CARA BERTUNGKU YANG BETUL BAGI IBU BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN (CESAREAN)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto :  Google 
Entry: 20





Ibu yang bersalin secara pembedahan (Cesarean) banyak sangat pantang larangnya. Iyelah, banyak yang perlu dititkberatkan. Namun begitu, ia tak bermaksud ibu yang bersalin secara pembedahan tidak boleh berpantang seperti ibu yang bersalin secara normal. Boleh, tetapi dengan cara yang tersendiri.

Bertungku merupakan satu perkara asing bagi ibu yang bersalin secara pembedahan. Ramai yang berpendapat ibu yang bersalin secara pembedahan( Cesarean) tidak boleh bertungku sedangkan kita sedia maklum bahawa bertungku ini bukan sahaja dapat membantu menjaga kecantikan dalaman dan luaran malahan ia membantu ibu-ibu untuk kekal kurus seperti sediakala. Pendapat bahawa bersalin secara pembedahan tidak boleh bertungku adalah tidak benar. Ibu yang bersalin secara pembedahan masih boleh bertungku mengikut had batasan yang tertentu.

Bagi ibu yang bersalin bertungku boleh dilakukan dengan cara meletakkan tungku pada bahagian belakang, pinggang, paha dan betis. Sekiranya ingi bertungku  pada bahagian perut. Jangan diletakkan tungku pada bahagian atas perut tetapi dalam keadaan mengiring letak di bahagian bawah perut. Apa yang penting pastikan tungku  tidak terkena bahagian pembedahan (Cesarean). 

Bertungku untuk ibu yang bersalin secara pembedahan sangat digalakkan. Ibu yang bersalin secara pembedahan (Cesarean) boleh mula bertungku pada hari kedua pembedahan(Cesarean). Ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kesakitan dan  lenguh-lenguh malah ia akan membantu luka lebih cepat sembuh dan rahim mudah kecut. Luka dalaman akan lebih cantik dan tidak melekat pada rahim. Paling penting, bertungku merupakan salah satu tips untuk kekal cantik, sihat dan ramping walaupun selepas bersalin secara pembedahan( Cesarean).
_________________________________________________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI

AIR OH AIR ~ KISAH AIR UNTUK IBU CESAREAN ( BERSALIN PEMBEDAHAN)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto :  Google 
Entry: 19






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hot betul isu air ni sekarang kan. Lebih-lebih lagi kat Selangor. Putus bekalan air dan air dicatu. Emm.. ni baru air untuk keperluan. Kalau air untuk badan pun dicatu apa jadi agaknya yea? Jom Kita bincangkan :)


PERKONGSIAN IBU BERPENGALAMAN 

Kebanyakan ibu yang berpengalaman bersalin secara pembedahan bersetuju bahawa air sangat diperlukan untuk membantu proses penyembuhan luka lebih cepat dan luka tidak kembang seperti yang dibimbangi oleh kebanyakan ibu-ibu. Malahan menurut mereka kesan ubat bius juga lebih cepat hilang sekiranya minum air dengan banyak dan rahim lebih cepat kecut ( Ibu bersalin pembedahan rahim kembang tapi tak jatuh seperti ibu yang bersalin. Rahim akan jatuh  bila kita teran.) Ibu yang bersalin pembedahan juga tidak akan mengalami masalah sembelit yang merupakan igauan ngeri ibu bersalin ( Sembelit keterlaluan boleh menyebabkan buasir, jap lagi luka czer tak ok lagi kena buasir pulak). Betapa beruntungnya minum air dengan banyak dapat lagi bonus berganda-ganda, susu badan banyak, kulit wajah dan badan juga menjadi cantik, malahan dia akan membantu kita lebih mudah untuk kurus.

TIPS MINUM AIR UNTUK IBU CESAREAN( BERSALIN PEMBEDAHAN) YANG BETUL

Pernah dengar orang kata air tak elok untuk ibu selepas pembedahan? Pernah dengar orang kata air boleh menyebabkan luka kembang? pelik kan kenapa ada yang kata tak elok tapi ramai yang kata elok. Di sini saya akan kongsikan Tips minum air yang betul untuk ibu-ibu yang baru bersalin supaya mendapat kesan positif yang maksima.




JENIS AIR YANG BOLEH DIMINUM OLEH IBU YANG BERSALIN PEMBEDAHAN (CESAREAN)


Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu melalui masa berpantang dengan indah.

________________________________________________________________________

** Perkongsian saya ini adalah hasil dari perkongsian pengalaman daripada para ibu di luar sana bukan daripada nasihat professional.

