PETUA PANTAS UNTUK KECUTKAN PERANAKAN SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google 
Entry: 14




1) BERTUNGKU
Bertungku adalah salah satu cara yang paling pantas untuk mempercepatkan pengecutan peranakan. Biasanya Bertungku ini dilakukan dengan bantuan daripada bidan.

2) BERBENGKUNG

Amalan berbengkung sangat diakui dan dipersetujui oleh para ibu bahawa ia membantu menjaga bahagian peranakan dan rahim. Tidak kira samada menggunakan bengkung tradisional  atau moden penggunaan bengkung ini sangat digalakkan dalam tempoh berpantang.

3)JAMU REMPAH PERIUK AIR KUNYIT


Jamu rempah ini boleh disediakan sendiri. Cara penyediaannya ialah halia, kunyit hidup, manjakani dan gula batu diblend dan kemudiannya direbus. Minum sebanyak 3 kali. lnsyaallah dengan izinnya peranakan mudah kecut. Cara yang betul untuk minum jamu rempah ini adalah minum ketika perut kosong. Air kunyit ini hanya boleh diminum sebanyak 3 kali sahaja ketika dalam pantang kerana kunyit boleh mengeringkan darah dan boleh menyebabkan cepat putus haid. Harus diingat minumlah selepas bayi tiada kuning.

3) HOMOEPATHY

Selain kaedah moden, ibu-ibu boleh mencuba kaedah Homeopathy. Biasanya bagi menggunakan kaedah ini, ibu-ibu perlu ke klinik khas yang mengamalkan perubatan homeopathy ini. Ibu-ibu akan dirawat oleh doktor yang bertauliah dan akan diberikan perskripsi ubat seperti yang dicadangkan.

4) MENYUSUKAN BAYI

Cara yang terpantas dan paling selamat adalah menyusukan bayi. Cara ini memang sangat berkesan dan saya sendiri telah mengamalkan kaedah ini dan sesungguhnya ia sangat berkesan.  Semasa menyusukan bayi, ibu akan merasa sakit pada bahagian perut. Jangan  risau kerana itu tandanya P
peranakan sedang mengecut.

5) SENAMAN   KEMUT

Senaman kemut adalah dengan cara merapatkan miss V. Buat berulang kali. Tujuannya supaya darah keluar dengan banyak.

BAGAIMANA NAK TAHU PERANAKAN SUDAH KECUT ATAU BELUM?

Ibu – ibu boleh melakukan pemeriksaan Peranakan sendiri selain berjumpa dengan professional bagi mengetahui samada peranakan telah  kecut atau sebaliknya. Caranya; ibu perlu menekan bahagian bawah pusat. Sekiranya terasa seperti biji bola ping pong seolah-olah ketumbuhan. Itu tandanya peranakan belum kecut. Darah nifas yang banyak juga salah satu daripada tanda peranakan masih belum kecut. Sekiranya darah nifas telah habis tetapi masih terdapat ketulan pada bahagian pusat kemungkinan terdapat kesilapan ketika dalam pantang.

Semoga artikel yang saya tulis ini dapat membantu para ibu untuk membuat persediaan dalam menghadapi cabaran berpantang. Sekian Terima Kasih.

PERHATIAN : Artikel ini adalah hasil daripada perkongsian ibu-ibu yang berpengalaman dan bukan hasil dari nasihat professional.

_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI