9 Tanda rahim tak sihat

Hari ni saya nak kongsikan 9 tanda Rahim tak sihat 

1 Sakit Ari-Ari 
Rasa sakit atau tak selesa di bahagian bawah abdomen. Rasa sengal dan lenguh pada pangkal paha hingga ke paras lutut. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid dan organ yang terlibat adalah rahim.

2. Kentut Vagina 
Kentut vagina terjadi bila angin memasuki ruang vagina yang sepatutnya tidak berlaku jika rahim anda tidak longgar. Maknanya kentut vagina boleh berlaku disebabkan rahim anda longgar. 

3. Sakit Ketika Bersama Suami 
Sakit ketika melakukan hubungan intim. Rasa tak selesa melakukan hubungan suami isteri dan sering merasa sakit pada bahagian ari-ari setiap kali bersama. Situasi ini boleh merosakkan situasi mesra bila bersama suami.

4. Sakit Tumit 
Rasa sakit di tumit, rasanya seperti berdenyut dan menyucuk-nyucuk secara tiba-tiba. Bila banyak berjalan, berdiri atau angkat benda berat serta beban pada perut, sakit ini akan lebih terasa. 

5. Selalu Kembung Perut 
Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, perut rasa menyucuk dan pedih disebabkan angin dalam rahim dan perut. 

6. Sentiasa Basah
Vagina/faraj berair dan berbau. Seluar dalam sentiasa basah dan lendiran melekit dek kerana masalah keputihan memang merimaskan.

7. Sakit Pinggang
Di sekeliling pinggang hingga ke papan punggung dan ke atas urat belikat terasa sakit. Rasa sakit pinggang tu lebih kurang macam lenguh dan rasa senggugut juga, tapi terasa pada waktu selain datang haid.

8. Sakit Telapak Kaki
Di tapak kaki mula rasa sengal-sengal dan bisa-bisa urat. Di sekitarnya akan rasa kejang dan menyucuk.

9. Kerap Kencing/ Kencing Tak Lawas
Mudah terkencing bila terbersin, batuk atau ketawa. Kita akan lebih mudah dijangkiti penyakit kencing kotor atau ada rasa ngilu ketika buang air kecil.

No comments:

Post a Comment