BERBENGKUNG UNTUK IBU BERSALIN PEMBEDAHAN (CESAREAN). RISIKONYA?

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google 
Entry: 2

RISIKO POSITIF /FAEDAH BERBENGKUNG

1- Mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan.

2- Melindungi organ dalaman & membolehkannya kecut dan kembali ke tempat asal.

3- Mengetatkan perut dan otot yang longgar.

4. Penyusuan susu ibu- Membantu poster yang baik ketika menyusukan bayi. Kurang rasa sakit pada luka dan lenguh-lenguh. Ini salah satu rahsia kejayaan penyusuan saya selama 2 tahun.

5. Mencegah dari makan berlebihan

Apa kata anda selepas baca semua kelebihan ni? Percaya atau tidak bergantung pada diri. Bagi saya semua faedah yang disebutkan diatas sangat-sangat betul. Berdasarkan pengalaman saya yang sangat tegar menggunakan Bengkung Moden Cesearan. Saya amat-amat berpuas hati. Semua yang disebut diatas dialami oleh saya dan yang paling penting kalau tak pakai rasa tak lengkap. Berbengkung membantu memudahkan penyusuan susu ketika dalam pantang. Sakit dan lenguh dapat dikurangkan. Alhamdullilah dengan izinnya.


______________________________________
Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms yang mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link PRODUK diatas

Jenis-Jenis Bengkung Yang Sesuai Untuk Bersalin pembedahan ( Cesarean)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google & Simpanan Peribadi
Entry: 4

JENIS-JENIS BENGKUNG UNTUK BERSALIN PEMBEDAHAN (CESAREAN)

Ini antara bengkung yang sesuai untuk ibu yang bersalin pembedahan dan pastinya sangat sesuai untuk normal. Masa saya mengandung dulu, saya memang cari bengkung yang boleh guna masa untuk bersalin normal dan secara pembedahan. Iye lah kan, masa bersalin tu kita tak boleh jangka apa yang berlaku, mungkin normal atau mungkin juga cesarean. So, sentiasa bersedia adalah lebih baik. Sahring saya ni berdasarkan apa yang saya google dan tanya kawan-kawan. Semoga perkongsian ini membantu



Bengkung Moden Cesarean

Ada 4 jenis bengkung yang saya usha-usha. Saya guna bengkung moden cesarean masa dalam pantang. Memang best, tak berpeluh, tak bergerak, senang nak bf anak dan dapat kurangkan sakit saya, yang paling penting cover sampai punggung.. kembali asal punggung saya.  Saya cakap ni atas sebab saya memang guna bukan atas sebab nak promote produk. Bukan saya sorang je guna tau. Buktinya kat bawah

kalau nak tahu lagi, kawan-kawan boleh rujuk dua link kat bawah. 







Bengkung Moden Strap On

Yang bengkung strap on pulak saya google je dan jumpa. Saya baca feedback pun macam ok je dan sesuai untuk pembedahan. Harga saya tak pasti tapi rasanya lagi murah dari yang saya guna. Cuma apa yang saya tak berkenan sebab dia tak cover sampai punggung dan if nak cover sampai punggung kena pakai yg lagi. Jadi dia akan jd byk pulak nak pakai. Sebab tu saya rasa macam leceh lebih-lebih lagi bagi saya yang pantang sendiri ni.

Bengkung Tradisonal

Bengkung Tradisonal?? boleh ke pakai untuk pembedahan?? jawapannya boleh. Yang ni saya tak try pun cuma saya ada tanya kawan yang bersalin secara pembedahan jenis bengkung yang dia guna dan dia bagitau dia guna bengkung tradisional. Kawan saya ni dah dua kali bersalin secara cesarean.  Dia gunakan bengkung tradisional sebulan selepas bersalin. Pada peringkat awal, jangan ikat terlampau ketat pada bahagian bawah. Bila da rasa ok baru ikat ketat. Menurut beliau, perut mudah menjadi kempis. 


Yang ni adalah hasil dari bacaan say di group-group ibu. Saya memang suka & teruja join group macam ni untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Bagi yang nak tahu lagi petua yang lain boleh tengok kat SINI

RUBY BEAUTY

Sebenarnya saya tak tahu macam mana rupanya ruby beauty ni. Gambar kat atas hanyalah hiasan. Ada antara kawan saya yang czer dan gunakan ruby beauty untuk berpantang.  Menurut dia, ruby ni bukan bengkung tetapi korset. Harganya  lebih kurang 3.5 K. Dia mula pkai korset ni selepas 3 minggu czer. Korset ni menurut dia bagus dapat membantu melancarkan darah malahan untuk orang yang dahputus haid pun bagus kerana dia mampu mengembalikan haid tersebut.