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI


10 SELEBRITI ANTARABANGSA YANG KEKAL LANGSING SELEPAS CESAREAN ( BERSALIN PEMBEDAHAN)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto :  Google 
Entry: 18


1) GWEN STEFANI

2) CHRISTINE AGUILERA


3) VICTORIA BECKHAM

4) JENNIFER LOPEZ

5) ANGELINA JOLIE

6) SHAKIRA


7) KATE HUDSON

8)JESSICA SIMPSON


9) MOLLY SIMS

10. ELIZABETH HURLEY



Sesungguhnya Cheq J.E.L.E.S..jelessss!!! Jom ibu-ibu cesarean sumber inspirasi kita ni.

Semoga perkongsian ini dapat membantu menjadi sumber inspirasi ibu-ibu untuk melalui masa berpantang dengan indah.


“Saya dah pakai bengkung moden beberapa hari ini. Selesa berbanding bengkung lain yang orang lain cadangkan
Nak tidur pun saya pakai sebab tak nak sakit kat bahagian operation.
Alhamdulillah selesa susukan baby dan buat kerja yang ringan-ringan.”
more info??

Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI



RAHSIA MEMASAK PANTAS IBU CESAREAN(PEMBEDAHAN)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto :  Simpanan Peribadi & Unplash 
Entry: 17



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini saya akan kongsikan cara memasak yang sangat-sangat pantas. Rahsia yang telah lama saya amalkan dan akhirnya harini berkesempatan untuk berkongsi dengan para pembaca. Petua ni sangat sesuai untuk semua ibu diluar sana samada ibu yang bersalin secara pembedahan, bersalin secara normal, ibu bekerja malahan suri rumah.

CARA SAYA UNTUK MEMASAK DENGAN PANTAS

Setiap minggu setiap hari ahad saya akan luangkan untuk memasak sahaja. Kerja rumah seperti mengemas rumah saya akan selesaikan pada hari sabtu. Senang cerita, hari ahad adalah sehari untuk memasak sahaja. Tujuan saya buat macam ni adalah untuk mengelakkan saya stress dan terlampau penat untuk bekerja keesokkan harinya.

Setiap minggu pada hari ahad saya akan masak 1 rempah dalam kuantiti yang sangat banyak untuk disimpan. Contohnya, minggu pertama adalah rempah kari, minggu kedua adalah rempah kurma dan begitulah seterusnya. Saya buat ala-ala rempah segera kat pasar raya. Rempah tersebut akan saya masak dengan lama dan di bungkus dalam plastic mengikut kuantiti yang diperlukan bagi sekali masak. Saya hanya tumis rempah sahaja tanpa meletakkan santan, garam atau gula bagi mengekalkan rasa masakan yang lazat. Biasanya saya akan dapat 5 hingga 10 bungkus paket dan diletakkan dalam freezer. Sehingga sekarang saya dah ada banyak sangat rempah segera yang saya buat sendiri di dalam freezer.

 Contoh : Rempah Daging Masak Mamak. Yang ni tak payah masak. Campur bahan-bahan seperti puri tomato, cili boh, rempah kari sahaja.

Pack kecik-kecik ikut sukatan untuk sekali masak. Saya 3 orang je sebab tu kecik je. Nampak tak saya tulis + bawang tu ( supaya tak lupa bila nak masak kena tambah bawang)

Letak dalam plastik besar dan labelkan. Kemudian letak dalam Freezer.


APA LANGKAH SETERUSNYA?

Setiap hari bekerja, pada malamnya saya akan keluarkan rempah dan bahan mentah dan diletakkan di dalam peti sejuk untuk didefrostkan. Pulang dari kerja saya hanya perlu masukkan rempah dan bahan mentah tersebut ke dalam periuk noxxa dan kemudian tambah santan, gula dan garam dan tekan sahaja butang on. Hanya 10 minit hingga 15 minit sahaja untuk memasak setiap hari. Sangat mudah dan pantas dan masih mampu menyediakan masakan yang berkhasiat untuk keluarga tersayang. Sambil tunggu masakan masak bolehlah ibu-ibu berehat dahulu.

Defrostkan sehari sebelum rempah tu. kat bahagian chiller. Gaul dengan daging, potong bawang tambah garam & gula secukup rasa. Lepas tu tekan butang on je ( Saya guna periuk noxxa)

Periuk noxxa yang banyak membantu

MACAM MANA CARA INI BOLEH MEMBANTU MEMASAK KETIKA DALAM PANTANG?

