranakan. Akar kayu ini direbus dan di minum dengan kadar 3-4 kali sehari. 1 paket rebusan tadi juga dapat bertahan sehingga 3/4 kali rebusan.

Modern Twist: Rebus air kayu dengan kuantiti air yang banyak seperti 1 paket akar kayu dengan 12 (cadangan sahaja) sukatan air. Lebihan air itu boleh di simpan di dalam bekas kedap udara seperti Tupperware. Jangan rendam akar kayu, bimbang akan dinaiki kulat. Modernnya? Tupperware


6. Bengkung

Tradisional: Mesti ramai yang biasa mendengar perihal rutin ini. Ianya rutin paling efektif untuk mengempiskan perut, membuang segala lemak berlebihan yang dikumpul ketika mengandung. Untuk yang rajin, bengkung di pakai sepanjang hari manakala untuk yang malas seperti saya, saya hanya memakainya di malam hari sahaja.

Modern Twist: Bengkung tradisional berbentuk seperti bermeter-meter gulungan kain. Kain itu akan dibalut sekeliling pinggang, ditarik ketat dan kemudiannya diikat. Bengkung moden sekarang dilengkapi dengan ciri yang lebih mudah dan bertali. Rupanya lebih kurang seperti barut perut bayi. Atau untuk keselesaan pergerakan, mungkin ada yang mahu menggantikannya dengan penggunaan corset seperti Premium Beautiful dan sebagainya. Tapi harus diingatkan, harganya sangatlah berbeza. 

p/s: Perut yang buncit, sangat mudah kempis ketika di dalam pantang. Ketika semuanya (urat, otot, lemak and etc.) sedang longgar dan kembang.




Saya menggunakan bengkung moden yang sangat best dan sememangnya membantu saya kembali langsing dan sihat. Bagi yang berminat boleh dapatkan di SINI


7. Halia Bentong

Tradisional: Halia ini dimakan seperti ulam-ulaman lain, Makan mentah begitu sahaja. Khasiatnya? Membuang angin dalam badan. Halia ini saya makan dengan nasi panas-panas dan dicicah dengan lada hitam yang dikisar bersama ketumbar dan garam.

Modern Twist: Kisar lada hitam dan ketumbar guna blender.


Perkongsian dari blog ini Widad Jannati ini sememangnya sangat membantu saya untuk lebih bersedia pada masa hadapan. Terima Kasih diatas perkongsian ini.

_______________________________________
Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms yang mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485 ~Puan sara)

Cara Berbengkung Yang Betul Selepas Bersalin Pembedahan ( Cesarean)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google & Simpanan Peribadi
Entry : 5

Assalamualaikum..

Tiba-tiba harini saya terlintas untuk berkongsi cara pemakaian bengkung yang betul & kelebihan jika diamalkan dengan betul. Ini cara yang saya amalkan. Saya belajar ni daripada Mentor saya kak Fazi. Saya Kongsikan disini sebagai perkongsian saya dengan
kawan-kawan yang lain.



STEP 1

Saya gunakan  Bengkung Moden Yang Khas untuk czer & normal. So, bahagian punggung (bawah) dia lebih lebar dari bahagian atas dia. Pemakaian tu bergantung pada penggunaan bengkung masing-masing. Macam saya lebih mudah macam kat atas.



STEP 2
Bengkung perlu lapik dengan tisu atau kain atau apa-apa yang selesa. Tak kisah la nak lapik dengan apa yang penting lapik. Sebab apa perlu lapik? Lapik ni atas sebab kebersihan terutamanya kalau yang czer kerana kita akan pakai bengkung tu setiap hari 24 jam.  So, bila lapik kebersihan akan terjamin dan luka pun kekal elok.





STEP 3
Selepas itu, baringkan badan anda di atas Bengkung Moden yang telah disusun tisu seperti gambar di atas. Kemudian sapukan ubat pengempis perut / campuran kapur & limau nipis di sekeliling perut, pinggang dan belakang. Selepas gel disapu, lapik juga bahagian atas perut dengan tisu atas isu kebersihan dan untuk menjaga bengkung supaya tidak kotor. Macam bengkung saya ni warna putih kan. Bila kena gel kunyit yang bidan sediakan terus jadi kuning dan sampai sekarang walaupun basuh berkali-kali kesan dia tetap ada.




STEP 4

Naikkan lutut anda seperti didalam gambar. Tujuannya adalah untuk mengangkat peranakan.Selepas itu, tarik Bengkung Moden dan kemaskan kebadan anda seperti gambar diatas



STEP 5

Setelah selesai, bolehlah anda bangun dan berdiri.


Kebaikan yang saya dapat hasil dari pemakaian bengkung moden dengan cara yang betul berdasarkan pengalaman saya dan apa yang saya rasa :

  • Sebagai sokongan kepada perut saya lepas bersalin. Saya boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak dan juga membantu dari berasa sakit setiap kali nak bangun atau berjalan


  • Selain itu, bengkung juga membantu sebagai  bantuan kepada tulang belakang belakang saya.Selepas bersalin memang rasa sakit sangat pada tulang belakang dan seluruh badan. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami oleh saya sewaktu mengandung dan proses kelahiran.


  • Bengkung juga sangat membantu saya  terutama sewaktu menyusukan bayi di posisi duduk. Bengkung ini bertindak sebagai pelapik dan pelindung tempat pembedahan. Ciri rekaannya juga membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Memang senang sangat nak menyusukan bayi walaupun masa tu masih dalam keadaan yang sakit.


  • Yang paling penting memang sangat membantu  mengempiskan perut. Saya pasti ramai diantara pembaca yang mengalami masalah perut buncit lepas bersalin walaupun berjaya menurunkan berat badan tapi buncit di perut tidak hilang. Percaya tak disebabkan amalan berbengkung ni perut saya kembali pada asal. Ramai yang kata Breastfeeding membantu untuk kurus. Yang ni pun saya percaya tetapi sekiranya breastfeeding je tapi tak berbengkung, badan kurus tapi perut tetap buncit. 


Saya memang sangat berpuashati dengan amalan berbengkung ini. Insyaallah, kalau diberikan kesempatan dan ada rezeki lagi untuk anak kedua, semoga saya diberi kekuatan dan kelapangan lagi untuk berbengkung.
_______________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms yang mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485 ~Puan sara)