Apa pun, Semoga Perkongsian ini membantu ibu-ibu sekalian untuk membuat pilihan.

PERHATIAN : Artikel ini adalah hasil daripada perkongsian ibu-ibu yang berpengalaman dan bukan hasil dari nasihat professional.

_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI


Air Sanggul Fatimah, Elok ke tidak sebenarnya?

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google 
Entry: 12


Seringkali kita dengar bahawa air selusuh seperti air sanggul Fatimah ini tidak sesuai untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. Benarkah kenyataan ini atau sekadar mitos sahaja? Hasil daripada perkongsian pengalaman daripada beberapa orang ibu yang berpengalaman menggunakan akar ini telah membantu saya mendapatkan maklumat ringakas mengenai amalan ini. 

Sanggul Fatimah atau turut juga dikenali sebagai akar Fatimah, rumput fatimah atau Rode Of Jericho merupakan salah satu bahan yang sangat popular dalam kalangan ibu mengandung.  Sanggul Fatimah ini  boleh digunakan berkali-kali dan boleh diwarisi dari keturunan ke keturunan seterusnya. Dari ibu, anak ke cucu, cicit boleh terus diwarisi. Mengikut kawan saya, beliau menggunakan akar fatimah yang diwarisi dari ibunya yang telah berusia 20 tahun. Lama kan? pastinya akar fatimah ini dijaga dengan baik oleh ibu beliau sehingga masih berkeadaan baik walaupun telah berusia 20 tahun.

Cara yang betul untuk mengamalkan air sanggul fatimah ini adalah diminum ketikaan bukaan  adalah 4cm atau ketika ditolak ke labour room dan telah bersedia untuk bersalin. Amalan meminum air sanggul fatimah ini akan membantu mempercepatkan bukaan. Air ini hanyalah perlu diminum sekali sahaja. Air Sanggul Fatimah ini mengandungi oksitosin/oxytocin iaitu zat yang digunakan oleh tubuh untuk meransang kontraksi rahim yang dipercayai membantu mempercepatkan bukaan rahim. 

Kesilapan yang berlaku dalam amalan ini seperti meminum air sanggul Fatimah terlalu awal sebelum berlaku bukaan akan menyebabkan timbul pelbagai perkara yang tidak di duga dan tidak di ingini. Meminum air sanggul fatimah terlalu awal akan menyebabkan berlaku kontraksi yang kuat dan berulang tetapi tiada bukaan jalan. Ini akan menyebabkan ibu-ibu mengalami sakit yang terlalu lama yang memberikan risiko kepada nyawa ibu dan anak seperti kematian bayi, pembedahan kecemasan, bayi lemas & koyakan berisiko.

Walaupun amalan meminum air sanggul Fatimah ini mempunyai risikonya tetapi amalan ini telah terbukti membantu memudahkan kelahiran ramai ibu-ibu diluar sana. Apa yang penting adalah perlu mengikut cara amalan yang betul. Mana ada benda yang tiada risikokan? Jadi, Tepuk dada, Tanya hati.

Semoga Perkongsian ini dapat membantu para ibu membuat pilihan yang bijak:)

_______________________________________
Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms yang mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)





BERPANTANG SENDIRI~ RANCANG JADUAL PANTANG SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN ( CESAREAN)


Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google & Simpanan Peribadi
Entyr: 6


Sekiranya ingin berpantang sendiri, kita perlulah merancang jadual harian dengan sebaik mungkin. Disini saya kongsikan perkara harian yang dilakukan ketika dalam pantang. Saya berpantang sendiri kerana kedua ibubapa saya masih bekerja. Saya bersendirian dengan anak sehinggalah adik saya pulang dari sekolah. Inilah jadual harian saya bersama anak.

Setiap pagi, ibu akan menyediakan mandian untuk saya. Jadi seawal jam 7 pagi, saya sudah selesai mandi. Untuk menyenangkan kerja ibu saya, saya telah mendapatkan herba mandia aura secara online. Herba mandian ni sangat berbaloi kerana boleh direbus berkali-kali sehingga hilang warnanya. Saat ini adalah saat yang paling saya gemari sepanjang berpantang. Terasa badan sangat segar pada masa ini.

Pek Herba Mandian Yang saya gunakan. Saya beli Online. 
Boleh wassup 0148371485(Puan Sara)



Selepas mandi saya akan pakai ubat untuk luka yang dibekalkan oleh hospital dan memakai bengkung. Pemakaian bengkung ni tanpa bantuan ibu saya. Senang sangat untuk pakai dia. Saya menggunakan bengkung moden. Kemudian saya akan panaskan tungku elektrik untuk bertungku. Masa yang saya gunakan tungku bergantung pada diri saya. Saya tidak hadkan masa.

Tungku Elektrik, Saya beli di Farmasi


Selepas bertungku saya akan minum milo dicicah dengan biskut sahaja. Saya makan biskut Jacobs. Seeloknya ibu-ibu amalkan minum horlick berbanding milo. Air saya bancuh sendiri sebab masa ni ibu dan ayah saya sudah ke tempat kerja.

Biasanya selepas selesai semua aktiviti saya, sekiranya bayi saya masih belum terjaga, saya akan sambung tidur. Ini perkara paling penting sebab kekurangan tenaga boleh menyebabkan saya tidak dapat menguruskan diri dengan baik.

Dalam anggaran pukul 10, bayi saya bangun, saya akan mandikan dia, tuam perut dia dan susukan dia. Kalau dia tidur, saya akan tidur. saya ulang-alik proses, bagun, susukan dan tidur sahaja.

Dalam pukul 1, saya akan kedapur untuk bakar ikan. Setiap pagi, ibu akan keluarkan ikan untuk dibakar dari peti dan sediakan sayur air dan masak nasi untuk saya. Saya hanya perlu letakkan ikan dalam oven, set masa dan tekan on sahaja. Setiap hari hidup saya akan berulang benda yang sama sehingga 44 hari.

Lepas dah selesai semua aktiviti ini, saya akan ulang aktiviti saya bersama anak lagi sambil tunggu ibu, ayah dan adik saya pulang.

Pada saya, berpantang sendiri ini sedikit sukar sebab kita kena pandai urus masa dan tiada bantuan dari orang lain. Yang ada hanyalah kita dan bayi. Saya berpantang di kampung walaupun ibu dan ayah saya bekerja tetapi saya tetap rasa seronok. Rasa dilayan bagaikan puteri. Semoga perkongsian ini membantu.

PERHATIAN : Artikel ini adalah hasil daripada perkongsian ibu-ibu yang berpengalaman dan bukan hasil dari nasihat professional.

_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI

Ciri-Ciri Bengkung Yang Sesuai Untuk Ibu Yang Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google 
Entry : 3

Berbengkung bagi ibu yang bersalin pembedahan (cesarean) sangat asing. Lebih-lebih lagi dalam kalangan kaum melayu. Pelbagai cerita dari pelbagai versi disampaikan, Ada yang betul dan ada yang sekadar mitos sahaja. Namun begitu, amalan berpantang masih perlu dilalui oleh ibu yang bersalin samada secara normal atau pembedahan. Aamalan yang paling utama dan sering disebut-sebut ialah "BERBENGKUNG". Disebabkan saya lahir di dunia serba moden & saya percaya pasti ada bengkung yang sesuai untuk ibu yang bersalin pembedahan. Saya sangat percaya lebih-lebih lagi bila saya banyak kali dengar dari kawan-kawan yang bersalin secara pembedahan mengatakan doktor mereka menggalakkan memakai bengkung selepas bersalin secara pembedahan. Bawah ni saya letak advise dari Dr Hamid yang menyebabkan kepercayaan saya terhadap amalan berbengkung semakin tinggi.

"Amalan memakai bengkung selepas bersalin pembedahan
(cesarean) tidak dicegah"
Dr Hamid Arshad (Pakar Sakit Puan)

CIRI-CIRI BENGKUNG YANG SESUAI UNTUK CESAREAN MOMS

**TIADA BESI ~ Pastikan tiada sebarang besi pada bengkung anda kerana besi ini akan menyebabkan bahagian luka rasa sakit.

** FREE LATEX ~ material free latex dapat membantu mengelakkan gatal-gatal pada bahagian luka pembedahan.

** STRAP ON ~ Bengkung moden jenis strap on lebih sesuai berbanding bengkung tradisional bertali untuk ibu yang bersalin secara Czer.

**Bengkung Khas Untuk Pembedahan. Cari lah bengkung yang dikhaskan untuk cesarean. Banyak sangat di pasaran.

** MUDAH DIPAKAI~ Maksudnya yang bukan dililit seperti yang tradisional kerana ibu yang bersalin secara pembedahan ni pergerakannya sangat terhad.

**MUDAH DIBASUH ~ Antara ciri yang saya cari dalam memilih bengkung adalah yang boleh dibasuh dengan mesin terutamanya bagi ibu yang berpantang sendiri dan bersalin secara pembedahan.

**SELESA UNTUK DIPAKAI & MENYERAP PELUH ~ Saya percaya ada antara anda di luar sana pernah mencuba bengkung moden "strap on" yang terdapat di pasaran tapi anda berasa sangat tidak selesa kerana bahannya yang di perbuat dari getah atau bahan yang tidak menyerap peluh. Akibatnya ada yang mengalami gatal-gatal dan ruam di bahagian perut akibat dari penggunaan bengkung tersebut.