Kebiasaanya bagi ibu-ibu yang telah mempunyai anak-anak, walaupun dalam pantang masih perlu untuk memasak untuk keluarga. Ibu-ibu bolehlah menyediakan rempah terlebih dahulu dan simpan di dalam bahagian beku untuk digunakan ketika dalam pantang nanti. Ia bukan sahaja akan memudahkan ibu bahkan sekiranya suami ingin membantu memasak nanti ia bukan lagi satu masalah. Ibu gembira, suami bahagia, anak-anak pun suka. Boleh rujuk link sebelum ini untuk resepi masakan dalam pantang yang mudah. Memasak bukan sahaja dapat membantu menjaga kesihatan dan kesejahteraan keluarga malahan salah satu dari cara yang mudah untuk ibu-ibu menjaga diet  malahan ibu boleh kekal cantik & sihat walaupun bersalin secara pembedahan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu melalui masa berpantang dengan indah.

________________________________________________________________________

** Perkongsian saya ini adalah hasil dari perkongsian pengalaman daripada para ibu di luar sana bukan daripada nasihat professional.

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI


5 KAEDAH PERANCANG KELUARGA UNTUK CESAREAN MOMS YANG POPULAR

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto :  Shuterstock
Entry: 16

KAEDAH MERANCANG BAGI IBU-IBU YANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN (CESAREAN)

Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan biasanya akan disarankan untuk merancang sekurang-kurangnya 2tahun bagi mengelakkan kehamilan terlalu awal kerana boleh menyebabkan risiko rahim pecah.

Terdapat pelbagai kaedah merancang yang telah diperkenalkan di pasaran untuk membantu ibu-ibu merancang. Namun sebagai seorang wanita kita pasti tak terlepas untuk memilih kaedah yang boleh membantu kekal kurus dan tidak memberikan kesan kepada bayi. Tetapi harus diingat kaedah yang disarankan ini adalah bergantung pada hormon masing-masing. Sesuai dengan orang lain tidak semestinya sesuai kepada kita.

KAEDAH-KAEDAH TERSEBUT ADALAH

1) IUCD



  • Ialah memasukkan alat ke dalam rahim
  • Cara untuk mendapatkan Iucd ialah melalui klinik kesihatan kerajaan secara percuma dan memasangnya di klinik swasta  atau untuk lebih mudah boleh sahaja memasangnya di klinik kerajaan yang terpilih.
  • Kesannya keatas individu tertentu adalah period heavy selama 3 bulan pertama dan selepas itu hormin dan period akan kembali seperti biasa.

2) MERANCANG SENDIRI


  • Kaedah merancang sendiri adalah kaedah yang paling popular.
  • Kaedah pertama :  untuk merancang sendiri adalah elakkan bersama ketika waktu subur iaitu pada hari ke12 hingga ke 14.
  • Kaedah kedua : Download app my calendar untuk menentukan waktu subur.
  • Yang paling penting dalam kaedah ini adalah kerjasama dari suami.
  • Risiko yang perlu dihadapi mengikut kaedah ini adalah termengandung kerana kesilapan menentukan waktu subur. 
3) PERANCANG STOKING 


  • Kaedah paling selamat kepada kedua-dua pihak.
  • Tiada kesan kepada para ibu. Insyaallah selamat.
  • Ibu-ibu boleh kekal kurus, tak perlu risau badan naik kecuali kalau makan banyak:)
4) INJECTION


  • Injection atau dikenali sebagai injection depo. 
  • Ibu-ibu yang mengamalakan kaedah ini akan berbahagia kerana selepas injection tiada period langsung. Senang untuk beribadah.
  • Namu begitu, risiko untuk kaedah ini pula adalah akan mengalami sakit kepala yang sangat teruk dan mengalami peningkatan berat badan yang mendadak.
5) IMPLAN

  • Kaedah merancang implan ialah dengan cara menanam perancang sebesar jarum di bahagian lengan.
  • Kaedah ini bergantung pada individu kerana ada yang serasi dan sebaliknya.
6) PIL


  • Sekiranya ingin merancang menggunakan pil pencegah kehamilan hanya satu perkara yang perlu dititikberatkan iaitu si pengamal haruslah seorang yang berdisiplin.
Dalam usaha untuk menggunakan perancang ini, ibu-ibu perlu sentiasa ingatkan diri bahawa hormon setiap orang berbeza. Tidak semestinya jika ia sesuai untuk orang lain, ia akan sesuai untuk kita dan begitulah sebaliknya.

Itu sahaja. Semoga Membantu.


PERHATIAN : Artikel ini adalah hasil daripada perkongsian ibu-ibu yang berpengalaman dan bukan hasil dari nasihat professional.
_________________________________________________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI