Foto : Google
Sumber : Disini
Entry :8
Ketika dalam pantang, antara perkara yang sangat saya pentingkan adalah makan. Ketika ini tenaga sangat diperlukan untuk menjaga diri dan bayi terutamanya bagi yang berniat untuk pantang sendiri. Saya mempunyai keinginan untuk makan makanan yang sedap walaupun berpantang. Pelbagai menu berpantang saya dengar dan baca. Bagi ibu yang bersalin secara cesarean boleh mengamalkan menu yang sama dengan ibu yang bersalin normal cuma ada beberapa perkara sahaja yang perlu dititikberatkan iaitu :
* Elakkan lada hitam, sebaiknya guna halia yang buang angin dalam badan
*Elakkan telur dan makanan laut ( udang, ketam & sotong) kerana boleh menyebabkan luka lambat sembuh & bernanah.
* Sayuran dan buah-buahan yang tak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan anggur kerana boleh menyebabkan tubuh sejuk atau " berangin ".
Disini ada beberapa RESEPI PILIHAN saya. Saya memang elak makan yang berminyak dan bersantan dalam tempoh lebih 44 hari disebabkan dua alasan iaitu takut anak kembong atau sakit sebab saya bf dan kedua sebab nak kurus. Nak kurus tak mudah yea kawan-kawan tapi tak jugak susah. Resepi ini masih saya amalkan kalau rasa nak diet, sapa kata ibu-ibu yang menyusu tak boleh diet? boleh je cuma kenalah kena dengan caranya.
STEAM IKAN ~ Favourite
Bahan :
2 Hiris Halia
Ikan
1 Biji Tomato ( Belah 4)
Sedikit daun sup & daun bawang
Garam ( Secukup rasa)
Cara Penyediaan
1) Letakkan halia yang dihiris( letak dalam Jumlah yang banyak), tomato, daun sup dan daun bawang, ikan yang dilumur garam
2 ) Steam Ikan.
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM
Bahan :
3 Keping Ikan Tenggiri
5400 Ml Air
30 gm Halia dihiris
3 Ulas Bawang Putih dihiris
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu lada hitam
Sedikit garam
Cara Penyediaan
1) Didihkan semua diatas api perlahan
2) Masak sehingga kuah pekat dan ikan masak
PERIA MASAK ASAM
Peria Katak
Bahan-bahan:
200 ml air 5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis 2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.
Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu. Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.
AYAM MASAK KERING
Bahan-bahan:
200 ml air 3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris 2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus ½ sudu teh serbuk lada hitam ½ sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.
Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.
SUP AYAM
Bahan-bahan:
250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan.
Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.
ULAM PEGAGA
Cara menyediakan:
a) Bersihkan dahulu daun pegaga. Toskan air sebelum dimakan bersama nasi.
Info: Pegaga merupakan sejenis ulaman popular di kalangan ibu berpantang terutamanya dalam menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehat dan menambahkan ingatan. Pegaga juga dapat mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.
DAGING LADA HITAM
Bahan-bahan:
500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung 1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.
PERIA LADA HITAM
Bahan-bahan:
1 biji buah peria - dihiris 200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.
b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.
d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.
AYAM LADA HITAM
Bahan-bahan:
3 ketul ayam
1 labu bawag putih..
hiris halus
2 inci halia-hiris halus
3 sudu lada hitam tumbuk minyak untuk tumis
Cara menyediakan:
Tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan dengan nasi panas
BOJAH/CAMPAK2
Bahan-bahan:
Ikan tenggiri/merah
bawang putih
kunyit hidup
lada hitam
santan pekat
asam keping
pegaga
Cara menyediakan:
Rebus bahan2 sampai kuah pekat. Hidangkan..
Selamat beramal:) Resepi ini boleh digunakan bukan sahaja untuk berpantang. Ia juga boleh digunakan untuk sesiapa yang ingin kekal kurus selepas bersalin samada secara pembedahan atau normal.
No comments:
Post a Comment