_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)
atau
Boleh Juga rujuk Link INI

CHECK LIST IBU CESAREAN (PEMBEDAHAN) BERPANTANG SENDIRI

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google & Simpanan Peribadi
Entry : 7


Wanita sememangnya dilahirkan sebagai orang yang tabah. Selepas bertarung nyawa melahirkan anak, terpaksa pula berpantang sendiri. Bukan perkara mudah tetapi tidak mustahil ditambah lagi dengan pelbagai kemudahan pada masa sekarang. Disini beberapa items yang diperlukan berdasarkan pengalaman saya berpantang dulu.

1) MANDIAN HERBA



Ibu yang berpantang sendiri masih perlu menjaga diri dan bayinya. Namun dalam berpantang beberapa amalan yang terbukti berkesan boleh diamalkan. Bagi ibu yang berpantang sendiri agak sukar untuk mendapatkan bekalan daun untuk dijadikan air rebusan terutamanya di bandar besar. Bagi ibu-ibu yang menghadapi kesukaran ini boleh mendapatkan herba mandian yang dijual dalam bentuk pek. Herba mandian ini banyak dijual secara online atau di kedai-kedai.

Cara penyediaan herba ini juga sangat mudah dan ringkas, Ia hanya perlu direbus dan boleh terus gunakan ia untuk mandi. Boleh rujuk DISINI  untuk mengetahui cara penyediaannya.

Ibu yang berpantang sendiri boleh meminta bantuan suami untuk menyediakan air rebusan ini sebelum mereka ke tempat kerja. Bantuan suami sangat diperlukan dalam penyediaan ini kerana ibu yang baru sahaja bersalin tidak digalakkan mengangkat berat.

2) TUNGKU ELEKTRIK



Tungku elektrik sangat berguna terutama kepada ibu-ibu yang bersalin kerana ia dapat membantu melegakan dan menegangkan kembali otot-otot yang longgar, bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Amalan bertungku ini perlu diamalkan dengan lebih konsisten bagi membantu badan sihat dengan lebih cepat dan baik lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri.

Mengikut apa yang saya amalkan ketika dalam pantang. Selepas mandi dengan mandian herba, saya akan mulakan dengan bertungku dengan menggunakan tungku elektrik. Ia lebih mudah dan senang. Saya tidak perlu bergerak terlalu banyak berbanding memanaskan batu & tungku besi diatas dapur elektrik. Penggunaan tungku batu hanyalah ketika mak bidan datang untuk mengurut. Pada saya, tungku elektrik sangat membantu saya dalam pantang dan sehingga kini.

3) BENGKUNG MODEN


Amalan berbengkung adalah sangat penting terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin. Berbengkung bukan sahaja membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan tetapi juga untuk membantu melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal. Amalan berbengkung sangat membantu dalam penyusuan bayi serta menyokong dan menguatkan otot  abdomen yang lemah ketika mengandung.

Berbengkung merupakan amalan yang sangat saya titik beratkan ketika dalam pantang. Bagi ibu yang berniat untuk berpantang sendiri. Carilah bengkung yang mudah dan senang untuk dipakai serta selesa, Tanpa 3 ciri ini ia mungkin akan menyebabkan amalan ini tidak diamalkan dengan baik.

Ketika dalam pantang, saya memilih untuk memakai bengkung moden yang sesuai untuk cesarean dan normal. Ciri-ciri yang saya cari ketika memilih bengkung adalah mudah untuk dipakai sendiri, boleh dibasuh menggunakan mesin, sesuai digunakan ketika bersalin normal atau pembedahan, senang untuk ketandas walaupun labuh sehingga ke punggung. Semua ciri-ciri yang saya sebutkan ini dipenuhi oleh Bengkung Moden ini. Harga bengkung ini pada saya tidaklah semahal harga korset premium beautiful yang bernilai ribuan ringgit. Sangat berbaloi-baloi.

4) TUKANG URUT



Mencari tukang urut sebelum bersalin sangatlah penting. Tempahan untuk berurut perlulah dibuat lebih awal bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku. Dalam mencari tukang urut keutamaan perlu diberikan kepada tukang urut yang mempunyai kenderaan.

Pada zaman sekarang, bukan sahaja teknologi makin moden, Mak bidan juga semakin maju ke depan. Pelbagai pakej disediakan oleh kebanyakkan mak bidan sekarang. Sekiranya berkemampuan bolehlah mendapatkan mak bidan yang menyediakan pakej lengkap bermula dengan keperluan ibu sehinggalah bayi. Ada antaranya turut membantu melakukan kerja rumah. Anggaran bayaran untuk tempoh pantang adalah bermula dengan 1000++.

Saya pernah usha mak bidan yang menyediakan pakej ini di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Setiap negeri ada LPPKN ni. Memang best pakej dia. Bagi yang berkemampuan boleh mencuba.

5) MENU DALAM PANTANG


Sebelum bersalin dan berpantang sendiri ibu-ibu bolehlah merancang menu untuk dimasak. Banyakkan bertanya pada jururawat, doktor dan kawan-kawan yang berpengalaman mengenai pemakanan yang sesuai ketika berpantang. Carian dari internet juga sangat membantu.

Buat satu jadual pemakanan untuk berpantang dan lekatkan pada dinding rumah untuk rujukan suami. Jadual ini sangat penting untuk membantu suami untuk menyediakan hidangan sebelum ke tempat kerja. Ia juga untuk mengelakkan ibu-ibu daripada mudah jemu.

Jadual pemakanan saya ketika pantang, minggu pertama adalah menu yang sama iaitu ikan bakar sahaja. Minggu kedua barulah ada variasi iaitu ikan bakar dan sayur air, daging bakar dan sayur air, ayam bakar dan sayur air. Ibu-ibu boleh variasikan menu mengikut kesukaan masing-masing. Sepanjang pantang saya memang guna minyak langsung termasuk dalam sayur air.

Persediaan jadual & menu ini dapat  membantu ibu-ibu membuat persediaan awal untuk penyediaan bahan terlebih awal seperti rempah untuk dilumur pada ikan, ayam dan daging.

7)PERALATAN ELEKTRIK


Kenapa peralatan elektrik termasuk dalam senarai pantang saya? Ini kerana peralatan elektrik seperti oven, philips Airfrayer dan Noxxa sangat membantu bagi ibu yang berpantang sendiri. Ia akan memudahkan proses memasak. Hanya letak dan tekan ON sahaja. Itukan lebih senang.

8) UBAT-UBATAN















Ibu yang berpantang perlu jelas dengan ubat-ubatan yang yang diperlukan sebelum bersalinn. Ubat-ubatan sangat penting untuk mengembalikan tenaga selepas bersalin.

Saya mengamalkan ubat dari sebuah klinik pakar ibu dan anak. Antara ubat yang dibekalkan adalah ubat untuk rahim, untuk elak sembelit dan beberapa jenis ubat lagi yang saya lupa. Ubat-ubatan ini sangat membantu untuk saya lebih cergas dan bertenaga.

Semoga 8 Tips ini membantu ibu-ibu yang ingin berpantang sendiri. Selamat Mencuba.


Menu Berpantang untuk Ibu Yang Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean)

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google 
Sumber : Disini
Entry :8

Ketika dalam pantang, antara perkara yang sangat saya pentingkan adalah makan. Ketika ini tenaga sangat diperlukan untuk menjaga diri dan bayi terutamanya bagi yang berniat untuk pantang sendiri. Saya mempunyai keinginan untuk makan makanan yang sedap walaupun berpantang. Pelbagai menu berpantang saya dengar dan baca. Bagi ibu yang bersalin secara cesarean boleh mengamalkan menu yang sama dengan ibu yang bersalin normal cuma ada beberapa perkara sahaja yang perlu dititikberatkan iaitu :

* Elakkan lada hitam, sebaiknya guna halia yang buang angin dalam badan

*Elakkan telur dan makanan laut ( udang, ketam & sotong) kerana boleh menyebabkan luka lambat sembuh & bernanah.

* Sayuran dan buah-buahan yang tak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan anggur kerana boleh menyebabkan tubuh sejuk atau " berangin ".

Disini ada beberapa RESEPI PILIHAN saya. Saya memang elak makan yang berminyak dan bersantan dalam tempoh lebih 44 hari disebabkan dua alasan iaitu takut anak kembong atau sakit sebab saya bf dan kedua sebab nak kurus. Nak kurus tak mudah yea kawan-kawan tapi tak jugak susah. Resepi ini masih saya amalkan kalau rasa nak diet, sapa kata ibu-ibu yang menyusu tak boleh diet? boleh je cuma kenalah kena dengan caranya.


STEAM IKAN ~ Favourite


Bahan :

2 Hiris Halia
Ikan
1 Biji Tomato ( Belah 4)
Sedikit daun sup & daun bawang
Garam ( Secukup rasa)

Cara Penyediaan

1) Letakkan halia yang dihiris( letak dalam Jumlah yang banyak), tomato, daun sup dan daun bawang, ikan yang dilumur garam

2 ) Steam Ikan.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahan :

3 Keping Ikan Tenggiri
5400 Ml Air
30 gm Halia dihiris
3 Ulas Bawang Putih dihiris
1/2 cawan air asam jawa
1/2  sudu lada hitam
Sedikit garam

Cara Penyediaan

1) Didihkan semua diatas api  perlahan
2) Masak sehingga kuah pekat dan ikan masak


PERIA MASAK ASAM 

Peria Katak


Bahan-bahan: 

200 ml air 5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis 2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa

 Cara menyediakan: 

a) Masak kesemua bahan sehingga pekat. 
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.

 Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu. Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.

AYAM MASAK KERING

Bahan-bahan:  

200 ml air 3 – 5 helai daun pegaga – dihiris 
3 ulas bawang kecil – dihiris 2 ketul ayam (sederhana besar) 
Seketul halia – dimayang halus ½ sudu teh serbuk lada hitam ½ sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas. 

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman. 

SUP AYAM 

Bahan-bahan:   

250 ml air 
2 ketul ayam 
½ sudu teh serbuk lada hitam 
Halia sebesar ibu jari – dimayang 
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan:   
a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan. 

Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit. 

ULAM PEGAGA 

Cara menyediakan:   
a) Bersihkan dahulu daun pegaga. Toskan air sebelum dimakan bersama nasi. 

Info: Pegaga merupakan sejenis ulaman popular di kalangan ibu berpantang terutamanya dalam menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untuk merehat dan menambahkan ingatan. Pegaga juga dapat mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal selepas bersalin.


DAGING LADA HITAM 

Bahan-bahan: 
500 gm daging lembu 
1 biji bawang besar - dihiris 
5 ulas bawang putih - dicincang halus 
2 sudu makan minyak jagung 1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar 
1 sudu makan kicap manis 
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan: 

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan. 
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat. 
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi. 
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan. 

PERIA LADA HITAM 

Bahan-bahan: 
1 biji buah peria - dihiris 200 ml air 
100 gm ikan bilis - dibersihkan 
2 ulas bawang putih - dicincang halus 
2 batang serai - diketuk 
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus 
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar 
1 sudu teh serbuk ketumbar 
1 sudu teh serbuk lada sulah 
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan: 

a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.
b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih. 
c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.
d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering. 

AYAM LADA HITAM 

Bahan-bahan: 
3 ketul ayam 
1 labu bawag putih..
hiris halus 
2 inci halia-hiris halus 
3 sudu lada hitam tumbuk minyak untuk tumis 

Cara menyediakan: 

Tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan dengan nasi panas

 BOJAH/CAMPAK2 

 Bahan-bahan: 

Ikan tenggiri/merah 
bawang putih
 kunyit hidup 
lada hitam 
santan pekat 
asam keping 
pegaga 

Cara menyediakan: 

Rebus bahan2 sampai kuah pekat. Hidangkan.. 

Selamat beramal:) Resepi ini boleh digunakan bukan sahaja untuk berpantang. Ia juga boleh digunakan untuk sesiapa yang ingin kekal kurus selepas bersalin samada secara pembedahan atau normal.






OVERDUE?? Tips Untuk Mengelakkan Overdue

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Foto : Google 
Entry : 9

Saya sering ditanya mengenai cara untuk bersalin dengan cepat supaya tak overdua. Berdasarkan pengalaman saya ketika melahirkan anak, saya tiada sebarang petua yang diamalkan. Namun untuk tidak menghampakan permintaan dari pembaca saya cuba mendapatkan beberapa tips daripada ibu
yang berpengalaman dan tanpa disangka tips yang dikongsikan itu sangat berguna.

1) Kerap Bersama Suami

Tips ini tidaklah diketahui keberkesanannya. Namun saya agak ini adalah tips yang paling famous di kalangan ibu-ibu yang mengandung. Ramai juga memberikan tips ini.

2)Minum Air Kelapa


Tips ini juga antara yang famous. Ibu mengandung tidak digalakkan minum air kelapa seawal bulan-bulan pertama. Tips ini saya tahu selepas saya dah bersalin. Ketika mengandung saya sangat menggemari air kelapa. Saya minum air kelapa dari awal kehamilan. Dengan izin Allah, tidak berlaku apa-apa pada kandungan. Alhamdullilah.

3) Banyakkan selawat, tiup di tangan dan tolak perut ke bawah.

Ketika dalam perkongsian tersebut, saya tertarik dengan perkongsian dari seorang ibu ini. Menurut beliau ini adalah perkongsian dari sepupu beliau yang mengamalkan petua ini.

4) Minum milo panas bersama telur ayam kampung




Petua ini pernah dikongsi oleh arwah ketua saya suatu masa dulu. Petua ini saya amalkan sebelum saya ke hospital. Saya pecahkan sebiji telur dalam air milo panas bagi memberikan tenaga ketika bersalin. Ajaibnya petua ini sangat berkesan pada saya. Ia memberikan tenaga kepada saya walaupun selepas itu seharian saya tidak makan kerana menahan sakit kontraksi. Untuk memberikan tenaga semasa bersali pada saya memang terbukti tetapi untuk membantu mengelakkan overdue saya tiada
pengalaman tetapi apa salahnya mencuba.


5) Bersihkan Bilik air


Pada trismeter terakhir iaitu minggu ke 37, ke 38 dan seterusnya, ibu-ibu disarankan untuk membersihkan bilik air. Tips ini digalakkan kerana ketika membersihkan bilik air kita dalam keadaan mencangkung. Ini akan membantu memudahkan bukaan nanti.

_______________________________________
Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms yang mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485~Puan Sara)



Berpantang Selepas Bersalin Gabungan Moden & Tradisional

Teks : Siti Maisarah Mohd Yusof
Sumber : Widadjannati
Foto : Google 
Entry : 10

Soalan :

 Kenapa ye orang yang berpantang lebih memilih kepada set bersalin moden daripada tradisional?

Jawapannya :

Sebab berbengkung secara tradisional sangat leceh dan sangat banyak pantang larangnya yang kadang-kadang tidak releven. Tetapi, sapa kata pada zaman sekarang tidak boleh berpantang secara tradisional. Amalan tradisional boleh diteruskan cuma dipermudahkan dalam cara moden. Ini adalah salah satu sumber berpantang secara tradisional yang saya rasa menarik untuk diamalkan.


1. Air Kunyit

Tradisional: Cara menyediakannya ialah dengan mengisar kunyit hidup dan tapis hampas kunyit sebelum diminum. Air perahan kunyit hidup ini diminum awal pagi pada 3-7 hari pertama selepas melahirkan bayi. Kata orang ianya untuk mencuci darah. Saya masih mengamalkannya secara berdisplin walaupun tidak pasti adakah darah saya sudah dicuci atau tidak.

Modern Twist: Modennya di sini, mengisar kunyit hidup menggunakan blender, dan bukannya menggunakan lesung batu. :p


2. Bertungku.

Tradisional: Batu tungku yang digunakan adalah batu sungai dan boleh di dapati di mana-mana pusat rekreasi dan perkelahan. Batu tungku saya, saya ambil di Ulu Yam ketika mandi manda bersama keluarga. Batu tungku ini dipanaskan dan dibalut dengan daun Mengkudu/ daun Kunyit. Kedua-duanya kemudian dibalut di dalam kain dan diletakkan pada bahagian-bahagian badan seperti perut, peha dan betis. Caranya tekan-tekan sikit bahagian badan tersebut sehingga rasa panas meresap ke dalam badan. Biar terasa pada urat-urat yang mengembang dan sudah masuk angin. Nak tahu efektif atau tak bertungku, sepatutnya selepas bertungku, akan berpeluh. Umunya, bertungku dapat mengecutkan urat-urat yang kembang, melancarkan peredaran darah, menghilangkan rasa-rasa bisa atau sengal-sengal badan.

Modern Twist: Batu tungku tersebut dipanaskan sahaja atas dapur gas, kemudian angkat dengan berhati-hati menggunakan peralatan moden dipanggil pengepit. :p Atau mungkin boleh digantikan dengan lambakan tungku moden yang terdapat di pasaran sekarang ini tapi jujurnya saya tidak tahu sejauh mana keberkesanan tungku-tungku tersebut. 

3. Tangas

Tradisional: Tangas ini dilakukan dengan mengewap badan seperti mandi steam. Bezanya di sini herba-herba yang digunakan ketika untuk mandi wap itu adalah khusus untuk mereka yang baru sahaja bersalin. Herba-herba tersebut boleh didapati di mana-mana kedai jamu. Ada kedai jamu yang mempunyai herba khusus untuk tangas, ada juga yang menyarankan pengguna untuk menggunakan akar kayu yang sama yang digunakan untuk diminum. Secara umunya, rawatan ini dapat merapatkan keintiman, memberi kesegaran pada badan, dan melancarkan peredaran darah.

Modern Twist: Mungkin tidak ramai atau boleh saya kata kebanyakan kita tidak mempunyai peralatan untuk mandi wap. Jadi di sini saya mencadangkan penggunaan periuk nasi terpakai (yang berlebihan dari hadiah-hadiah kahwin yang perolehi) dan rebus herba tangas di dalamnya. Apabila mendidih, sediakan kerusi berhampiran dengan periuk tadi dan duduk sambil berbungkus dengan kain batik agar wap tersebut naik dan terkena pada badan. Periuk nasi tadi hendaklah sentiasa di pasang agar rebusan herba sentiasa mendidih dan menghasilkan wap. Boleh dilakukan selama 1-2 jam.

4. Berdiang/Menyalai

Tradisional: Rutin ini saya lihat jarang sekali diketahui generasi kita tapi inilah rutin yang paling asas sekali dalam amalan berpantang saya. Berdiang atau menyalai ialah rutin yang mana kita duduk membelakangkan berdekatan bara api yang menyala. Hadapkan bahagian pinggul, pinggang dan belakang supaya bahang panas itu terasa. Badan akan bertukar kemerah-merahan (jangan sampai hangit pula!) dan akan terasa urat-urat dibahagian telapak kaki atau betis berdenyut-denyut jika dilakukan secara efektif. Selepas rawatan ini juga badan akan berpeluh-peluh dan akan terasa lebih segar. Rutin ini dapat mengecutkan rahim dan urat-urat peranakan, melancarkan peredaran darah, memecahkan darah-darah beku dan menyegarkan tubuh badan. 

Modern Twist: Ramai yang bertanya pada saya bagaimana saya lakukan di rumah pangsapuri yang tidak berlaman dan bagaimana pula saya naikkan api? Caranya...arang tersebut pada awalnya saya bakarkan sahaja di atas dapur gas sehingga bara api kelihatan dan kemudian saya pindahkan ke dalam dapur arang. Berbeza dengan cara orang zaman dahulu, mereka letakkan bara api ini di bawah katil dan mereka berbaring di atas katil untuk menikmati haba yang terhasil. Tapi untuk melakukan sedemikian, perlu bekas yang sesuai untuk meletakkan arang dan perlu lebih berhati-hati kerana katil...sangat mudah terbakar.

Sangat kagum dengan cara penggunaan untuk bertangas dan berdiang ini. Sangat kreatif. Insyallah sekiranya ada rezeki anak kedua, saya ingin cuba cara ini.

5. Akar Kayu Periuk

Tradisional: Akar kayu periuk merupakan gabungan manjakani dan akar-akar kayu yang berkhasiat untuk organ dalam kita. Ia berfungsi untuk mengecutkan rahim dan menjaga peranakan. Akar kayu ini direbus dan di minum dengan kadar 3-4 kali sehari. 1 paket rebusan tadi juga dapat bertahan sehingga 3/4 kali rebusan.

Modern Twist: Rebus air kayu dengan kuantiti air yang banyak seperti 1 paket akar kayu dengan 12 (cadangan sahaja) sukatan air. Lebihan air itu boleh di simpan di dalam bekas kedap udara seperti Tupperware. Jangan rendam akar kayu, bimbang akan dinaiki kulat. Modernnya? Tupperware


6. Bengkung

Tradisional: Mesti ramai yang biasa mendengar perihal rutin ini. Ianya rutin paling efektif untuk mengempiskan perut, membuang segala lemak berlebihan yang dikumpul ketika mengandung. Untuk yang rajin, bengkung di pakai sepanjang hari manakala untuk yang malas seperti saya, saya hanya memakainya di malam hari sahaja.

Modern Twist: Bengkung tradisional berbentuk seperti bermeter-meter gulungan kain. Kain itu akan dibalut sekeliling pinggang, ditarik ketat dan kemudiannya diikat. Bengkung moden sekarang dilengkapi dengan ciri yang lebih mudah dan bertali. Rupanya lebih kurang seperti barut perut bayi. Atau untuk keselesaan pergerakan, mungkin ada yang mahu menggantikannya dengan penggunaan corset seperti Premium Beautiful dan sebagainya. Tapi harus diingatkan, harganya sangatlah berbeza. 

p/s: Perut yang buncit, sangat mudah kempis ketika di dalam pantang. Ketika semuanya (urat, otot, lemak and etc.) sedang longgar dan kembang.




Saya menggunakan bengkung moden yang sangat best dan sememangnya membantu saya kembali langsing dan sihat. Bagi yang berminat boleh dapatkan di SINI


7. Halia Bentong

Tradisional: Halia ini dimakan seperti ulam-ulaman lain, Makan mentah begitu sahaja. Khasiatnya? Membuang angin dalam badan. Halia ini saya makan dengan nasi panas-panas dan dicicah dengan lada hitam yang dikisar bersama ketumbar dan garam.

Modern Twist: Kisar lada hitam dan ketumbar guna blender.


Perkongsian dari blog ini Widad Jannati ini sememangnya sangat membantu saya untuk lebih bersedia pada masa hadapan. Terima Kasih diatas perkongsian ini.

_______________________________________
Assalamualaikum...
Ada tak kenal kawan-kawan atau sedara mara atau anda sendiri yang pernah mengalami masalah sukar untuk kembali ramping selepas bersalin secara pembedahan ?
Saya ada produk yang boleh membantu ceaseran moms yang mengembalikan saat indah ini tanpa sebarang kesan yang buruk ke atas ibu atau anak.
more info??
Wassup (0148371485 ~Puan sara)